24 Ogo 2012

[HOT] Azwan Ali: Umi Hafilda Bukan Adikku Lagi!

Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali

Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.

Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.


“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.


Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.

Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.


Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.

“Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.

Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Enggan menyatakan parti mana yang disokongannya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.

“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’ (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN,” katanya. -KD

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika azwan ali ikhlas menyokong parti yg memperjuangkan keadilan dan benci parti yg zalim, aku doakan mudah2an Allah memberi pertunjuk dan hidayah agar azwan berhijrah kpd lebih baik, lebih dekat dgn Allah, mudah2an dia sempat bertaubat atas perkara2 lepas dan dpt kemudahan beramal ibadat selagi hayat masih ada.

begitu jugak LGE, mudah2an mendapat hidayah untuk memeluk Islam segera.
Amin.

Tanpa Nama berkata...

Amin

Tanpa Nama berkata...

Amin Ya Rabbal alamin..mudah2an

Man Black berkata...

Aaminn..nak tambah ckit..aku nampak azwan ni sepatutnya dah mula berubah kpd yg lebih baik..keluarga mereka ni dianugerahkan Allah menjadi hebat dan terkenal..cuma patut diaplikasikan pd cabang yg betul dan hak, ini akan menjadi lebih baik dan terbaik..semuga Azwan mendapat taufik dah hidayat..bertaubat nasuhalah segera aduhai Azwan oi..

Waris berkata...

Berhijrah kepada sesuatu yang baik adalah sikap yang terpuji. Tapi memutuskan silaturrahim adalah suatu perkara yang Allah laknat.

Itu pemahaman saya tentang apa yang saya pelajari.

Oleh itu saya seru jika bergaduh atau berperang tentang politik sekali pun, janganlah diputuskan tali silaturrahim sesama adik beradik.

Buat cara macam khalid samad dan shahrir samad. Walaupun berlainan parti tetapi tak pernah kedengaran mereka memutuskan tali persaudaraan sesama mereka.

Perbetulkan kalau saya silap.

Tanpa Nama berkata...

boleh shj brrsetuju utk tidak bersetuju..

Tanpa Nama berkata...

tidak la teruk sgt sebenarnya si azwan ni, cuma terikut2 dgn perangai ala2 mak nyah nya tu yg over sgt. cuba lihat pd masa mula2 keluar sbg selebriti dulu ok je. ni takde lain ni nak lawan dgn si aznil la tu. menyampah jgk aku. semoga kedua2 bertaubat dan kedua2 masuk PKR.. takbirrrrrrrrrrr..!!!!!!!!!!!!!