25 Jul 2012

Astaghfirullah.. Kes Cikgu Rogol Cikgi

Sabak Bernam - Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya. Gambar fail.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.


"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya,

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke atas penjenayah," katanya. -SH

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

errr. Statistik jenayah menurun.... Malaysia antara negara paling selamat...

Hari PEMANDU (Idris Jala) bukan main lagi kat NST kata kadar jenayah menurun dgn drastik - surat khabar free kat hotel terus tak ada mood nak baca - aku campak je dlm bakul sampah.

Nyawa dan keselamatan rakyat dipermainankan oleh pemimpin negara, sakit betul hati ni.


AzMiR

Amuraria berkata...

kerajaan sekutu apco kelentong dan keLentong lagi ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Macamana pergi rumah orang jam 5.00 pagi. Pergi Masjid le. Qiamullail.

Osama berkata...

Kes rogol ni hnya kes terpencil!
Tanya lah Hisamudin.... peningkatan jnayah yg brlaku hnya persepsi kata nya!!!
Nilah bahyanya pemimpin2 UMNO yg melahirkn spesis Umat Melayu Naif Otak. Spesis2 ni kelak yg bkal jdi tulang blakang Be End!
Otak APCO yg akan musnahkan gnerasi akan dtg so wajib tumbangkan Umat Melayu Naif Otak ni! Ni bukan persepsi tpi knytaan! Nyah kn Be End pd PRU 13 nanti!
UBAH SBELUM PARAH!!!

Harry berkata...

apa nak jadi Malaysia ni !!! macam2 citer...

Tanpa Nama berkata...

Ada suami pergi mana?

5.00 pg buka minta bagi orang lain masuk. Mengapa?

Tanpa Nama berkata...

xde kecederaan...hai xkan tak mengelak walau sikit pun? kat sekolah da buat skandal kot...mula2 layan...pastu takut suami hidu ..kurang layan...lelaki teman skandal mana boleh terima so da x thn g le rumah dia kul 5 pagi...si bangang ni buka pintu sbb dah gatal...padan muka...si suami gak kena bodoh2 kan...