9 Jun 2012

Rakyat Dah Lupakan BR1M Yang Pertama, Kena Buat Round Kedua

Najib timbang beri BR1M kedua

KULIM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedang mempertimbangkan cadangan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua.

"Saya sedang pikiaq (fikir), pikiaq," katanya kepada lebih 30,000 pengunjung pada Program Jelajah Janji Ditepati di Taman Teknologi Tinggi Kulim di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Najib berkata, BR1M adalah antara janji yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam usaha mengurangkan beban rakyat.

Semalam,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencadangkan kepada Kabinet supaya kerajaan memberikan lagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat.

Bulan lalu, Sinar Harian ada membawa laporan memetik beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengesyorkan agar pemberian BR1M dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua. -petikan SH

Ulasan GB

RM500 akan diagihkan lagi, buat kali kedua.

Begitu terdesaknya kerajaan UMNO BN hari ini untuk memenangi hati rakyat... kerana apa? Pakatan Rakyat semakin hari semakin kuat...

Pengumuman tarikh pilihanraya yang lambat menyebabkan pemberian kali pertama telah dilupakan rakyat. Oleh itu kena bagi pusingan kedua, lepas itu cepat-cepat umum pilihanraya. Taktik memancing undi.

Kita sama-sama tunggu dan lihat.


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu kali jalan terkena

2 kali jalan TAHULAH....

mungkin ada LAGI yang ketiga kot ...

MEMANG MENGENA...

Tanpa Nama berkata...

Buatla macammana pon...
Yang aku tau..
Bagi kain,pakai
Bagi gula,kacau
Bagi susu,bancuh
Bagi beras,tanak
Bagi BR1M,sapu
Bagi BR1M kali ke2,lagi lagi sapu
Undi?pangkah PAKATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

tak baik cam tu kita mesti kenang jasa orang yang berbudi ngan kita biar budi uang di sebalik mi,dah amik semua bila undi ,undilah yang sepatooootnya,siapa? tepuk dada tanyalah...jeng,jeng,jeng

Tanpa Nama berkata...

bila undi undilah yang dah banyak jasa ngan kite,lain kali kena lagi,nak pilih han raya baru nak tolong pas tu kita undi lagi,jangan serik

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan selepas ni rakyat akan terus melupakan UMNO/BN daripada persada politik tanahair.Amin.

Tanpa Nama berkata...

UMNO/BN masih tidak mampu menandingi janji-janji PR kerana kekayaan masih lagi berligar di kalangan mereka dan kroni mereka.

Tanpa Nama berkata...

RM 500 bagi bapak,
RM 100 bagi anak,
Baki tinggal berapa banyak?
Atau poket dah kembali senak?

Tanpa Nama berkata...

Beg br1m pekerja gaji cukup makan pun dah dipotong cukai skru ni...seronok luah yg dapat...

Tanpa Nama berkata...

kalau tak nak bagi lupa bagi je sebulan sekali, bergantung kepada ekonomi la kalau bagus 2 kali sebulan pun kira ok

Tanpa Nama berkata...

Korang ni pn 1....kerajaan da bnyk budi xnk pk...subsidi itu sabsidi ini...bg kemudahan itu kemudahan ini....bnyk sungguh budi diorg...so skunk kite bg kat org yg kurang berbudi...pangkah PAS....ahaks...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat lain pun nak juga BR1M. Bagaimana dengan pendapatan RM 3001/= sebulan. Rakyat lain beli barang sama degan mereka, bukannya dapat barang dengan murah atau diskaun atau percuma.
Dapat bantuan kurang daripada RM 500 pun sudah cukup bagus.

BaDiN berkata...

Tak adillah BR1M ni.
Yang gajinya Rm2501 keatas nak juga pitih tu.Sebab golongan inilah yang paling banyak kena bayar cukai.B(Bagi)R(Rasuah)1 Malaysia.
Kenapa bila Pembangkang kuat barulah kerajaan terhegeh-hegeh beri itu beri ini.Ingat semasa Pas Perintah Terengganu dulu.
Dizaman itulah adanya wang ehsan entah berapa kali tukar nama.Sebelum Pas Perintah tiada pun wang ini.Begitulah dengan keadaan sekarang Kerajaan cap dacing menang & kuat kerana Rasuah.Rasuah dihalalkan atas pelbagai nama demi utk berkuasa.
Takut Kerana Salah,Berani Kerana Benar.

Tanpa Nama berkata...

UMNO pakar penipu, wang dari rakyat diambil daripada kenaikan Bil lekrik terkini.

Rakyat kena tipu lagi.