8 Sep 2012

1 Malaysia 2 Undang-undang

Seremban: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara mengamalkan dua undang-undang yang berbeza ketikamengulas tindakan pantas pihak berkuasa ke atas individu-individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia mengamalkan konsep ’1 Malaysia 2 undang-undang’,” katanya pada majlis ceramah ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ di Rantau dekat sini malam tadi.

Tegas beliau, “saya tidak setuju tindakan anak muda yang memijak gambar Najib. Tapi kalau orang lain kencing gambar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, tak apa? Tunjuk punggung kepada Pengerusi Bersih, Dato’ S Ambiga tak apa?

“Baling batu di ceramah saya dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) di Lembah Pantai. Pecah cermin kereta saya….pasal apa?

Apa jenis manusia macam ini? Kamu ingat kamu orang besar hukum lain?,” soal Ketua Umum PKR itu.

“Hukum ini tidak kenal pangkat. Ini 1 Malaysia! 1 Malaysia apa? Satu undang-undang untuk orang kaya, satu undang-undang untuk orang miskin.

“Satu undang-undang untuk menteri Umno, rasuah pun tidak apa, tutup semua. Satu undang-undang untuk orang dibawah. Polis ambil 100 ringgit, ‘charge’,’ katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sepatutnya undang-undang ini tidak kenal keturunan dan pangkat.

“Seperti saya kata rasuah 200 ringgit polis, tangkap! Rasuah setengah bilion ringgit kapal selam, lepas!

“Orang kecil dan miskin namanya ‘corruption’ (rasuah). Orang besar curi namanya ‘komisyen’. Komisyen halal. ’Corruption’ haram.

“Pemimpin yang tidak sanggup laksanakan ilmu ‘rule of law’ tetapi ikut ‘law of the jungle’ mesti diturunkan ke bawah dan ditumbangkan”, kata Anwar.

Anwar juga berkata perangai pemimpin Umno ibarat ‘baling batu sembunyi tangan’ dan seterusnya rakaman video perbahasan di parlimen ditayangkan kepada orang ramai.

Beliau menegaskan, “mereka menfitnah saya memiliki RM3 bilion, ketika saya berbahas di parlimen ada di antara mereka menjerit tiga bilion!

Sebar fitnah

“Saya beri laluan kepada mereka untuk berbahas atas tuduhan itu, tetapi mereka tidak berani dan tidak mahu berbahas.

“Itulah cara mereka menyebarkan fitnah. Bila kita cabar dia bangun dan dia tidak berani bangun. Inilah satu contoh gambaran yang berlaku di parlimen.

Anwar turut menyentuh isu hutang negara apabila mendakwa Najib mewarisi hutang lebih daripada RM500 bilion dewasa ini.

“Ketika saya menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1997, negara tidak menambah hutang, kita hanya bayar hutang lama.

“1997 sampai sekarang kita berhutang. Rekod hutang negara paling banyak ialah di bawah Najib. Ada cerita isu ini di dalam Utusan Malaysia, tidak ada! Ada cerita di dalam TV3? Tidak ada! Ada cerita di dalam RTM? Tidak ada!,” ujar Anwar.

Lebih seribu penyokong hadir di ceramah tersebut dan komposisi kaum yang hadir pada malam tadi adalah seimbang. -FMT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anggota bawahan polis tidak boleh buat apa2...hanya ikut arahan pegawai yang mana diarahkan oleh mr.politik.
memang ramai anggota polis mengamalkan 1 undang2 untuk semua,tak kira miskin@kaya. tetapi apabila mereka mnjalankan tugas dengan adil,amanah,bersih.. maka mereka kena tukar ke tempat lain , tidak dapat kenaikan pangkat(walaupun prestasi tinggi dan lulus exam undang2)dan dikondemkan
JIKA ANGGOTA POLIS YANG SUPORT MR.X , IKUT ARAHAN MR.POLITIK MAKA DIA KEKAL DI SATU TEMPAT, DAPAT KENAIKAN PANGKAT secara luar biasa.(walaupun tak tahu undang2,ada rekod disiplin,)

SO DEAR FRIENDS THIS IS THE ONE OF PART IN LOW RANK POLICE LIFE.