27 Jul 2012

[VIDEO] Lagu Propaganda 1Malaysia UMNO BN Jadi Lagu Tema Hari Merdeka

Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama.

Lagu ‘Janji Ditepati’ yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’.

Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat ‘Ini janji kita BR1M 1Malaysia’, ‘Kata kita dikota ‘, dan ‘Kedai 1Malaysia’.

Macam malam ikut siang
macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji APa? Janji 1Malaysia
Janji Siapa? Janji kita
Janji Apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.

Slogan ‘Janji Ditepati’ sebelum ini mendapat reaksi negatif terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk pilihan raya.

Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang lebih inklusif untuk semua.

Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan “Janji Ditepati” sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya. -FMT




SAMM Cadang Boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
27 Julai 2012

SAMM Cadang Boikot Sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55

Buat kali pertama dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan politik kepartian yang melampau. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang mengarut ini diboikot serta merta.

Tema hari kebangsaan 'Janji Ditepati' yang diambil daripada tema jelajah Bn dilihat SAMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema 'Undilan Bn' sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihanraya dijalankan.

Hari kebangsaan atau Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut oleh semua rakyat dalam negara ini merentasi batasan agama dan bangsa, apatahlagi warna kepartian. Namun sambutan tahun ini begitu memualkan apabila regim Bn yang telah benar-benar terdesak melacuri Hari Kebangsaan dengan menjadikan sambutan sebagai pentas kempen dan dengan tema jelas kepartian. Bagi SAMM, ini semakin melengkapkan syarat kejatuhan sesebuah regim.

SAMM juga menyeru kepada semua negeri Pakatan Rakyat agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo mengarut ini tidak dibenarkan berlaku dalam negeri masing-masing. Sambutan di peringkat negeri PR seharusnya diwarnakan semula dengan lebih murni dan patriotik. SAMM menyeru semua anak muda dan rakyat prihatin agar turut memboikot sambutan kemerdekaan yang menjadi medan politik kepartian regim Bn. Hari Kebangsaan mahupun Hari Merdeka disambut setiap tahun untuk semua, bukan untuk disambut oleh segelintir penyokong sesebuah parti. Maka kerajaan negeri bukan dibawah regim Bn harus menerajui rakyat bertindak keras di atas kecelaruan yang ditimbulkan regim Bn.

Sudahlah selama hari ini sambutan merdeka disadur dengan sejarah kemerdekaan separuh masak yang hanya menampilkan tokoh-tokoh Umno sahaja, sedangkan sejarah menuntut kemerdekaan itu berlaku jauh lebih awal sebelum wujudnya Umno. Malangnya hanya Umno wujud dalam sejarah jasa negara sedangkan banyak bukti persekongkolan Umno dengan penjajah British dan pihak yang jelas melawan dengan garis keras dilihat penjenayah dalam sejarah. Kini pula keadaan menjadi lebih parah apabila sambutan kemerdekaan itu dihiasi dengan tema syok sendiri dan logo sampah.

Jika kecelaruan dan pencabulan hari kebangsaan dibenarkan berlalu tahun ini sebegitu saja, yakinlah ia akan menjadi tradisi dan amat tidak baik bagi semangat pembinaan negara ini.



che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OIi UMNO you kata janji ditepati? Saya tuntut janjimu. Mana janjimu nak turun harga minyak? Mana janji mu nak bebaskan tahanan ISA? Mana janjimu you nak perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? dan banyak lagi i pun tak dapat bilang beberapa janjimu itu.

Baik kau tunaikan janjimu itu wahai UMNO sebelum kami dedahkan berapa banyak lagi janjimu yang belum kau tunaikan.

Tanpa Nama berkata...

busuk mcm tahi

ahmadyani berkata...

Daya fikir pemimpin UBN sudah rosak. Tandanya? Mereka sudah tidak pandai membezakan antara acara negara dengan acara parti.

Taknak BN berkata...

mati akal dah najib ni sampai hari merdeka pun kau nak nodai.

semua org tau kalau betul la janji ditepati, tak payah la nak 'bribe' rakyat lagi ngn BR1M la etc. Ramai yg menyesal pg amik MYR100 je utk budak sekolah tapi kene paksa dengar ceramah sampai 5 jam! kalau kerajaan Australia nak bribe rakyat, dia announce dlm belanjawan harini (tiap2 tahun ok?), next week terus masuk akaun rakyat dia. Takde der dengar ceramah diktator mcm BN. Apa la punye kuno style kau BN.

Tanpa Nama berkata...

Macam ni lagu tema merdeka...bangang!!!mana nak letak pejuang kmerdekaan dato bahaman,mat kilau,dato maharajalela...? Umno bukan pejuang kemerdekaan,apa kena mengena br1m,kr1m,pr1ma dgn merdeka?mmg rais yatim bodoh!lagu nak puja najib,sama2 bingaiiiii...tdesak sangat cari undi.bangang punya pemimpin....padan sangat 4000 dislike,najib rosmah je yg like,rakyat tetap ABU...

Tanpa Nama berkata...

Macam ni lagu tema merdeka...bangang!!!mana nak letak pejuang kmerdekaan dato bahaman,mat kilau,dato maharajalela...? Umno bukan pejuang kemerdekaan,apa kena mengena br1m,kr1m,pr1ma dgn merdeka?mmg rais yatim bodoh!lagu nak puja najib,sama2 bingaiiiii...tdesak sangat cari undi.bangang punya pemimpin....padan sangat 4000 dislike,najib rosmah je yg like,rakyat tetap ABU...

Awg berkata...

Lagu dr hasil jiwa yg tdk sedar diri mnumpang dbumi Allah tetapi tdk mnunaikan amanah Allah, pmimpin2 UMNO BN yg bongkak takbur jahil agama yg sntiasa mrasa diri bgus pdahal haprak!!!

Roza berkata...

Janji ditepati apanye. Tengok aje bila pulang beraya nanti jalan2 masih jem,itu tandanya BN mmg auta.Kata nak mengkaji ttg kesesakan jalan, dah lama dah...Slogan Barang Naik aje yang sesuai.

Tanpa Nama berkata...

lagu ni ciplak lagu ketuhanan kristian di indonesia.. persamaan pada permulaan & pertengahan lagu.

http://www.youtube.com/watch?v=MzWHRz-owZ8 - Malaysia

http://www.youtube.com/watch?v=aR8z3ROhC2Y - Indonesia

Roza berkata...

Royalti minyak unt rakyat Kelantan masih dimungkiri....