16 Sep 2012

UMNO Sabah Terbarai Lagi: Datuk Yahya Lampong Keluar UMNO Sertai PKR

.TUARAN 15 Sept: Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong pula melakukan tindakan sama.

Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.

Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.

Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.

Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.

Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah. -KD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahai ahli perkasa sabah, cepat beli cat merah !!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, terdapat perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah mengenai berbagai perkara. Tetapi hal ini tidak disedari oleh ramai pemimpin Umno Sabah kerana mereka lebih sibuk menjaga hubungan peribadi dengan pucuk pimpinan parti daripada mendekati para pengundi di kawasan masing-masing.

Contohnya, Ahli Parlimen Kota Belud. Orang ini lebih rapat dengan Ketua Menteri dan Perdana Menteri daripada para pengundinya.

Sebab itu terdapat pemimpin Umno Sabah lari meninggalkan Umno kerana mereka dapat merasai kegelisahan rakyat Sabah.

Maksudnya, dalam situasi sekarang bukan rakyat yang mengikut pemimpin tetapi pemimpin yang terpaksa mengikut cita rasa rakyat demi mempertahankan kedudukan masing-masing.

Diharap pucuk pimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati terhadap para pemimpin seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Malaysia..semoga terus berubah kearah negara berkebajikan..hidup rakyat!!!
ABU...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Sabah cukup berani! Berani kehadapan untuk buat perubahan. Syabas & tahniah!

Pemimpin Sarawak? Ada beranikah??? Bulak dgn rakyat baruk sidaknya berani!!!