24 Ogo 2012

[VIDEO] PKR: Syor Dr M Sokong 'Syaitan Dikenali' Perkembangan Baik

Petaling Jaya: PKR menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa adalah "lebih baik (menyokong) syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang tidak kita kenali" sebagai satu perkembangan yang baik.

Menurut naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan dirinya mengakui semakin ramai yang tertarik dengan perjuangan Pakatan Rakyat dewasa ini.

"Ia perkembangan baik. Trendnya menuju ke arah kita. Tapi saya kecewa bahawa beliau mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'devil' (syaitan)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang turut hadir pada sidang media itu pula berkata, kenyataan Tun Mahathir itu mencerminkan gaya seorang diktator.

"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Ia mencerminkan personaliti dan juga sikapnya terhadap kuasa.

"Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat," katanya.

Kedua-dua pemimpin itu mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, katanya pemimpin Pakatan suka menabur janji-janji yang belum tentu mampu ditunaikan mereka.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir BN mendengar keluhan rakyat dan mengubah banyak undang-undang dan dasar dan apa yang rakyat perlu lakukan adalah menggesa BN melaksanakan apa sahaja perubahan yang diingini.

Justeru, kata beliau adalah "lebih baik (menyokong) syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang tidak kita kenali". -antarapos




Kenyataan Dr M adalah rayuan orang terdesak, kata Pakatan

Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, “lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali”, dalam blognya semalam jelas menunjukkan pengakuan bekas perdana menteri diatas kesalahan semasa memerintah negara selama 22 tahun.

Ahli parlimen PR Nurul Izzah Anwar (foto fail), anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan bahawa musuh ketat bapanya itu terdesak untuk terus relevan.

Nurul, naib presiden PKR, berkata kata-kata Dr Mahathir adalah satu cubaan terdesak disaat akhir untuk meyakinkan rakyat Malaysia untuk mengundi bagi Barisan Nasional (BN), walaupun ia seperti memberikan undi kepada “syaitan”.

Dr Mahathir sudah sangat terdesak ibarat, “lelaki tua yang mahu terus kekal relevan”, katanya.

“Malangnya, suaranya adalah tidak relevan, dan sebab itu dia bersuara bagi mendapatkan sokongan kepada Umno-BN.

“Pengaruh beliau, jika ada, hanya di kawasan luar bandar, dimana tanpa diragui beliau akan berjaya pengaruhi,” kata ahli parlimen Lembah Pantai kepada The Malaysian Insider.

“Sekali lagi ... tidak lebih daripada percubaan seorang lelaki tua untuk dilihat relevan.”

Dalam tulisan blog semalam, Dr Mahathir memberitahu rakyat Malaysia adalah lebih baik “syaitan [mereka] tahu” dalam BN daripada kerajaan persekutuan PR, yang beliau kata akan membangkrapkan negara dengan janji-janji populis.

BN telah mendengar rakyat menukar banyak undang-undang dan dasar. Apa yang rakyat perlu lakukan adalah untuk mendesak BN menjalankan apa sahaja perubahan yang diinginkan.

“Lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat anda tidak kenal,” tulis bekas perdana menteri itu.

Ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pengakuan Dr Mahathir BN sebagai “syaitan” tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan BN akan tetapi memburukkan keyakinan awam terhadap kerajaan semasa.

“Jika apa-apa, ia menyukarkan mereka (BN) lagi, dan memberikan persepsi buruk terhadap BN dikalangan pengundi atas pagar,” kata ahli parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insider.

“Yang Najib berjaya tarik dan dia dan BN adalah selari, kalau dimusnahkan oleh perkataan Dr Mahathir.

“Beliau hanya menambah penghinaan kepada kecederaan.”

Bersetuju dengan kenyataan ahli parlimen Kuala Selangor itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke, mengatakan, perdana menteri yang paling lama berkhidmat, dikatakan masih mempunyai pengaruh kuat dalam Umno, takut “kesalahan masa lalu” beliau akan didedahkan jikalau PR memimpin negara.

Dr Mahathir sedang “panic”, ahli parlimen Rasah itu menambah, dan bersedia untuk menggambarkan BN sebagai “syaitan” dan PR sebagai “malaikat yang tidak dikenali” hanya untuk menanamkan rasa takut kepada pengundi.

Seorang lagi ahli parlimen PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, menyatakan, kenyataan Dr Mahathir tentang PR akan menjadi lebih autoritarian daripada BN adalah tidak berasas oleh kerana PR masih lagi belum memerintah Malaysia.

Beliau berkata Dr Mahathir boleh melihat rekod PR dalam mentadbir empat negeri — Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan — yang beliau dakwa ditadbir dengan baik.

“Lihatlah di empat negeri PR ... Semuanya berdasarkan tender terbuka, kita mendedahkan dokumen OSA (Akta Rahsia Rasmi) supaya orang ramai boleh akses ... Apakah ini yang dinamakan autoritarian?” kata beliau ketika dihubungi.

Dalam blognya semalam, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.

“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” tulis beliau.

“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”

Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.

Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.

“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.

“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.

“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-TMI



3 ulasan:

Kiamat berkata...

Itu sudah jelas menandakan bahawa Mahataik a.k.a Mahafiraun sudah tidak ada harapan utk survive.

Tanpa Nama berkata...

Madey ni cm aysh pin plk..nasid dia xckp kerajaan lngit..he he

Tanpa Nama berkata...

Walau pun ayat Tun M boleh diolah dlm maksud yg pelbagai...ttp apa yg dinyatakan itu ada kebenaran nya...mgkin anggota PR skrg diantara gabungan yg terbaik..akanvtetapi bagaimama 10 thn lagi...adakah kemungkinan DAP akan mendominasi...ini krn, pemimpinya amat berani menyuarakan perkara yg tdak dipersetujui..manakala PAS hanya memikirkan hati org lain...fikir2 kan...