Shah Alam 1 Ogos: Polis berat sebelah menggari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebaliknya, tindakan ini dikecualikan ke atas suami Shahrizat Jalil, yang sebelum ini diheret ke mahkamah kerana menyalahguna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
“Tindakan itu tidak perlu, ia jelas menunjukkan sikap polis yang berat sebelah bila melibatkan pemimpin Pembangkang,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Kenapa dulu suami (Datuk Seri) Sharizat Jalil yang juga didakwa tidak pula digari dan ditangkap di rumah awal-awal pagi? Kenapa ada layanan istimewa?,” tegasnya.
Menurut Surendran, tindakan itu sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Rafizi supaya berhenti mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno.
“Apatah lagi, Rafizi sekarang sedikit demi sedikit mendedahkan skandal LRT (Ampang) yang melibatkan Perdana Menteri, pasti beliau (Najib Razak) juga memainkan peranan dalam konspirasi ke atas Rafizi,” katanya.
“Kita mengutuk tindakan menggari tersebut. Rafizi bukan penjenayah, malah beliau sepatutnya diberi penghormatan kerana berbakti kepada negara dalam menyelamatkan dana rakyat dari terus diseleweng,” tegas Surendran lagi.
Rafizi digari bersama-sama bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang turut didakwa kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).
Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta.
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya.
Surendran mewakili Rafizi dan Johari selaku peguam.
Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.
Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.
NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen 12 Mac lalu atas dakwaan pecah amanah dan melanggar akta syarikat.
Bagaimanapun, beliau dikecuali daripada tindakan gari oleh polis. -KD

17 ulasan:
Kt dunia boleh berat sebelah, kt akhirat siaplah ko..
inilah kerja-kerja dajjal parti sekutu apco yang terpilih-pilih,memang rejim ala zionis betul ! yang lapor kesalahan,penyelewengan,salahguna kakuasa & rasuah jadi orang salah ,si pesalah jadi tak salah ! malaysia oh malaysia ! ABU saja penyelamat negara !
Saudara Rafizi saya sokong anda..
rakyat didahulukan gari, pemimpin UMNO bebas
nasib baik kena gari, tidak kena bunuh macam penduduk Memali
rasuah kapal selam scorpion pun tidak kena gari, tapi altantuya mati kena bom?
Sudah jelas lama bahawa penguatkuasa undang-undang memang senget sebelah.
Duit masyukkkkk, pasal tu tak kena gari, pemimpin pr tak jolok duit pasal tu kena gari. PDRM dan rasuah berpisah tiada.
Haram jadah....
Kau asyik main redah.....
Langsung tak takut Allah......
Rakyat yg terima padah...
Bila busung mula terdedah...
inilah masa utk berubah...berubah...berubah!!!

Dari satu sisi bagus juga, ini akan menambahh rasa benci pada BN.
IGP jawab kenapa dia kena gari. Kalau tidak orang ramai kata PDRM zalim dan berat sebelah.
Nilah transformasi haramjadah, pemberi maklumat didakwa,org umno sedarlah pemimpin kamu tu zalim , rasuah , seleweng, ketua kamu lembu adakah kamu pengikut umno pun mahu digelar lembu, asalkan bukan umno kami ikut
Apalah bongok kerajaan sekkarang. Gabenor Bank Negara patut letak jawatan. Kamu patut bantah perkara tolol begini. amu pun ikut tolol. Tolol sampai ke akar umbi
" 1MALAYSIA RAKYAT DIGARI PENJENAYAH DI FREE "
apa nak hairan dah memang dasar umno/bn macam tuh, kalo boleh dia orang nak sumbat terus masuk penjara gantung terus!
hahaha
polis bodoh yang mengamuk hari tuh pun tak digari, apa jenis polis kat malaysia nih haaaa!
rafizi, kami sentiasa menyokong anda.
Catat Ulasan