28 Ogo 2012

Isu Bapa Kafir: Mahkamah Tolak Permohonan Rahim Noor

Kota Bharu: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir.

Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.

Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'

Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6.

Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"

Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.

Para peguam TG Nik Aziz yang diketuai Hanipa Maiden [tengah], Hisham Fauzi [kiri sekali] dan lain-lain

Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.

Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.

Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.

Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.

Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.

Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat.

Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."


Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.

Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah. -HD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Padan muka Rahim Nor. Lain kali sebelum bercakap fikir dulu buruk baiknya nanti.

Tanpa Nama berkata...

Didunia dah kenA...belum di akhirat lagi...bertaubatlah wahai rahim noor

Tanpa Nama berkata...

Rahim Nor kaki pukul UMNO tak tau Mahathir Kutty dah mengaku UMNO tu kumpulan setan.Nah! Siapa yang kafir sebenarnya.