‘Klon’ rosakkan rekod Twitter #55Merdeka Malaysia, kata firma penyelidikan
KUALA LUMPUR, 8 Sept — Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika ‘klon’ tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.
Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.
“Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia,” kata firma tersebut dalam laporan mereka.
“Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.
“Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55,” tambah mereka lagi.
“Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan,” kata Politweet.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.
Akan tetapi dakwaan Rais tentang pemecahan rekod segera bertemu dicerca oleh pengguna Twitter Malaysia, ramai daripada mereka menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bot" untuk menjana publisiti palsu.
"Bot melakukan tweet ulang 4 ribu kali, maka u bangga hvg mil daripada tweet?" pengguna Twitter @ Amir_Shari menulis awal minggu ini, merujuk kepada program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.
Seorang lagi pengguna, Cyril Dason, menulis tweet pada akaunnya @cyrildason bahawa "statistik #merdeka55: 1500 tweet menjana 493,610 jejak, mencapai 185,482 pengikut dalam tempoh 24 jam lalu", dalam bantahanan jelas dakwaan kerajaan persekutuan tentang penetapan rekod.
Untuk mengesahkan dakwaan pengguna dalam laporan hari ini, Politweet berkata ia mula mengesan #Merdeka55 di Twitter bermula 28 Ogos sewaktu Rais mengumumkan sasaran Putrajaya untuk mencapai satu juta tweet bagi tweet yang dihantar dalam masa sejam dari 8.15 – 9.15 malam pada 31 Ogos.
Akan tetapi pada waktu yang disasarkan, Politweet berkata ia telah memerhatikan "corak ganjil" semasa siaran langsung - "jumlah besar tweet sama dihantar pada masa yang sama".
"Siasatan lanjut mendapati terdapat satu kumpulan kecil pengguna bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet tersebut.
"Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, tarikh memulakan akaun contohnya, gambar profil, lokasi dan pengikut / hubungan pengikut. Semua tweet ulang mereka telah dihantar menggunakan Tweetdeck," tulis Politweet, dengan menggelar tweet pendua sebagai "klon".
Rumah penyelidikan media sosial itu menambah bahawa tweet menggunakan hashtag #Merdeka55 adalah "hampir keseluruhannya" terhad kepada Malaysia, dengan hanya lima tweet dari luar negara - Myanmar, Switzerland, London, Indonesia dan Singapura.
"Kehadiran klon juga mengurangkan kualiti rekod. Jika orang atau organisasi yang menjaga klon ini tidak mencemarkan data, apa jua rekod yang telah dicapai akan mempunyai lebih nilai sejarah," kata firma penyelidikan tersebut.
Menambah kepada ini, Politweet juga mempersoalkan tindakan senyap Twitter atas dakwaan Malaysia bahawa tweet global telah dipecahkan dengan mesej Merdeka - laman Twitter telah menyebut rekod terbesar di laman tersebut apabila pelari pecut Usain Bold memenangi-pingat emas dalam acara pecut 200m semasa Sukan Olimpik (80,000 tweet dalam satu minit).
"Ini meletakkan #Merdeka55 sebagai di bawah Usain Bolt. Adalah mengejutkan bahawa rekod dicipta tanpa disedari oleh Twitter," kata Politweet. -TMI
Ulasan GB
Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Tepat apa yang GB tulis dulu bahawa Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia! Siapa yang melembukan Najib? Siapa lagi kalau bukan Menteri Penerangan & Multimedia serta seangkatan "budak-budak" IT di JPM. Baca link di bawah ini:
klik untuk baca
4 ulasan:
Gila angka la pulak.
Mereka dah mula menggilai angka yang melangit-langit jumlahnya setelah puas bergelumang dengan Ringgit dan Khazanah.
Ayoh
Mari semua,
Atok-atok
Uwan-uwan
Aki-aki
Nenek-nenek
Pakci makcik
Tuan puan
Abang kakak
Adik-adik
Ipar duai
Cucu-cict
Sanak saudara
Tua muda
Lelaki perempaun..
Penyokong UMNO hatta BN
Penyokong Pakatan
Dan seluruh warga negara
Yang lama atau baharu
Yang dah ada IC atau belum..
Tak kira di mana
Bandar atau desa
di hutan atau di lautan
Daru udara tau dalam tanah
Makhluk halus atau kasar
Pendek kata siapa sahaja yang berdaya upaya
Kita pakat datang ramai-ramai dimana jua majlis yang disana ada najib untuk meraikan kali terakhir beliau sebagai PM dan penghulu kerajaan malaysia.
Bersama membantu pemimpin UMNO sekali dengan BN mencipta bukan sahaja rekod malaysia dan dunia iaitu mencipta rekod Plenet Bumi.
Kah... kah... kah...
Yea... Malaysia di bawah Najib telah mencipta rekod PENIPU di dunia... sekalung bunga ros hitam... tahniah!!! Malaysia boleh!!! Puak mereka ni dah gila publisiti !!!
Nampak benor menipunya... Nadaraja tu muslim ke boleh bersyukur !!??? Heran teman.....
twitter bende simple pon nk nipu..ape lagi la jumlah kadar jenayah...BN sentiasa ingt rakyat bodoh...
Catat Ulasan