31 Jul 2012

Ini Dia Polis Yang Mengamuk Hari Itu, Mengapa Beliau Tidak Digari?

Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga Mahkamah

SEREMBAN: Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.

Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -fotoBERNAMA

Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.

Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di sini pada 17 Julai lepas.

Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua dari hukuman tersebut.

Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di sini pada tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di sini pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.

Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara. - BERNAMA

Ulasan GB

Di dalam kes jenayah, suspek-suspek lain di bawa ke mahkamah dengan tangan bergari. Apasal tangan beliao ni tak bergari? Hanya kerana beliau seorang anggota polis? Apa pasal ada diskriminasi dan keistimewaan tertentu kepada orang tertentu?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukankah rakaman cctv itu merupakan bukti yang kuat dan tak boleh disangkal lagi?

nzmk73 berkata...

Assalammu'alaikum Tuan/Puan yang dirahmati Allah.....
Mohon panjang-panjangkan saham akhirat kepada semua kenalan muslim di alam maya di samping memberi sedikit sumbangan sempena kedatangan Ramadhan al - Mubarak.
http://surautamansuterakelemak.wordpress.com/memohon-sumbangan/

hairan berkata...

contoh melalui teladan

baik sungguh polis2 malaysia nih ya,
tentu mengikut jejak langkah ketua2 polis malaya kita yang memang terkenal dengan sifat mulia, berbudi pekerti lagi kuat amalan akhiratnya.

kadio manong berkata...

Cuih ! Tak salah lagi rope itu punya samseng. Memang dia ni otak biul, hanto je ke wad gila.....

Tanpa Nama berkata...

Ha baru nak tulis, baling seliper kena gari, pukul orang tak kena pula. Alahai dunia2. Ni yang pelik3.

Tanpa Nama berkata...

selamba je still taknak mengaku bersalah padahal dah ada rakaman cctv tu bukti kukuh tak dapat disangkal lagi, huh macam mana la dorang nak aspin isu ni, nak bagi orang ye terlepas hukuman ke

tanda soal berkata...

mcm biasa la.. x kan perompak nak gari tangan perompak.. marah la bos-bos perompak...

Tanpa Nama berkata...

dah la tu..xde digari pon..kalau org awam mesti dah digari punya..sedangkan dulu kes budak x g plkn pon digari tangan ke belakang, yg kes imam baling selipar aritu pon digari..tp ni pukul orang awam guna pistol kes jenayah yg jauh lg berat, rilex je takda gari ape pon.

Tanpa Nama berkata...

Ini yang membuatkan orang ramai semakin tak percaya pada polis. Inilah keadilan yang dilaksanakan oleh polis dan kerajaan Malaysia. Kes ini boleh lekatka kalau awal-awal lagi dah tunjukkan keistimewaan polis. Undung-undang dibaca dengan pemahaman berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Ramai betul polis gemuk di Malaysia ni. Lucu tengok CCTV tu bila polis ni cuba melompat meja, tapi perutnya yang boroi menjadi penghalang.

Tanpa Nama berkata...

tak sama dengan rakyat perhimpunan aman BERSIH dan penduduk kampung Memali...

Tanpa Nama berkata...

sebab dia bukan Teoh Beng Hock

Tanpa Nama berkata...

kat atas dunia ni bole la ko temberang ke hape ke wahai encik2 polis yg baik hati semua.. kat padang mahsyar nanti semua anggota tubuh kamu yg akan menjawab setiap perbuatan salah kamu. apa lah nak jadi korang semua ni. diamanahkan utk menjaga keselamatan, tapi cenderung utk mencederakan org plak. mcm mana la nk menyakinkan org awam utk terus hormat anggota polis kalau mcm ni. bila ada kejadian2 begini mula la nak cover blk. bukan semua polis jahat la apa la. pokok pangkalnya kalau perlembagaan tu di semai dgn ciri2 ketakwaan, pasti kerja2 kita lakukan semua adalah kerana allah. bila kerja kita kerana allah pasti iman akan memandu akal kita, bukannya nafsu... KH

Tanpa Nama berkata...

Umno-BN semacam hilang segala ‘sentuhan berbisa’ dan ‘tarikan’ yang satu masa dahulu merekalah segala-galanya semasa zaman awal pasca-Merdeka. Mungkin ketika itu memang mereka punyai kepimpinan yang berkorban untuk rakyat atas nama Kebangsaan Melayunya. Tetapi tidak lagi kini. Pembolotan dan kerakusan penguasa elit Umno-BN sangat menyerlah. NFC dan Felda lambang kegagalan Umno kini. Ceramah bekas tokoh-tokoh Umno seperti Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan Tamrin Ghafar, adalah sangat tajam mendedahkan ‘kebobrokan’ dan ‘kerakusan’ kepimpinan Umno bermula era Tun Mahathir sehingga Najib kini.

Masa untuk berubah telah sampai. Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? Mampukah Pakatan Rakyat mengisi pengharapan rakyat nanti? Apakah PRU ke-13 benar-benar akan menjadi “Waterloo” Najib Tun Razak?

yob alim chepor berkata...

mcmane nak digari kawan nie..kunci gari dia pegang,dh digari kang dia bukak balik..

BLOGWALKING TEGAR berkata...

mana boleh gari..buat2 dia mengamuk kang sape nak jawab lg? hehehe