27 Jul 2012

Yang Menangis Itu Bukan Mufti Saudi - Penjelasan GB

Bukan Mufti Saudi
Oleh Dr Wan Ahmad Razwan

Assalamualaikum wrwbt.

Saya merujuk "Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak..."

Saya sudah meneliti rakaman video tersebut dan cerita yg dilaporkan orang ramai dalam alam maya itu didapati hanya untuk menyedapkan sebaran. Tokoh panel dalam video tersebut bukanlah Mufti Arab Saudi, tetapi seorang pendakwah yg bernama Syeikh Abd Aziz Fawzan.

Beliau menangis apabila mengulas tentang kejahilan seorang "liberalist" wanita yg bernama Hessa Asy- Syeikh yg menulis dalam akaun twitternya dengan menyamakan lagu Muhammad Abdu (penyanyi Arab Saudi) seperti Kalam ALLAH.

Memberi bantuan kepada rakyat Somalia adalah suatu tuntutan agama, tetapi bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang menyandarkan sesuatu berita secara palsu. Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden !! -HD

Di bawah ini video yg dimaksudkan -



Ulasan GB

Pertama, GB ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Wan Ahmad Razwan kerana memberikan responsnya terhadap isu yang telah dibawa oleh Blog GB dengan tajuk: [BERGAMBAR] Mufti Saudi Ini Menangis Teresak-esak... Mengapa?

Gambar dan berita tersebut telah tersebar di dalam Facebook, Twitter dan beberapa forum antarabangsa berbahasa Inggeris sejak beberapa hari lepas dan ketika ia mula-mula dimasukkan ke dalam blog ini, belum ada yang tampil memberikan maklumat sebenar dari mana-mana pihak terhadap isu berkenaan. GB juga telah berusaha untuk mencari video klipnya namun gagal.

Video yang disiarkan di atas itu pun hanya dimuatnaik pada 26hb Julai 2012 iaitu pada hari semalam.

Sebenarnya tidak timbul isu "menyandarkan sesuatu berita secara palsu" sepertimana yang didakwa oleh beliau kerana laporan mengenai penderitaan masyarakat Somalia itu adalah benar.

Laporan GB sebelum ini mempunyai dua bahagian, bahagian awal ialah petikan dari facebook yang dikatakan Mufti Saudi menangis teresak-esak kerana mendengar soalan dari seorang rakyat Somalia yang kononnya menanya:

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?"

Bahagian kedua laporan GB ialah kisah bergambar mengenai penderitaan masyarakat Somalia.

Jika tiada laporan pertama itu, iaitu laporan mengenai "Mufti Saudi yang menangis itu", maka laporan kedua di bawahnya iaitu penderitaan rakyat Somalia itu tetap boleh berdiri sendiri. Justeru itu laporan penderitaan rakyat Somalia itu tidak bersandar kepada laporan yang pertama tersebut tetapi "penerusan" kepada pendedahan kepada isu sebenar iaitu kesahihan dan kebenaran mengenai penderitaan rakyat Somalia yang mungkin saja dilupakan oleh masyarakat Islam di bulan Ramadhan ini.

Bersandar ertinya, jika tiada laporan pertama, maka laporan kedua itu pun rebah (kerana tiada tempat bersandar) dan batal. Tetapi berbeza di dalam laporan GB, jika tiada laporan pertama, laporan kedua itu tetap benar dan sahih.

Jadi tuduhan menyatakan "Inilah bentuk perekaan "hadith" palsu zaman moden" dengan sendiri tertolak kerana pertama laporan tersebut tidak saling sandar menyandar dan kedua tiada siapa berhak mengeluarkan "hadith" kecuali Rasulullah saw. Menyamakan apa pun laporan yang tidak betul oleh orang yang tidak diketahui itu dengan "hadith" sangat-sangatlah menyimpang. Kerana tidaklah patut apa-apa persamaan boleh dilakukan terhadap nas-nas qat'i seperti Al-Quran dan hadith.

Yang ketiga seperti yang GB katakan tadi, isu pokok yang diketengahkan ialah penderitaan rakyat Somalia dan tugas kita umat Islam mencari jalan membantu, melalui huluran sumbangan dan doa sebagai menunaikan tanggungjawab kita terhadap meringankan bebanan saudara Islam kita di Somalia.

Adapun laporan pertama yang dikatakan palsu itu boleh saja ditinggalkan tanpa mencacatkan lansung isu pokok yang sebenar lantaran bukan di situ tumpuan kita.

Pun begitu ada laporan lain yang GB terima dari seorang sahabat menyatakan soal-jawab itu memang wujud cuma gambarnya sahaja tidak betul dan diletakkan sekadar illustrasi hiasan. Jika demikian maka sudah tiada ada isu lagi. Cuma sekarang beliau sedang bantu GB meperolehi video soaljawab berkenaan. InsyaAllah akan disiarkan apabila ketemu nanti.

