1 Ogo 2012

Lagu Tema Merdeka Ditolak: Isyarat Jelas Untuk Rais Yatim Berundur!

Rais minta pandangan lagu tema Merdeka

Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.

"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima

"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.

Lagu tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.

Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.

Lagu ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih lebih 170,000 kunjungan.

Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".

Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6. -mk

Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati

KUALA LUMPUR: Baru empat hari disiarkan di Youtube, namun sudah 22,263 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditetapati'.

Hanya 313 sahaja menyatakan suka kepada lagu yang penuh mengampu kerajaan BN ini.

Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah.

Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN.

"Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini.

Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengumumkan penarikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat bantahan ramai.

Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini.

Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN.

Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak.

Berikut adalah lirik lagu Janji Ditepati yang mendapat bantahan menyeluruh ini.


Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

-HD




Ulasan GB

22,263 Dislike, 313 Like

Tak jelaskah lagikah bahawa itu petunjuk nyata bahawa lagu tema itu ditolak?

Sekaligus juga pencipta liriknya yang amat dikenali sebagai pengampu PM selama ini juga ditolak...

20 ulasan:

Bombo berkata...

menteri antik,hanya perlu disandar masuk muzium buat kengangan generasi Y idea machine dah rosak,janji kita,keputra jaya,rakyat tolak umnoBN,janji mereka hanya menipu rakyat

Tanpa Nama berkata...

Janji ditepati, Menipu tak henti henti.

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO dah lama tolak beliau. Pemilihan MT UMNO...tidak terpilih tetapi beria-ia nak minta jadi menteri.

Respek pada abang Khalid Samad...kalah MT, minta x dilantik Menteri.

Bila ahli UMNO x sokong, terpaksalah membodek boss utk kekal jadi menteri.

al kisahnya

Tanpa Nama berkata...

Lain kali jangan pandai-pandai buat lirik sndiri.. Suruh la org yg pndai tulis lirik.. Mcm siso ka.. Baru releven dgn sambutan hari merdeka.. Ni mcm lagu syok sndiri je.. Simpan sajalah nti pasang masa prhmpunan gong umno thn depan..nyanyi smpai muntah pun xde org mrh..

Amuraria berkata...

bagi saja dia kerja bakar jamban ooops jambatan yang lama-lama ! ABU !

Andak berkata...

Lirik lagu hampeh tak ada nilai patriotism . Payah2 guna lagu Sudirman aje! Begitulah kalau bodoh mahu tunjuk pandai.

Tanpa Nama berkata...

Langsung tak sebut Merdeka...apa punya lagu nie...takde semangat patriotik langsung. Laungan "Merdeka" tukarkan "Janji"....

Tanpa Nama berkata...

LIRIK atau seni kata lagu memainkan
peranan yang besar
dalam kejayaan sesebuah lagu.
Lagu yang bertahan lama dan digemari
bukan hanya disebabkan oleh
melodi dan penyanyinya sahaja tetapi
juga seni katanya. Seni kata yang
bermutu pula bukan hanya bergantung
pada kisah yang dibawa tetapi
juga kerana bahasanya yang segar
serta kata-kata yang terpilih. Menteri ini patut melibatkan Bahagian Pengembangan Bahasa
Sektor Swasta, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) dan berkerjasama dengan Persatuan Penyanyi - Pemuzik - Penulis Lagu Tanah Air PAPITA) bagi menjalankan Bengkel Penggunaan Bahasa Kebangsaan
dalam Penulisan Lirik dengan beliau sebagai salah seorang peserta.

