7 Jul 2012

Isteri Berzina Dengan Bos

Gombak: Luluh hati seorang suami apabila niatnya untuk pulang semula ke rumah di Rawang, dekat sini, kerana bimbangkan keselamatan isteri selepas dihalau sebelum itu bertukar episod hitam apabila melihat isterinya itu bersekedudukan dengan lelaki lain, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, lelaki yang ditangkap berasmara dengan isterinya adalah majikan wanita itu menyebabkan mangsa, 30, gagal mengawal diri sehingga menitis air mata dan tidak mampu berkata apa-apa.

Walaupun majikan isterinya berulang kali meminta maaf dan mendakwa tidak melakukan hubungan asmara dengan wanita itu, namun mangsa yang enggan mempercayainya mendesak dia menceritakan perkara sebenar menyebabkan lelaki itu panik dan melarikan diri.

Bagaimanapun, dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian terbabit sebelum lelaki itu mengaku melakukan hubungan asmara dengan pasangannya sebelum mereka dibawa ke Balai Polis Rawang untuk tindakan lanjut.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami berkenaan yang rindukan isteri pulang semula ke rumah jam 7.30 malam bersama adik lelakinya kerana bimbangkan keselamatan isterinya itu namun berasa pelik sebaik melihat sepasang kasut lelaki berada di luar rumah. -hm

Ulasan GB

Kes ini berleluasa terutama di bandar-bandar besar.

Seorang sahabat menulis di dalam FBnya:

Zina dgn bos!

Apa puncanya, dan kemudian apa penyelesaiannya?

Adakah wajar wanita bekerja atau duduk sahaja di rumah supaya terhindar dari kes sebegini ....?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

laksana hukum hudud segera...memang kena rejam sampai mati golongan yg ALLAH TAALA murka nie...padang mahsyar kelak memang ALLAH TAALA takkan pandang sekali pun golongan yang memang terlalu hina ni...go to NERAKA JAHANAM...memang lakhnat...

tukar tiub berkata...

kalau laksanakan hudud pun masaalah takkan selesai jika pengajian agama tidak dititik beratkan. kementerian pelajaran terlalu fokus keduniaan, masaalah agama dianggap remeh.orang tak takut buat dosa sebab mereka jahil. yg mereka takut adalah undang2 negara bukan hukum Allah swt.inilah sebab utama mengapa kita wajib tukar kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

mengapa zaman sekarang ni kerap kali terdengar cerita yang sebegini ,suka sangat melakukan zina,sedangkan yang halal ada.!?mengapa perkara yang allah murka itu yang orang suka sangat buat...? dimana silapnya...maaf ya bila terdengar aje mestinya pasangan melayu... begini juga ceritanya baca di blog DUNIACACAMARBA (DCM)"Suami Ehem-ehem degan Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Lelaki Lain" apa dah jadi dengan bangsa melayu ni..mana islamnya..?yaallah lindungilah aku dan keluarga ku,dari maksiat jauhkanlah pekara begini dari berlaku pada keluargaku amin..

Rojak berkata...

Apabila agama jauh dari perlaksanaan, iman hanya sekadar ucapan, inilah yang berlaku.

Lihat sekeliling kita, media kita dan aktiviti harian kita, pendidikan kita, tidak boleh ditegur. Sistem kita perlu diperbetulkan atau diperbaiki.

Tanpa Nama berkata...

Aku dapat dbaygkan cam mana situasi si suami tu...luluh...hati seorang suami yang tau isterinya berzina dengan org lain...kes ini ..teringat terjadi pada diri aku..tapi..setiap pe yang ...berlaku..ada hikmahnya...tpi alhamdulillah skg..aku dah bina kuarga baru..azam baru.....tapi blasan dari Allah s.w.t...adil dan saksama...org yg curang dengan suaminya dah pun dapat balasan..menghidap kenser usus tahap serius..sedih pun ada..kesian pun ada...huhu..

Tanpa Nama berkata...

mari kita ubah dalam pru 13 ini.. mari mujahid yang mahu menegakkan syariat Allah