Kaedah Islam pula di dalam mengambil sesuatu pedoman, ilmu atau panduan maka dipesan sebagaimana istilah "أنظر ما قال ولا تنظر من قال" yang bermaksud “Lihatlah apa yang dicakap dan jangan melihat siapa yang bercakap”

Wallahu 'alam!

Greenboc
COO Blog Kelab GB

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






16 ulasan:

Matmi berkata...

Macam2 alasan kau gb, ngaku je la dh buat silap, minta maaf, tu pun susah ke..

Tanpa Nama berkata...

GB aku kenal ler, memang blogger, hari2 aku ikut dan baca blognya.

Dr Ahmad Razwan tu siapa dan mana blognya?

Kenapa tengok hanya yg negatif, dan abaikan yg positif?

redwan al-kluang berkata...

Silap letak gambar jer tuh... kalau gambar tu takda, tak jadi isu pun.

Ingat GB, dalam internet ni puak yang mencari kelemahan tu memang ramai dari mereka yang berusaha menyebarkan maklumat yang berguna untuk umat Islam.

Tanpa Nama berkata...

matmi

apa kena dgn ko?
bukankah Islam itu tertegak dengan hujah dan dalil?

biarlah gb berhujjah, itulah intelektualisme namanya bukan jumud seperti sesetengah orang.... pak angguk jer.

Tanpa Nama berkata...

mana nak maju, benda furu'iyah dipersoalkan, sedangkan umat Islam di serata dunia kini sedang dihimpit kesengsaraan........

Tanpa Nama berkata...

ok jelas sangat penjelasan GB. Gambar itu yang mengelirukan. Ia adalah majlis yang lain.

Tanpa Nama berkata...

kalau berhujah ikut macam GB. silap pun kena bagi hujah.. menegur akan kesilapan orang lain amat cantik KALAU kita pandai berhujah.

pak su berkata...

salam gb !!

kadang tu kata kata انظرالى ما قال ولا تنظر الى من قال
kena tengok sapa yg bercakap tu....kalo si munafiq si fasik n puak kamjat yg dok bercakap...tak payah ler dok dengaq......
mcm utusan bawak cerita ler...hangpa boleh percaya ke? berapa persen sangat hangpa boleh caya?

mcm KTS.....mola tu nampak baguih sikit....bila dah dpt publisiti sikit mola ler dok merepet....sampai depa tak yakin lagi hudud boleh selesai masalah sosial....pasai tu ler boleh saja dengaq depa cakap....asal kena periksa dulu apa meghega yg depa dok cakap toh......

Tanpa Nama berkata...

Penjelasan dari GB, se terima dan yg paling penting,gb terima kritikan, dan betulkan kesilapan (gambar yg tersilap).anggap ajelah gambar tu "gambar hiasan".

Tanpa Nama berkata...

GB,

Benda palsu tetap palsu sama ada disandarkan keapada Nabi shallahu 'alaihi wa sallam atau kepada manusia lain.

Cuma, ada yang dosanya lebih besar, ada yang kecil.

Mudah2an semua media lebih bertanggungjawab dengan laporan yang dibuat.

Terima kasih kerana buat pembetulan.

Dalam Islam tu ada sanad. Dengan sanad kita tahu cerita betul atau tidak.

Mansor Ghazali berkata...

Saya berpendapat hujjah GB sudah memadai dan cukup jelas jelas sementara video yang dikemukakan oleh Dr Wan Ahmad Fazwan itu adalah satu majlis yang lain.

Penggunaan imej snapshop dari video berkenaan mungkin satu kesilapan kecil tetapi tidak mencacatkan lansung kandungan artikel berkenaan.

Seperti kata GB, tulisannya itu tidak bersandarkan kepada imej snapshot berkenaan dan persoalan pokoknya ialah penderitaan di Somalia itulah yang sepatutnya diberikan perhatian bukan kepada imej berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

orang somalia ramai yang sedang kebuluran, kat sini ada pihak masih berbicara bab sanad...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum... bukan ke GB dah pesan GAMBAR SEKADAR HIASAN pada gambar pertama? jd tkde persoalan lagi. teruskan GB sebarkan ukhuwah dan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

sanad????.. huhu,, masih nak berwahabiah dalam isu rakyat somalia yang menderita.

pengikut GB berkata...

Moga GB lebih berhati-hati lain kali. Jangan main cedok, kalau cedok dari indon tu ubah la sikit ayatnya....

zacky786 berkata...

Ya ALLAH .. selamatkan lah saudara2 di somalia ..