Menteri ini patut menjemput pakar untuk mengendalikan
bengkel ini seperti Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh
memberikan bimbingan mengenai penggunaan bahasa kebangsaan
yang baik dan betul dari segi
penggunaan kata majmuk, kata pemeri,
kata sendi nama, kata partikel
dan kelewahan dalam bahasa. Menteri ini patut didedahkan dengan beberapa kesilapan bahasa yang sering berlaku.Pakar lain seperti Puan Habsah Hassan dan Encik
Amran Omar, kedua-duanya penulis
lirik terkemuka tanah air juga patut dijemput sebagai panel bagi
berkongsi pengalaman mengenai proses mencipta lagu dan penegasan betapa pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang baik agar dapat membantu meningkatkan kualiti sesebuah lagu.
Menulis lirik perlu menggunakan
bahasa yang baik memandangkan bahasa Melayu memang cantik, ditambah lagi orang kita kaya dengan
perbendaharaan kata seperti perumpamaan. Menulis lirik adalah satu tanggungjawab. Menteri ini wajib diingatkan bahawa
menulis lirik mestilah dengan kamus di sebelahnya.

Tanpa Nama berkata...

Bandingkan lirik ini dengan lirik yang dihasilkan oleh seorang menteri....

INTRO

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

MUSIC BRIDGE

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

CHORUS

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Lirik Patriotik - Perpaduan Teras Kejayaan @ Lirikami


Share on Tumblr
Kategori: Patriotik


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-patriotik-perpaduan-teras.html#ixzz22FlokMWV

Tanpa Nama berkata...

kalau di negara seperti Jepun...menteri akan resign kalau kes-kes sebegini sebab mereka ada maruah dan harga diri...tak pun ambil pedang samurai buat harakiri atau terjun bangunan.

kalu kat malysia, dah sah rasuah, bawah cash berjuta kena tangkap pun masih tebal muka...siap boleh menang pemilihan top post dalam parti....memang tak ada maruah dan harga diri.

Tanpa Nama berkata...

Buat pertandingan cipta lagu, terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, pilih yang terbaik dan bagi hadiah penghargaan baru betul aku rasa. Sama2 dapat merasa. INI asik2 aku, asik2 aku kasi canlah kat orang lain merasa sama.

hairan berkata...

hahahaha

lagu dan lirik taraf budak tadika

malas dan tak layak nak komen pun!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak amik lagu Janji palsu nyanyian Mazuin Hamzah? Baru kenaaaa

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya tema MERDEKAKAN MALAYSIA DARI PENJAJAHAN UMNO(WAKIL PENJAJAH BRITISH)

Tanpa Nama berkata...

Apa punya jenis pemikiran menteri UMNOngok ni..... malu lah ada PhD tapi pemikiran tahap sekolah rendah.
Bila dah kena belasah kow-kow baru terhegeh-hegeh mintak pandangan umum, dari mula tak nak pikir habis2 sebelum bertindak.... Menteri low class.

Tanpa Nama berkata...

Dasar menteri Phd pengampu.... buang longkang je lah PhDnya tu. Pemikiran tahap lulusan sekolah rendah, buat tindakan tak pikir implikasi. Kan rakyat Malaysia ni dah bijak2 belaka....itu pun tak boleh pikir. Bila dah kena belasah kow-kow baru lah terhegeh-hegeh mintak pandangan umum............. tarik je lah PhD dia ni.

Tanpa Nama berkata...

kalo tak silap dulu tv3 ada buat rancangan utk pencipta lagu...komposer...suh laa rais yatim msk..

Tanpa Nama berkata...

lepas PRU13 BN tepati janji:
PENAIK HARGA MINYAK
TOL NAIK
GST DILAKSANAKAN
SAMAN EKOR DIKUATKUASA
TAK HAPUS PTPTN
SKIM BARU KAKITANGAN AWAM MACAM SSB
ISA DITERUSKAN
.........
.....

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN tepati janji untuk menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat

Tanpa Nama berkata...

PhD pn beli!!!
Rasanya menteri dah menopause (pinjam pompuan pnya) patut simpan je....bodek kuat,!!......najib nak buang pn x boleh......banyak simpan rahsia beb!!!.......tentang bahasa......apa aku kesah dengan bahasa kebangsaan.....kaum2 menteri pun cakap je berdegar2!!! Bahasa jiwa bangsa......tp ckp pn guna bahasa penjajah!!!....Jd......lirik lagu kebangsaan thn ni pun aku hentam aje la....yg penting dpt bodek big mama......pak jib utk calonkan PRU 13 ni!!!......ABU