8 Jun 2012

Isu Sekat PTPTN: Politik Hanyir UMNO BN Yang Memakan Diri


Pembekuan PTPTN ditarik balik, kebimbangan tindak balas politik terhadap kerajaan

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Kerajaan persekutuan telah mengundurkan langkah untuk membekukan pinjaman pelajar universiti milik kerajaan Selangor selepas menerima kecaman daripada ahli-ahli politik Pakatan Rakyat (PR) dan juga beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Pegawai Universiti Selangor (Unisel) mengesahkan pembekuan pinjaman itu ditarik balik hari ini, hanya sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan sebagai langkah itu adalah “adil” dan jelas sebagaimana kempen PR untuk memberikan pendidikan universiti percuma.

Sinar Harian melaporkan Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Anuar Ahmad, sebagai berkata bahawa “ini adalah hasil perbincangan dengan PTPTN ... pada jam 11 pagi. “

Ia dilihat berlaku selepas kritikan daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari selepas Muhyiddin mempertahankan langkah itu sebagai “ujian yang adil” ikrar pendidikan percuma pembangkang.

PTPTN telah mengesahkan awal hari ini mereka yang baru mendaftar di Universiti Islam Selangor College (Kuis) turut akan menerima nasib sama seperti mereka di Unisel yang dinafikan hak mendapatkan pembiayaan pinjaman pendidikan.

Tetapi Saifuddin menulis di laman Twitter miliknya “rektor Kuis telah bertemu saya dan saya telah memaklumkan kepada menteri rayuan beliau bahawa pinjaman PTPTN tidak dibekukan untuk pelajar. Surat rasmi Kuis akan dihantar tidak lama lagi. “

Ahli Parlimen Temerloh itu juga memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia sedang menunggu jawapan dari Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin selepas “memberitahunya pembekuan itu telah menerima kecaman dan tentangan secara meluas dan meminta pejabat beliau untuk membatalkannya.”

Pembekuan itu, yang mana Muhyiddin dan Khaled telah menggelarnya “ujian” ikrar pendidikan percuma Pakatan Rakyat, telah menerima kecaman dan bantahan dari pembangkang dan kumpulan pelajar.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menuduh pentadbiran Najib melanggar amanah, manakala kumpulan pelajar Islam berkata Putrajaya mesti menarik balik pembekuan dan meminta maaf.

Rasa tidak puas hati itu membawa kepada pemimpin Pemuda BN yang menyuarakan rasa tidak bersetuju mereka, kerana ia menunjukkan bahawa “ujian” adalah tidak perlu kerana “adalah jelas Selangor tidak dapat memberi pendidikan percuma.”

“Cukuplah. Mesti berhenti. Salah dari segi moral dan politik buruk, “Khairy menulis di laman Twitternya sebagai respon terhadap pembekuan terhadap mahasiswa Kuis.

“Saya tidak mahu pelajar menjadi mangsa,” kata Ahli Parlimen Rembau itu juga.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, yang telah berkali-kali mengkritik ikrar pendidikan percuma PR, juga berkata langkah Putrajaya adalah “salah” dan “PTPTN sepatutnya tahu Pakatan tidak akan memberikan pendidikan percuma di Unisel.”

“Mangsa Akhir adalah pelajar,” katanya di Twitter.

Tetapi bantahan daripada ahli-ahli parti pemerintah ini datang selepas pimpinan PKR-Selangor memutuskan untuk mendapatkan RM30 juta dengan mencairkan aset mereka untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang telah dinafikan hak mendapatkan pinjaman.

Seorang pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider bahawa jika Selangor berjaya dalam membiayai pelajar yang terlibat, “ia bermakna mereka telah lulus ujian” yang ditetapkan oleh Muhyiddin.


Ibrahim Suffian, daripada pendapat penyelidik bebas Merdeka Center juga berkata pembekuan pinjaman itu “berpotensi akan memakan diri BN jika Selangor boleh mencapai satu penyelesaian yang praktikal dan cepat.”

“Ini akan merentasi seluruh negara sebagai Unisel mempunyai pelajar dari negeri lain dan mungkin meledakkan daripada sesuatu yang hanya popular kepada golongan muda untuk ibu bapa mereka juga.

“Lagipun, Selangor mempunyai rizab yang besar sebanyak RM1.8 bilion dan boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat,” katanya kepada The Malaysian Insider.-TMI


Beku PTPTN: Umno tunjuk lagak tak kena tempat

KUALA LUMPUR: BN dilihat sengaja menunjukkan kuasanya apabila mencabar kerajaan negeri Selangor berhubung isu pembekuan PTPTN terhadap pelajar Unisel.

Bagaimanapun, tindakan itu hanya menunjukkan sikap sombong dan angkuh BN kerana cabaran itu dibuat tidak kena pada masa dan tempatnya.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata cabaran itu tidak kena pada tempatnya memandangkan tanggungjawab memberi pendidikan terletak kepada kerajaan pusat.

"Ini bukan masa untuk cabar atau menguji kerajaan negeri Selangor. Ia hanya menyusahkan bukan sahaja pelajar, tetapi ramai pihak.

"Kalau betul hendak minta kerajaan negeri tanggung pendidikan, jangan ambil cukai dari Selangor," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah beliau lagi, biarpun PTPTN menarik semula pembekuan pinjaman tabung itu, pelajar tidak perlu berterima kasih kerana ia merupakan hak pelajar terbabit.

Malah, katanya kerajaan sewajarnya tidak perlu bertindak membekukan pinjaman tersebut kepada pelajar baru Unisel hanya kerana berbeza fahaman politik.

