16 Ogo 2012

Nasha, Berapa Kalikah Kau Cium Tangannya Kemudian Kau Ludahinya Semula?

Nik Aziz Tidak Hairan Jika Nasha keluar PAS

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. -mk

Isu Ustaz Nasa. Kenyataan Terkini Ketua Pemuda PAS Pusat

Yb Ust Nasharudin perlu datang, bincang dengan parti.

1. Sehari dua ini semakin kencang topik bahas mengenai kedudukan Yb Ust Nasharudin. Mengambil kira beberapa langkah beliau mutaakhir ini yang sangat pincang malah secara terbuka menolak keputusan parti.

2. Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS.

3. Saya tidak nampak Yb Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.

4. Saya menggesa supaya Yb Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Yb. Dato Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan.

5. Yb Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.

6. Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini.



Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin

Para pemimpin Pas telah memberi reaksi berbagai-bagai tanggapan terhadap bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa yang kini miring kepada fahaman sekular, Umno. Pandangan-pandangan pemimpin itu bukan merupakan ketetapan parti tetapi lebih merupakan pandangan peribadi. Kesemua pandangan itu walaupun bergumpal dengan nada kekesalan, tetapi masih cuba memberi ruang dan peluang kepada timbalan presiden yang bersaiz 4' -11" itu.

Yang pertama memberi reaksi ialah Dewan Pemuda Pas Kelantan yang agak keras memberi peringatan kepada Nasharudin kalau beliau sudah tidak betah dengan Pas sila keluar sahaja dari Pas. Lebih tegas lagi Pemuda Pas Kelantan menerusi setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob menggesa Nasharudin supaya melepaskan kerusi Bachok dalam keadaan baik. Alasan Nuri tidak ada guna beliau kekal di situ kerana sudah tidak sebulu dengan Pas.

Manakala Setiausaha Agung Mustapa Ali pula lebih lunak dengan menyatakan Pas sedang memantau perkembangan seterusnya apa yang akan dilakukan Nasharuddin. Bagi Mustapa beliau nampak berhati-hati sebelum membuat komen langsung kepada Nasharudin. Beliau mungkin bimbang kalau tidak kena cara menyebabkan timbul salah anggap beliau ke atas komen itu kerana beliau sebelum ini dikatakan orang yang tidak disenangi Nasharudin.

Begitu juga dengan ketua Pemuda Pas, Nasudin Hassan dalam komennya lebih kepada menyeru Nasharudin supaya insaf dengan apa dilakukan kerana ia boleh merugikan parti dan menggembirakan musuh. Ternyata Nasharudin 'pemuda anak' ini tampak lebih matang dan berhemat berbanding dengan Nasharudin 'separuh ayah' itu.

Kata Nasrudin, ahli parlimen Bachok itu harus tampil berbincang jika terdapat apa-apa yang tidak disetujunya kerana cara mengkritik Pas secara terbuka ia lebih menguntungkan musuh Pas. Beliau juga tidak setuju dengan cara Nasharudin kalau beliau mengikut jejak langkah Hasan Akidah yang memburukkan Pas di merata tempat.

Seorang lagi pemimpin Pas yang kurang senang dengan karektor politik Nasharudin ialah Mahfuz Omar. Naib Presiden Pas itu mencabar Nasharudin supaya berdepan dengan Majlis Syura Ulama kalau tidak berpuas hati terhadap 'tahalluf syiasi' Pas yang hubung dengan DAP. Ini kerana jalinan politik dengan parti lain termasuk PKR dalam pengetahuan Majlis Syura di mana beliau salah seorang anggotanya.

"Persoalannya kata Mahzfuz apakah dia tidak cukup ilmu untuk berdepan dengan Majlis Syura Ulamak?", kata Mahfuz seperti dilapor.

Tentu orang awam sedang menanti apakah ulasan selanjutnya terhadap Nasharudin yang dilihat sudah mula ghairah mematuk Pas itu. Dalam hal ini komen dan ulasan yang sangat dinanti ialah dari Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden Abdul Hadi Awang.

Bagaimana pun yang paling digeruni untuk mendengar komen terhadap tindak tanduk Nasharudin ialah dari Nik Aziz. Sebelum ini Nik Aziz pernah menghalaukan Nasharudin keluar dari Pas kerana perilakunya yang cuba mengadakan kerjasama politik dengan Umno.

Mungkin kerana sejarah itu kalau Nik Aziz membuka mulut terhadap Nasharudin ia sangat pedas dan menggerikan. Jangan salahkan Tok Guruku itu kalau beliau hanya berkata 'no komen' mengenai Nasharudin kerana beliau sudah mensyarahinya panjang lebar sebelum ini. Mantik 'no komen' nanti merupakan satu kemarahan besar beliau kepada Nasharudin. Justeru saya berharap baik Abdul Hadi dan Nik Aziz tidak memberi apa-apa komen dan reaksi. Sebaiknya biarkan sahaja Nasharudin dengan gleagat dan peta baru politiknya.

