9 Jul 2012

Kembalinya Blogger "Tinta Hijau Dari Kaki Bukit" Ke Rahmatullah!

Facebooker/blogger Tinta Hijau Kembali Ke Rahmatullah!!.....

Innalillahi wainna ilai hiraji'un .... Semoga arwah ditempatkan bersama mukmin yang dikasihi Allah ...Al Fatihah ...................

Gambar: Tinta Hijau Nik Hazman Nik Hashim

Tinta Hijau atau Nik Hazman Nik Hashim.... Sedang Mengerjakan Umrah... Meninggal di Mekkah Hari ini 9/7/2012... 6.30 ptg waktu Arab Saudi.. .al Fatehah.....aminnn' -fb Ibn Battutah



سْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
أٌلحَمْدُلِلَّهِ رَبِ اٌلْعَلَمِينَ*اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْمِ*مَلِكِ يَوْمِ اٌلدِّيْنِ*إِيَّاكَ نَعْبُوْدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ*إٌهْدِنَا الصِّرَطَ اٌلْمُسْتَقِيْمُ*صِرَطَ اٌلَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِّمْ غَيْرِاٌلْمَغْضُبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــينْ


Paparan blog Tinta Hijau Dari Kaki Bukit yang beralamat di malaysiaberih.blogspot.com


Ulasan GB

Seorang demi seorang telah kembali ke rahmatullah. Bebeberapa minggu yang lepas blogger D'Perbatasan Sdr Amir Fadzil, kini Tinta Hijau Dari Kaki Bukit, Sdr Nik Hazman Nik Hashim. Terasa benar dengan kehilangan mereka... dan yang tinggal hanya kenangan...

Allah swt lebih menyayangi mereka...

Namun yang GB masih terkilan, (dengan maaf) para pemimpin parti kita semacam tak kisah lansung pemergian mereka ini... sedangkan mereka inilah tunggak media baru di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Ribuan ahli mencari-cari dan membaca tulisan mereka setiap hari...

Namun, tidak mengapa, sesungguhnya Allah swt Maha Kaya dan Maha Mengetahui peranan blogger-blogger ini dan semuga Allah saja yang membalas kegigihan mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan di dunia siber sekian lama sekalipun manusia di dunia lalai dan lupa pengorbanan dan jasa mereka. GB pernah menulis mengenai nasib blogger PAS/PR di Bilakah PAS Akan Iktiraf Sumbangan Blogger Pula?

GB yakin Allah akan mengangkat dan menempatkan blogger ini di kedudukan yang wajar di dalam parti tidak lama lagi.

Di sebalik itu, sebenarnya ada yang paling istimewa dan paling manis: Allahyarham Sdr Nik Hazman Nik Hashim telah diambil oleh Allah swt tatkala sedang berada di bumi suci Mekah... ia tampak seperti satu penghargaan dariNya yang tiada tara nilainya... yang mana nikmat itu bukan semua orang dapat mengecapinya. Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh para mukminin, solehin dan syuhada, amin ya rabbal 'alamin. Alfatihah.

16 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Alfatihah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman

Suasana Politik Malaysia berkata...

Al-Fatihah. Wahai Allah, ampunilah Rohnya, naikkanlah darjatnya di antara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya.

suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Amuraria berkata...

al fatihah, ya setuju dengan tuan blogger pr/pas perlu juga mengiktiraf para blogger yang menyokong pakatan ,walau sedikit atau banyak sumbangan semua kearah mencapai matlamat menegak agama Allah di bumi Malaysia yang diperintah sekutu apco rejim yahudi ,malah lebih zionis lagi dari zionis ! para pemikir cerdik pandai dalam parti pakatan boleh membantu sekadar termampu dengan cara terbaik kerana bukan semua blogger penyokong orang kaya tapi hanya rakyat marhaen yang mahu melihat kelentongan,kebejatan & salahguna kuasa dibuang jauh-jauh ! ABU !

author faethal berkata...

Alfatihah.

Homestay Saderi Putrajaya berkata...

Innalillahi wainna ilai hiraji'un

AL-FATIHAH

Celah Gelegar mendoakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang-oarng yang soleh, Amin

jelutong a.k berkata...

alfatihah semoga allah menempatkan tinta hijau digolongan orang2 soleh, amin

ZULKIFLI berkata...

As-Salam,
Biarlah Allah SWT yang mengiktiraf sumbangan kita.

hairan berkata...

innalillah....

tunggu turn kita lak ya

semerahpadi berkata...

al fatihah buat blogger tinta hijau .. moga roh nya dicucuri rahmat

Tanpa Nama berkata...

Moga Allah SWT memberikan yg terbaik kepada beliau.

zaminc berkata...

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau dan diberikan kedudukan yg mulia...

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa. Hanya Allah sebaik2 Pemberi balasan, jasa2nya dalam perjuangan menegakkan Islam kita hargai. diharap pemimpin kita dapat menyedari perjuangan para blogger yg sangat berharga menyebarkan kebenaran dan membuka fikiran.

harmi berkata...

Al fatihah untuk Blogger Tinta Hijau..kembalinya beliau sebagai tetamu Allah semasa mengerjakan Umrah...

Tanpa Nama berkata...

Al fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat...salam takziah buat keluarga sdr nik hazman.

Tanpa Nama berkata...

Al-fatihah.
biarlah perjuangan kita tidak digembar gemburkan kerana kita tidak mahu pengiktirafan manusia, yang kita mahukan pengiktirafan Allah SWT..

Tanpa Nama berkata...

Doa dari seorang islam kepada.saudaranya insyaallah akan dimakbulkan oleh Allah swt. Oleh itu perbanyakkan doa semoga rohnya dan pejuang islam yg gugur dinaungi rahmat illahi dan dokan juga.semoga orang2 yg zalim dibumi bertuah ini dihancurkan oleh Allah swt.

Sumbangan kalian blogger menegakkan kebenaran dan keadilan pasti mendapat imbuhan dari Allah swt. Buatlah kerana Allah swt, & jangan mengharapkan penghargaan manusia yg sedikit. Dan jgan terperangkap dgn hasutan syaitan yg tidak pernah berhenti dari menyesatkan manusia.

Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Rahmati lah roh saudara ku ni hazman ini, ampuni lah dosa2 beliau dantempatkan di kalangan mujahidin2 mu. AMIN.