Putrajaya - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.
Gambar: Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.
Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. –
Foto ihsan Cari Malay Forum
Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.
Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.
Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.
Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.
Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya. -SH

Lelaki pedang Samurai ceroboh JPM, mati di hospital
Seorang lelaki bertubuh sasa tidak berbaju dengan pedang samurai serta seorang wanita hari ini menceroboh Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menyebabkan keadaan kecoh.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya dilapor bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan, lapor akhbar itu lagi.
Suspek lelaki yang berseluar jean cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
TheStar melaporkan lelaki itu dibawa ke Hospital Putrajaya tidak jauh dari situ sebelum meninggal dunia. -mkPegawai polis membuat pemeriksaan terhadap pedang yang dibawa lelaki di luar kompleks JPM. -thestar
16 ulasan:
memula tengok gambar lagi tu, serius, ingatkan kulupsakah dah...
aku cuma teringat kisah Rambo Adam yg ngamuk kat Chow Kit dulu sbb adiknya mati dibelasah dgn kayu golf.Tentu ada rahsia disebalik peristiwa Ninja mengamuk nih...
apa motifserangan?...macam ada sesuatu yg ingin di sorokkan.
aku berpendapat ini satu lakonan untuk mencari kumpulan kambing untuk di hitamkan. Ada akai ka buat kerja tak tentu motif....
Dan kenapa polis senang2 tembak dgn peluru hidup, ada banyak kaedah lain lagi boleh diguna untuk mengawal keadaan,kalau betul dua laki bini tu sedang gila,....berapa banyak dah mereka kerat orang?....semuanya mcm ada sesuatu yang perlu dijelaskan...
"Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali, lapor Utusan Online." betul ke ni, ak xpecaya. macam nak burukkan pr. lagi2la utusan, puiiiih
Mungkin satu taktik untuk memburukkan PR terutama PAS supaya rakyat......
Yang PERKASA dok mengamok di depan bangunan Ketua Menteri Pulau Penang tak ada tembakan pun ? Ini polis tembak pasal Najib diancam? kalau pemimpin PR diancam polis buat tak tahu saja. Haram jadah!
kenapa PDRM tak menggunakan Taser Gun..?? tak mampu beli?? mustahil...malaysia sgt kaya kottt...
Tembak si tgn dan kaki cmne bleh meninggal lak?
perkasa mengmuk pakai senjata ke? bro, siasat dulu sblm kuar statement. ni dah kira assault guna senjata. kalau pisau lipat pon kira senjata ni plak pedang samurai..
aku xsalahkan polis tembak dia tu.. bukan najib sorg je ada kat jpm tu. anak bini org pon ada keje kat situ. maunya dia amek tebusan n dah bunuh org baru nak tembak ke? pls jgn kaitkan dgn politik.
Salam.. Dari pada dok tuduh menuduh ,menyalahkan orang lain, lebih baik sedekah dulu al- fatihah pada arwah tu.
Wa ingat la kalau guna peluru getah pun mamat tu dah nangis dah ! Kesian dia no....
aduyaiii...mender ni pon korang ndak politik kan..sempit tul...
al-fatihah
peliklah... macam mana pulak boleh "menyelusup masuk"? takda pengawal ke JPM tu? takkan begitu sekali longgarnya kawalan negara
Aaaahhh senjata pedang 1 je pun. Klu org merusuh boleh lak pakai water canon....kat jpm tu pakai la paip bomba tembak...tak pun panggil bomba ke..klu btul prosecdur kene tembak..perusuh lg bahaya..ramai..wat c tembak...mcm da xda cara lain kritikal..malas pikir ke si penembak ni..renungkan lah..the best is water...soklannya mudahnya JPM ditawan prg bwk pedang. Mcm PRU13 pmbangkang dpt ambil alih
Catat Ulasan