Sikap cepat melatah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu perhimpunan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dikesali dan sekaligus merendahkan martabat dan kewibawaan institusi agama itu di mata rakyat.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytihar bahawa pertubuhan Bersih 2.0 adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang.
Sewaktu membuat penghakiman, hakim Rohana Yusof berkata arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (untuk mengharamkan Bersih) yang dibuat tahun lalu ditolak.
“Pada pandangan saya, keputusan diambil (untuk mengharamkan Bersih) telah dicemari dengan ketidak-rasionalan. Keputusan untuk mengharamkan Bersih dibuat tanpa mengambil kira fakta-fakta yang relevan atau mengambil kira fakta-fakta yang tidak relevan,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataannya mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa perhimpunan Bersih Bantah Duduk 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah satu perhimpunan haram.
Majlis Fatwa menuduh para peserta Bersih telah mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam sedangkan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.
Keputusan mahkamah itu seolah-olah menampar pipi Majlis Fatwa yang bertindak begitu cepat untuk mengeluarkan hukum atau ‘fatwa’ kononnya apa yang diperjuangkan oleh Bersih adalah bercanggah dengan Islam.
Kenapa tidak pimpin Bersih?
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Majlis Fatwa yang cepat melatah dan mengeluarkan ‘fakwa’ kononnya Bersih adalah satu pertubuhan haram.
“Majlis Fatwa cepat sungguh membuat keputusan (sedangkan perbicaraan masih berjalan ketika itu). Mereka ikut arahan siapa, saya pun tak tahu,” katanya kepada FMT ketika ditemui selepas majlis Tazkirah Ramadhan di Surau Al Ikhwan, Selayang dekat sini malam tadi.
Ujar beliau, “sepatutnya Majlis Fatwa yang terdiri daripada alim ulama’ yang memimpin perhimpunan Bersih. Kenapa Majlis Fatwa tidak pimpin Bersih?
Komen Mohamad Sabu ini seolah-olah berbaur sinis tetapi sebenarnya beliau serius kerana kerja-kerja untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil adalah sebahagian dari syariat dan tuntutan dalam Islam.
Bukankah umat Islam diseru untuk melakukan amal makruf nahi mungkar dan menegakkan kebenaran serta keadilan yang seharusnya menjadi agenda kita sebagai seorang Muslim?
Keputusan Majlis Fatwa yang cepat-cepat mengeluarkan ‘fatwa’ seolah-olah menunjukkan ahli jawatankuasanya dipengaruhi oleh pihak Eksekutif kerana Majlis Fatwa tidak pernah berbincang dengan penganjur perhimpunan Bersih.
Majlis Fatwa membuat keputusan hanya dengan mendengar pandangan sebelah pihak dan ini merupakan satu sikap yang berat sebelah serta bercanggah dengan tuntutan Islam.
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa untuk membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa mereka bebas membuat keputusan, mengeluarkan fatwa dan bebas dari cengkaman parti politik serta pengaruh pihak Eksekutif.
Majlis Fatwa, lain kali jangan cepat melatah! -Zainal Abidin Nor/FMT
Ulasan GB
Dengan keputusan mahkamah semalam, jelas integriti dan kredibiliti Majlis fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin terjejas dan dpersoalkan.
Memang memalukan. Majlis Fatwa Kebangsaan yang sepatutnya bebas dari kepentingan politik kepartian kini ternyata menjadi kuda tunggangan UMNO/BN.
GB sudah mengulasnya sebelum ini. GB nyatakan:
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Kita berharap Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak adil dan saksama, fatwa yang hendak dikeluarkan perlulah bersandar kepada ilmu bukan bersandar kepada UMNO.
klik untuk baca
15 ulasan:
depa ni kalau jadi hakim, orang yg kena tuduh pasti 101% didapati bersalah. perangai jeneral jepun, sapa yg lapor dulu dia yg betui....yg kena tuduh kapara potong.
assalam admin gb! bukan pa puak2 yg duk lam mjlis fatwa jenih orang2 yg kaki melatah,kaki yg selalu wat lawak bodo jenih yg duk makan daun ketom,jenih kapla hai.cian aku ngan puak fatwa nie ikut sondoi ja.untung batu tenggelam,untung sabut timboi.
golongan beragama dalam umno pun sangat jahat, zalim serta berasa jijik dgn kebaikan. mereka selesa dgn kedurjanaan, pengkhianatan dan seronok bersubahat dgn penyangak, penipu dan perompak. oleh itu x hairan betapa buruk dan teruknyer kerajaan malaysia yg berstatus anak tekak penjajah dan yahudi.
