28 Ogo 2012

Rumah Pelawak Terkenal, Imuda Dipecah Masuk

Kuala Lumpur - Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.

Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.

Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.

Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.

"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama


Ulasan GB

Nak buat macam mana, Menteri KDN dan KPN sendiri telah menyatakan kadar jenayah semakin menurun.....

Perompak pun naik tocang...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan apa sangat tuh. Hanya kes pecah masuk rumah orang lain tanpa izin sahaja. Bukan kes rompak jauh lagi samun.

So kes tak masuk dalam indeks jenayah la...

Di bawah kerajaan UMNO/BN semuanya jadi bingung belaka.

PRU-13 wajar Pakatan Rakyat diberi mandat menggantikan umno/bn...

ABU
Kuasa Rakyat Kuasa Keramat.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat mcmana...KDN kata negara semakin bagus, jenayah dh kurang...Klu dh kes2 camni timbul, nmpk gaye t'paksa ngadap je la...

Tanpa Nama berkata...

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya...

Ish...ade ke patut...ni tak bole jd....p'jenayah semakin berani...KDN / Polis perlu tegas pantau kes2 sbgini rupe...bukannya m'manjang duk eskot program BN, UMNO je...tuduh Progrm Bersih jahatla kotorla apela pdhal sbnar2nya tak ade apepn, hmpunn aman dan mahkamah pn ckp tak salah...

Tanpa Nama berkata...

Polis hanya sibuk nak eskot menteri2 dan raja2. Sambil2 tu boleh 'merompak' ditengah2 jln. Dapat jgk duit raya atau nak beli bunga api

Tanpa Nama berkata...

ishhh...korang ni...ini perkara kecik la...no hal...bandingkan pembangunan yang telah semakin pesat dalam masa 50 tahun...samun, rompak, rogol...biasa je...negara maju pun mcm tu juga...bandingkan Thailand, Indonesia, Filipina,kita masih di tahap tidak membimbangkan...bukan ke gitu Pak Hishamuddin?

Tanpa Nama berkata...

Malaysia CSI mane..kite tgk lwak harith iskandar cukup la sama dgn reality skng ni ha ha ha..r s2 berbilion harta rakyat kena rompk dek penyamun

Tanpa Nama berkata...

yeah.. malaysia negara selamat !!!