Selain itu, beliau berkata dasar federalisme tidak diamalkan di negara kita menjadikan kerajaan BN sering mengamalkan dasar diskriminasi dan pilih kasih terhadap mana-mana negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

"Dalam isu royalti, Terengganu dan Kelantan telah disisihkan. Sekarang, mereka cuba buat kepada Selangor pula. Mereka mengamalkan kezaliman dalam tindak-tanduk mereka," tegas beliau lagi.

Awal minggu ini, PTPTN dengan disokong Menteri Pengajian Tinggi dan Timblan Perdana Menteri bertindak membekukan pinjaman pelajar baru Unisel dan meminta kerajaan negeri Selangor membuktikan keupayaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar terbabit.

Bagaimanapun, tindakan tersebut ditarik balik hari ini selepas mendapat pelbagai kritikan yang merasakan tindakan tersebut tidak wajar.
-HD



Beku PTPTN: Khaled bakal senasib Khir Toyo
oleh Faekah Hussin,

Umno telah memukul gendang menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan.

Menteri Pengajian Tinggi mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri pula menyokong tindakan jahat ini. Datuk Seri Noh Omar pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menangung sengsara.

Terbaharu, PTPTN membenarkan pelajar Unisel memohon pinjaman pendidikan hanya selepas beberapa hari isu ini mendapat liputan meluas media massa. Keputusan flip flop ini mungkin tidak tahan dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak termasuk parti komponen BN termasuk ahli Umno peringkat akar umbi yang menentangnya kerana menganiaya pelajar Melayu.

Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN dan disokong pula Timbalan Perdana Menteri adalah berniat jahat yang akhirnya memakan diri sendiri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembekuan ini adil tetapi selepas keputusan ini ditarik balik, apakah beliau berani mengatakan tindakan menarik balik pembekuan ini sebagai tidak adil?

Nampaknya kedua-dua Menteri dari Johor ini tidak tetap pendirian. Mereka mula kelam kabut kerana Johor yang menjadi kubu kuat Umno selama ini sedang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat akan pastikan Johor bukan lagi deposit tetap bagi Umno BN.


Kita percaya pembekuan ini ditarik balik kerana tidak tahan dengan desakan dalaman dan luaran atau juga Datuk Seri Khaled Nordin baru sedar bahawa pembekuan ini seumpama menggali kubur untuk dirinya dan Umno.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang saksama, tidak kira negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau pemerintah yang menepati konsep Federalisme.

Rakyat Selangor atau penduduk di Selangor membayar cukai lebih RM90 billion kepada Persekutuan atau 23% daripada pendapatan negara. Bagaimanapun, hanya RM370 juta sahaja diagihkan kepada Selangor dalam bentuk pelaburan pembangunan.

Nilai ini sama sekali tidak sepadan dengan sumbangan yang diberikan Selangor kepada pembangunan negara. Jelas sekali, Persekutuan mengamalkan diskriminasi melampau terhadap Negeri Selangor.

Kita sedar Umno BN sangat terdesak untuk merampas semula Selangor. Namun, tindakan zalim membekukan pinjaman PTPTN adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Tindakan ini menampakkan Umno BN telah mula beralih fokus kepada mempertahankan Kerajaan Pusat kerana keyakinan untuk dapatkan semula Selangor semakin tiada harapan. Umno BN telah berpatah arang untuk merampas semula Selangor.

Kita berterima kasih kepada Khaled Nordin yang juga disebut-sebut bakal menggantikan Dato’ Abdul Ghani Othman, Muhyiddin dan Noh yang telah menggagalkan transformasi yang dicanang Perdana Menteri.

Selepas ini, Khaled Nordin akan dijadikan kambing hitam sebagai punca kekalahan Umno BN, nasib yang sama dialami Dr Khir Toyo.


* Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor


Ulasan GB

Tepat ulasan GB yang lalu:

Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor.

Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor.

Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.

Justeru itu, pada hemat GB, langkah sekatan pinjaman kepada para pelajar UNISEL bakal mempercepatkan keruntuhan kerajaan UMNO BN di Putrajaya.

Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Doa orang yg teriniaya tidak akan dihijab oleh Allah.Apalagi terhadap orang yg ingin menuntut ilmu.Tambah2 lagi jika nawaitu pelajar2 tu fisabilillah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang johor pilih khalid nordin jadi mb johor, memang bangang n bahalul dah.

Orang johor kena pilih salahuddin al ayubi, barulah betul.

Orang tanjung karang pun bahalul ibn bodoh kalau pilih noh omar. Kawasan selangor lain pilih PAS.

Tanpa Nama berkata...

kesian sama umno/bn...
dah lah mantan PM semakin nyanyok, tetiba pulak TPM (dan mungkin PM jugak) serta Menteri Pengajian Tinggi jadi sasau nampaknya...

al-kisahnya, umno/bn bakal ghuyup... confirm....

Tanpa Nama berkata...

'Bertindak dulu baru berfikir'. Inilah sikap kebanyakan menteri-menteri UMNO/BN yang menandakan bahawa mereka ini tidak selayaknya menjadi menteri. Harap nama saja menteri tapi LOW CLASS!!!.

Tanpa Nama berkata...

Mereka tidak bersyukur dan tidak menghargai mandat yang diberi rakyat untuk mentadbir negara dengan adil dan saksama sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan.

Umpama memberi sekuntum bunga kepada monyet - tak tahu nak buat apa, malah disiat-siat bunga itu.

Tanpa Nama berkata...

Aku mencadangkan supaya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor meneruskan usaha membantu pelajar itu tampa menghiraukan apa yang dimanipulasikan oleh menteri umno itu... Kerajaan bermaruah rakyat bermartabat.

Tanpa Nama berkata...

BN PERINTAH TERLALU LAMA,HINGGA ANGGAP WANG RAKYAT MAK BAPAK UMNO PUNYA