Mari kita ramai-ramai desak Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Prof. Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin letak jawatan serta-merta!!!
Ahli-ahli majlis Fatwa Kebangsaan akan direhatkan utk selama2nya jika pakatan rakyat mengambilalih putrajaya kerana dah lama dah berkhidmat dengan penjajah UMNO/BN/APCO. Amat memalukan keputusan yang sepatutnya disokong perhimpunan BERSIH itu , dikatakan haram pula , amat bercanggah sekali dengan hujah Ketua Ulamak Dunia Sheikh Yusof Qardawi.
Mudah saja kalu makan gaji dgn UMB fatwa tu kena selari dgn jiwa Ulul Amri UMB walau pun ia menyalahi sunnah rasullulallah....wa cakap lu.kah..kah..kah
Almaklumlah, Majlis Petua Kebangsaan tu kan dah tua, itulah sebabnya dia cepat melatah dan nyanyuk! Kalau cam ginilah gayanya, saya sebagai seorang Islam sendiri pun tidak menghormati Majlis Petua Kebangsaan sebab mereka tidak punyai ketakwaan serta hormat kepada Allah serta laranganNya, tapi takut serta bersengkongkol dengan pemerintah yang beraja dimata bersultan dihati! Apa boleh buat, pada tekad hati mereka, kerajaan UMNO/BN sahaja yang boleh memberikan rezeki kepada mereka, bukannya rezeki itu adalah kurniaan Allah!
Mahkamah memutuskan pertubuhan BERSIH itu sah tapi perhimpunan tu tetap haram kerana tiada permit dan berlakunya kerosakan harta benda awam. Jgn serkap jarang! Mahkamah beri keputusan mengenai status pertubuhan bukan perhimpunan.
damai, kau pun jadi pencacai umngok dan percaya dengan nazri aziz tu?
memanglah mahkamah kata perhimpunan itu haram apabila menteri dah kata ia dianjurkan oleh pertubuhan haram.
skrg pertubuhan itu tidak haram oleh itu tidak timbul soal perhimpunan itu haram lagi.
kedua, rosak harata benda dsbnya itu semua karut dan akibat rpovokasi.
tengok himpunan hijau yang dilakukan dengan jumlah hadirin berpuluh ribu yg hadir, takda satu pun laporan kerosakan harta atau nyawa.
ajk fatwa, golongan yg tak tahu apa2, di lantik oleh umngok laknat , sebagai pencacai , yg boleh dipijak kepala. mereka golongan sial haramjadah, pengampu umngok, penjilat lubang juboq sialful.. penerusinya ketua pembawa sial haramjadah
Aku teringat lg Noh Gadut kembang kempis hidung dia bercakap mengenai hukum haramnya perhimpunan Bersih. Itu lah kalau orang cerdik tp duduk dibawah ketiak ameno, terus dipandang hina disisi manusia apatah lagi disisi Allah. Dr Maza jgk yang berintegriti
Permit diluluskan oleh kerajaan UMNO/BN.Sekiranya perhimpunan yang diadakan menjejaskan kewibawaan kerajaan UMNO/BN, sudah pasti permit tidak akan diberikan. Halal atau haram sesuatu perhimpunan mestilah diteliti daripada berbagai sudut. Cuma orang-orang yang BANGANG saja yang mengatakan bahawa sesuatu perhimpunan dianggap haram kerana tiada permit.Pihak yang melakukan kerosakan harta benda awam mestilah ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.Maknanya, pihak penganjur sesuatu perhimpunan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku perkara sedemikian kecuali sekiranya pihak penganjur yang menggalakkan perkara tersebut berlaku.Wallahua'lam.
Cuba tanya Majlis Fatwa Kebangsaan apa hukumnya apabila UMNO/BN merampas kerajaan PR Perak yang dipilih secara halal? Pergi mamposlah Majlis Fatwa UMNO!
Pergerakan Bersih telah dibersihkan oleh Mahkamah. Syabas. Perhimpunan Bersih bukan perhimpunan haram sehingga dihukum masuk neraka di Akhirat kelak. Ia hanya ' ILLEGAL Demo' maksud dalam Bahasa Melayu Perhimpunan tanpa Kebenaran! bukan perhimpunan HARAM! Tak berdosa pun di sisi ALLAH.
Majlis fatwa ambil nas daripada surat khabar dan buat fatwa.
Surat khabar pula daripada golongan penyebar fitnah dan suka melaga-lagakan orang.
Catat Ulasan