Kalau pun Nasharudin ingin kekal menjadi jurualih bahasa kepada Najib tidak menjadi masalah. Semua pemimpin Pas dan ahli Pas harus menyedari Nasharudin perlu hidup yang lebih selesa dan lumayan. Jawatan baru itu mungkin gaji dan pendapatannya lebih lumayan dari apa yang beliau perolehi semasama bergelar ahli Pas. Ia juga lebih berprestaj. Bagi orang yang gilakan prestaj sangat seronok dengan jawatan itu kerana boleh mendamping PM.

Seperti apa yang saya katakan sebelum ini sebagai seorang berjiwa kecil dalam perjuangan Nasharudin tidak akan teringat lagi bahawa dia pernah diberi peluang menjadi orang kedua tertinggi dalam Pas, di mana peluang itu tidak mungkin akan diperolehinya walaupun beliau menubuh parti sendiri. Keistimnewaan itu akan dialpakan begitu saja kerana tempias sinar pelangi dari dalam Umno. Jadi ukur dan analisa sendirilah bagaimana orang ini.

Nasharudin sendiri mungkin menyedari selama lebih empat atau lima tahun menjadi timbalan presiden beliau tidak dapat menjadi 'asoib' yang baik kepada Abdul Hadi Awanag melainkan megah dengan kedudukan itu ke mana sahaja. Jadi... kalau pun selepas ini Nasharudin mempertikaikan mengenai pendekatan Pas kini yang kononnya tidak tidak Islamik, memusnahkan Melayu, bersekongkol dengan Cina dan sebagainya ...biarkan sahaja.

Beliau umpama si burung tukang (burung malas) yang akan bertukang bila siang bertukar malam. Selepas ia bertukang tatkala hari hendak siang maka akan berhentilah dia bertukang (berkokok) maka begitu jugalah Nasharudin. Saya tidak kira kalau ditakdirkan dia menyertai Umno akan mendapat makam yang sama dengan apa yang di perolehi dari Pas.

Juga kerana keyakinan dia bahawa Umno lebih Islamik dari Pas, biarlah dia mencapai 'mardatilah' dalam Umno. Di sini biarlah saya mendahului orang lain untuk mengucap selamat menyertai parti baru buat Nasharudin.
-MSO


Baca bersama dengan tajuk
(Berapa Kalikah Kau Cium Tangannya
Kemudian Kau Ludahinya Semula?)






23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak heran apa dia baik dgn pemimpin umno..dulu masa anak dia kawin...dia jemput tpm ...elok je tpm hadir...org pas seorang pun tk nampak kelibat...

Tanpa Nama berkata...

Nasaruddin Mat Isa ni sepatutnya sudah disingkirkan dari PAS bersama Hassan Ali tapi dia ada Godfather-Godfather diIbu Pejabat PAS,termaklum Geng UG.Dia juga Ahli Majlis Syura Ulamak walau pun bukan ulamak cuma Pengerusi Al-Quds lantikan Najib.Sekarang baru ahli-ahli PAS tau kerosakan yang dilakukan oleh Puak UG.Lihat komposisi Majlis Syura Ulamak,jadi bahan ketawa masyarakat dan sudah tidak mampu menjalankan peranan sebagaimana yang dikehendaki Perlembagaan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Nasha ni sepatutnya dah disingkirkan dari PAS bersama Hassan Ali.Malang! dia punya Godfather-Godfather diIbu Pejabat PAS.Inilah angkara puak UG,sekarang baru jelas kepada ahli-ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

memang sedih la kalau betul jangkaan kita akan terjadi..saya bercerita tadi dengan kawan saya pernah bertemu banyak kali dengan ustaz Nasha di restoran ..sungguh sopan santun pertuturan beliau..kawan saya cakap "sopan santun apa ada satu kes customer call aku marah marah kereta belum siap service...tak lama customer yang marah marah tu datang ..tengoktengok muka macam aku kenal rupanya ustaz Nasha " wallahuaklam..

Tanpa Nama berkata...

Sedih Ustaz Nasha jadi begini. Adalah lebih baik beliau kekal sebagai pensyarah UIAM jika tahu begini kesudahannya. Rupanya beliau pentingkan jawatan dan ini matlamat beliau agaknya sejak mula2 masuk PAS..

Tanpa Nama berkata...

