16 Sep 2012

[INI KALILAH...] Rakyat Sabah Bangkit, Malu Dianggap Sebagai Fixed Deposit BN


18 tahun BN perintah Sabah, apa rakyat dapat

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu mesti ada sebab kenapa beliau meninggalkan Umno serta sanggup kehilangan gaji.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang penduduk Kampung Bawan, Membakut bersempena Program Ambang Hari Malaysia di Sabah petang semalam.

"Saya hilang gaji sebagai timbalan menteri, tetapi saya tetap meninggalkan Umno Barisan Nasional.

"Kerana saya lihat dalam Umno sudah banyak kepincangan berlaku terutamanya dalam soa kroni serta melibatkan kewangan," jelasnya.

Jelasnya lagi, beliau meletakkan kebajikan rakyat Sabah lebih utama, walaupun Barisan Nasional merupakan lubuk emas untuk beliau mengumpul harta kekayaan.

Ahli Parlimen Beaufort itu turut menyatakan kalau beliau sanggup keluar dari Umno kenapa tidak rakyat Sabah membuat perubahan pada pilihanraya nanti.

"Umno Barisan Nasional telah memerintah Sabah selama 18 tahun namun apa yang Sabah dapat dari hasil pemerintahan mereka.

"Walaupun Sabah kaya namun negeri ini terus ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung," katanya

Tambahnya lagi, sepanjang beliau bersama Umno apa yang ingin beliau lihat adalah perubahan kepada rakyat namun sebaliknya berlaku yang mana rakyat terus miskin tetapi pemimpin Umno BN terus membolot kekayaan.

"Rakyat Sabah hanya diumpan dengan jalan raya hanya selebar 8 kaki tapi keuntungan semuanya dibolot oleh mereka yang berkuasa.

"Saya yakin jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, hak kebajikan dan pembangunan Sabah akan diutamakan," sambung beliau lagi.

Lajim memberitahu, Pakatan Rakyat akan menjadikan kebajikan rakyat lebih utama bukannya sepertimana dilakukan oleh Umno BN yang lebih mementingkan kroni.

"Bukan mudah untuk saya menyertai pembangkang, banyak risiko terutama dari pihak berkuasa.

"Yang tidak pernah ada fail di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun boleh diwujudkan," kata beliau sambil disambut tepukan orang ramai.

Sambil berseloroh, Lajim mengatakan ada satu janji Umno BN yang belum dilaksanakan dan kebanyakan penduduk mengatakan 'jambatan ajaib'. -HD






3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau betul bagai dikata
kuatkan lah jiwa dan raga
jangan nanti sampai mulut ternganga-nganga mereka juga yanga dapat laba.

Tanpa Nama berkata...

Smoga pemimpin yg berpaling ke pr benar2 ikhlas dn insaf..kami xmahu / xperlu pemimpin yg hnya nk melepas tengkok dia smata2 bn nk tengelam ni..arap pemimpin Pr berhati2,..pru 13 ni arap mereka tidak d calun kn sbagai calun adun / parlimen..kite tgk ape reaksi dorg,adakh ttp setia atau berubah,klu boleh biar la pemimpin yg dh lm berjuang dlm Pr ni d calunkn, mudah2an tiada pepecahn dlm sokongn pd Pr..hidup rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini kali la bah.jangan tunggu sampai kucing bertanduk nanti sampai bila bila pun tak jadi.kita pilih wakil rakyat yang jujur (kalau ada) serta berani dan mau memperjuangkan hak dan menambah baik kehidupan rakyat jelata tetapi kita tidak akan pilih pedagang janji janji kusung atau saudagar penjual maruah dan kedaulatan negara.Ini kalilah kita bungkar penipuan,kita tulak janji janji kusung,kita tegakkan hak rakyat sebenar..ini kali lah.