3 pelajar didakwa perkosa
SEREMBAN: Tiga pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini, semalam, atas pertuduhan berasingan merogol dan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di sebuah rumah, awal pagi Ahad lalu. Gambar fail.
Semua juvana terbabit mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dihadapi mereka dan meminta dibicarakan pada prosiding dijalankan di Mahkamah Majistret 2 di sini yang bertindak sebagai Mahkamah Kanak-Kanak.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan kes untuk sebutan semula pada 26 September depan bagi penyerahan dokumen.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri manakala semua juvana tidak diwakili peguam bela.
Mengikut pertuduhan, juvana berusia 16 tahun itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Senawang, dekat sini, pada 1 Julai lalu, kira-kira jam 4 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, dua rakannya masing-masing berusia 15 tahun pula didakwa atas tuduhan berasingan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa sama, dengan memeluk badannya dari belakang pada tarikh dan di tempat sama, antara jam 4 pagi hingga 5 pagi.
Bagi kesalahan itu mereka dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Kaiyisah mencadangkan jaminan RM5,000 bagi juvana berusia 16 tahun itu manakala dua lagi, RM4,000 dengan seorang penjamin masing-masing.
Majistret menetapkan jaminan RM1,800 bagi juvana berusia 16 tahun itu, manakala dua rakannya, RM1,500 setiap seorang selepas menimbangkan rayuan ibu bapa mereka yang bakal menjadi penjamin. -hm
Ulasan GB
Sungguh mengerikan dengan akhlak para pelajar sekolah masakini.
Semakin hari nampaknya semakin menjadi-jadi....

5 ulasan:
pernah ku bertanya kpd budak2 yg bawah umur mereka telah terlibat dgn main2 sondol belakang, "apa yg kamu buat ni...?" mereka jawab, "kami buat liwat.."
terkejut besar aku dg bertanya, "tau mana semua ni..?" budak dua org tu jawab, "tu dalam surat khabar ada kami baca, tv pun tunjuk.."
apa dah jadi sekarang...?? seronok sgt dg cerita seks sehinggakan jenerasi mudah dah tau sekarang..
Inilah agaknya fitnah yang diturunkan Allah swt akibat daripada kedegilan pemimpin yang ada sekarang menolak hukum Allah swt.
Kalau budak sekolah aliran agama sendiri sudah rosak akhlak ,apalah yang dapat kita harapkan dari budak sekolah harian biasa...kementerian pelajaran melalui muhyiddin apa yang kau buat?
rogol ke rela ?
yang salah mak bapak budak tu juga... yang ak hairan... mcm mn jam 4-5 pagi anak masih ada kt luar... xjaga ka? dah terkena baru nak bt laporan.... sebelum terkena mn mak bapak budak prmpuan tu???
Catat Ulasan