31 Jul 2012

Hairie Tak Mahu Jadi Hantu Lagi

Kuala Nerus – Selebriti dan pelakun tersohor Hairie Othman atau dikenali sebagai ‘Leftenan Adnan’ yang telah menjadi ahli PAS sebulan yang lalu, kembali mengadakan jelajah berceramah ke negeri Terengganu

Sehari selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor pada 28 Jun lalu, beliau telah menyampaikan ceramah pada program PGU04 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Marang.

Beliau berkata sejak sebulan lalu itu, beliau tidak berlakun lagi dalam mana-mana filem atau drama.

Katanya, kali akhir beliau berlakun adalah sebagai watak hantu dalam drama bersiri ‘WARIS’.

Menurutnya, pada pelancaran ‘siri hantu’ yang kini ditayangkan di sebuah stesyen TV, beliau telah pun membuat pengumuman tidak mahu lagi jadi hantu.

"Pada majlis pelancaran saya dah buat pengumuman tak mahu jadi hantu, samada dalam filem atau di luar filem,"jelasnya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penerangan di Kampung Petai Bubus dekat sini, Isnin 30 Julai

Sehubungan itu, beliau menyeru anak-anak muda menyertai satu pembaharuan sebagaimana golongan artis yang sudah berani berubah.

Menurutnya perbandingan dan penilaian boleh dibuat oleh anak-anak muda berdasarkan media yang ada pada masakini.

"Sekarang bukan hanya ada TV1, TV2, dan TV3 tetapi sudah ada media internet laman web, you tube, facebook dan twitter,

"Anak-anak muda boleh bersama perubahan golongan artis yang kini berani menyatakan kebenaran,"tegasnya.

Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Ridhuan Hashim dan Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. -BO

3 ulasan:

BLOGWALKING TEGAR berkata...

yang tinggal skang hantu2 yang tak sedo diri dok kat ats tu lame2..woii,dekat 50tahun dah nie..tukar2..!

Tanpa Nama berkata...

Mane leh tkar diorang x puas lg 2 tpu rakyat..huhu.

Fik017 berkata...

Sdra. Hairie... Truskn prjuangan.. Kami anak2 muda dn anak2 tua tetap sokong.. Paling utama kita ubah dan ABU..

From Kola Nerang with ABU.
(dh penat ngn ameno).