Apa salah nya si NAza tu ikut bank bergerak....pandai2 la berlakun, nak hidup katakan....kalau tak paham rujuk kat Asang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak silap saya Ustaz Nasha dipelawa terus menduduki kerusi Setiausaha Agung Pas oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor, serentak dengan itu beliau meletakkan jawatan sebagai Pensyarah ..(kalau kenyataan saya salah tolong betulkan)

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat Nasha,,,,bukan tak di sangka,,,namun sudah dijangka,, bekerkerja semata mata untuk ganjaran, imbuhan dan pangkat..bila tak dapat apa yang di idamkan mula la buat perangai haprak. Berguru ngan Asang agaknya

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah....ahli2 pas kena jual dgn lakunan NASHA (Aziz) ...dia nakkan jawatan je..dks bukannya ada semanvat PAS pun...masuk2 terud ada jwatan tinggi dlm PAS...kah kah kah x ada semangat PAS ini sama je Ibrahim Ali= NASHA = ASANG ALI

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara sekalian, minta anda sokong pages kami. http://www.facebook.com/pages/Kami-sokong-PAS-laksanakan-Hudud/142786682528295

ahmadyani berkata...

Berjuang dalam gerakan Islam tidak boleh berpura-pura kerana lambat laun kepura-puraan itu akan diserlahkan oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

APA NAK PELOK SANGAT DGN NASHA TU. ANPOW RAYA KURANG2 RM JUTA. ORG MCM NI BILA DH TAK ADA TEMPAT DIA CRI YG LAIN. DIA HANYA NK GLAMOUR BUKAN BERJUANG UNTUK ALLAH. BERJUANG UTK PERUT DIA AJE. JANJI MASUK. SEMOGA NAJIB MENEPATI JANJI DIA DGN NASHA. RASA2 RM JUTA KOT.

Tanpa Nama berkata...

Sampai skrg saya tdk fhm tujuan Ust Nasha ikut Njib ke Mekah..kalau sbgai jurubahasa,Duta Besar M'sia ke Arab Saudi,Datuk Syed Omar As Sagof lebih Fasih Bahasa Arabnya brbnding Pak Ust sorang ni..Datuk Syed Omar yg saya kenal semasa memegang jawatan Rektor IPTIP(Perlis)org yg sgt Fasih dan mahir dlm bahasa arab(pertuturan dan kaedah ilmu bhs arab),kalau tk silap saya beliau ada Master bahasa arab..beliau jg Alumni UNiversiti of Madinah..Ayah beliau jg adalah seorang Sayyid yg Alim lg Wara',berhijrah dari Yaman dn meninggal dunia di M'sia(perlis or penang)..jd tk nmpak la relevennya Pak Ust ni ikut Najib sbgai Pntrjmh sbb Duta kita tu pun bkn calang2 org..tk prcaya checklah ngan org2 Perlis khususnya Ust Md Jahaya(bekas Mufti Perlis&Ayah kpd Ust Fathul Bari)...

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya Nasharuddin ni tak lama lagi akan jadi Penasihat kepada PM 1Malaysia.. dan seakan akan umpan sudah mengena.

am berkata...

from official FB page TGNA
Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu. Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.

Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin UMNO di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya....

Jgn sampai jd fitnah plak. TGNA x ckp soh nasha kua pas pon

Tanpa Nama berkata...

Bak kata tuan guru na dato asri pun boleh keluar nl kan pulan nadarudin . Jawatan punya pasal

Tanpa Nama berkata...

Xsngka bole ikut najib g umrah...org bn xjeles ke

hairan berkata...

komen TGNA sungguh tepat dan kritikal... cuma orang yg tak tau malu atau muka setebal tembok aje yg masih tak faham atau buat2 tak faham.

pada aku TGNA cakap kalo di translet bahasa kasar ialah 'nasha ko boleh blahhhh!'

:)

Monkey Code berkata...

Tengok le orang Melayu(Pas).."lembab nak mampus" buat keputusan, biar kan dia begitu lama dalam Pas, jawatan tinggi pulak tu. Kalau le di zaman syadina Omar, mangkok hayun ni dah lama di cantas dengan pedang.Betul ke kau orang ni dapat pertunjuk dari Allah!!!. Takut2 syiok sendiri je.

1 Malaysia Tulen berkata...

Hello, Hello , Hello, ... Monkey Code:
Monkey mana nak faham cara insan dari PAS menyelesai masalah dalaman parti depa, terutama TGNA. Jangan belagak sebagai manusia kalaulah "kau" tu keturunan berooooook.

Monkey Code berkata...

Nasha says will not quit PAS, no wish to join Umno.(malaysia insider)

Bodoh le orang2 Pas, kalau masih nak simpan "SI KETOT MANGKOK HAYUN NI", takkan tak belajar2 lagi kut.... buang je macam hassan ali tu, tak rugi pun Pas.

Tanpa Nama berkata...

Nasha boleh belah dari PAS kami orang muda meluat dengan UMNO

Tanpa Nama berkata...

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno"

Ayat ini mungkin ada makna yang lebih mendalam..... khas bagi Presiden.