7 Jul 2012

‘Sekarang Kita Dikuasai Mafia’ - Mohd Sabu

Selayang : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala ‘mafia’.

Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.

“Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.

“Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?

“Dulu negara-negara Amerika Latin dikuasai oleh mafia dadah. Sekarang kita dikuasai oleh mafia. Terdedah perbincangan hal Scorpene, rasuah di Parlimen Malta, terdedah di Hong Kong, di sini (Malaysia) kita tidak tahu apa-apa,” katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramah Merdeka Rakyat, di sini, semalam.

Jelasnya, persoalan-persoalan sebegini seharusnya didedahkan kepada rakyat di negara ini kerana rakyat berhak tahu bagaimana wang negara dibelanjakan.

“Kini, Umno-BN sudah tiada modal dan tertekan serta terdesak oleh kerana itu mereka tiupkan api perkauman. Semua cerita yang keluar mesti berkisar mengenai perkauman. Tetapi saya rasa rakyat sudah tahu sekarang,” katanya.

Kira-kira 3,000 hadirin yang hadir dalam ceramah Merdeka Rakyat itu.

Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, Adun Teja Chang Lih Kang dan Timbalan Pengerusi DAP, A.Sivanesan.

Sementara itu, Adun Teja Chang Lih Kang berkata Umno-BN bukan sahaja tidak membela Melayu malah menjadikan Melayu golongan termiskin di negara ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata 75 peratus rakyat termiskin adalah orang Melayu.

“Sekiranya Umno-BN membela orang Melayu seperti yang dilaungkan, mengapa sudah lebih 50 tahun orang Melayu tetapi miskin malah menjadi golongan termiskin.

“Kalau bela betul-betul, benda ini tidak akan berlaku,” jelasnya. -selangorku

3 ulasan:

Amuraria berkata...

TAPI SAYANG & HAIRAN MASIH ADA BANYAK MELAYU BANGANG YANG PERCAYA BULAT-BULAT UMNO-APCO LAH PEMBELA MELAYU ! OTAK & AKAL TAH DIMANA SAMPAI BERGUNI-GUNI BUKTI KELENTONGAN & PENYELEWENGAN DEDAH TAPI MASIH PERCAYA PADA PEMIMIN PENYAMUN PEROSAK NEGARA ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Orang Melayu baru percaya bila terkena batang hidung sendiri. Contohnya mereka tak ambil kesah atau tak percaya bahawa pemimpin Malaysia rasuah dan penyelewengan. Ini melibatkan kecurian wang mereka (rakyat) oleh pemimpin. Kecurian ini berlaku secara tidak langsung atau tak nampak dengan mata kepala mereka sendiri.

Mereka hanya betul-betul percaya apabila terkena kepada batang hidung sendiri dan 'nampak terjadi' seperti mereka sendiri kena samun atau rompak.

Inilah yang susahnya kesedaran sivik masih lemah dalam masyarakat kita.

Mereka mahu terkena kepada diri sendiri baharu percaya, sementara wang cukai yang mereka bayar disonglap pemimpin rasuah mereka tidak tahu atau tak ambil kesah.

Tanpa Nama berkata...

apa yg dikatakan oleh Amuraria dan Anon di atas tepat sekali!!! saya setuju sgt2, cth org2 KUBANG PASU, aku tak tau nak kata apa dah.

bodo tahap ultra gaban pun lebih lagi rasanya. tengoklah p/raya nak mai ni, mesti BN menang besar kat kbg pasu. (walhal org2 kbg pasu yg pendalaman tu daif nak mampuih, punyalah susah jatuh tahap papa dah, tapi tak sedar2 diri jugak, yg miskin tu ada excuse lah kot tak ada masa nak baca2, nak pikiaq2, maklumat susah nak dpt, tapi yg senang sederhana ni pun, karat biru piang), aku rasa pembangkang kena do s'thing to this kind of area, ambek hati sikit org2 ni dan buat program dinamik sikit, kot2 terbuka mata, terbuka pintu hati mereka nak berubah. kalau ikut hati memang benci kat depa ni sbb depa memenangkan org zalim, bila org zalim memang, kita yg celik ni pun terkena sekali. curi2 dan rompak2 malaysia akan makin berleluasa.

tapi kita tak boleh ikut hati, kena sedarkan jiran2 kita, ahli2 masyarakat kita, tapi ikut tahap jugaklah, kalau tahap kecik sbg ahli parti ja, apa boleh buat, pemimpinlah yg kena menggerakkan ahli2 utk sama2 mengubah suasana. awatlah pemimpin banyak yg lembab tak dinamik langsung, takkan dok berwirid dlm semejid 24 jam. sakit mata dok kbg pasu, kiri kanan ameno karat.