3 Jun 2012

[VIDEO] Perhimpunan PAS Aman Jika Tiada Provokasi Pihak Tertentu -updated

Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya.

Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang.

"(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat.

"Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu.

"Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya.

Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat.

"Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira.

"Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi. -HD

PAS leads the way to peaceful rally

ALOR SETAR: The massive crowd which gathered at the PAS “hijau” (green) rally here last night demonstrates that Malaysians can gather peacefully in large numbers if they are not provoked by certain quarters, says a party leader.

News reports indicated anywhere between 50,000 and 150,000 descended onto the tiny capital of the “Rice Bowl State” to attend the mammoth “hijau” rally, which is believed to be the last major party gathering ahead of the impending general election.

The crowd invasion sparked angry responses from Barisan Nasional, with Kedah Gerakan Youth head Tan Keng Liang posting several tweets on his micro-blogging account to complain about the huge traffic congestion, made worst since it was the school holidays.

The congestion stretched up to the Penang Bridge and several of PAS supporters on the island cancelled their trip to the rally at the Darul Aman Stadium here.

Former PAS secretary-general Kamaruddin Jaafar said the large crowd, who assembled peacefully, shows that Malaysians can enjoy huge rallies without resorting to violence.

It also reflects PAS’ style and organising ability to hold a large crowd together, he said.

In a veiled rebuttal of claims that Pakatan Rakyat had hijacked the Bersih 3.0 rally two months ago and caused it to turn violent, Kamaruddin said the hijau rally shows that PAS cherishes peaceful gatherings.

He also dismissed the allegation that the party’s security division – Unit Amal – was involved in the alleged violent conduct during Bersih 3.0.


“Their role is to maintain crowd order and to ensure the safety of the people. What happened on that fateful day [April 28] was that some protesters could have been provoked.

“If it is proven that Unit Amal members were involved, it is likely to be only a handful. We are a disciplined party,” he said.

Political tactic

Kamaruddin described the “hijau” programme and rally as a success and that it had met the party’s objective in raising morale ahead of a most decisive election in the country’s history.

Earlier, PAS president Abdul Hadi Awang told the delegates at the state PAS complex in Kota Sarang Semut that the party must defend all of the seats it won in the last election.

This would hold the party in good stead to deal with the political impact after the electoral outcome of the next election, he said.

He also dismissed the proposed “muzakarah” (goodwill talks) between Umno and his party as just a political tactic used by the former.

Abdul Hadi said that Umno is mooting such a proposal because it wants to distract people from the fact that its support has eroded tremendously since 2004.

“What a better way to distract an enemy than with a peace offering?”

Abdul Hadi, however, agreed that PAS would continue to hold dialogues with Islamic-based NGOs, but not with political parties.

He also remained steadfast over PAS commitment to Pakatan Rakyat, saying the informal alliance of three opposition parties have agreed in principle that their prime minister would be a Malay-Muslim.

Meanwhile, PAS Supporters Club Congress chairman Hu Phang Chaw disclosed that the movement would be allocated four state and one parliamentary seats to contest in the next election.

This clearly shows that PAS does advocate a multi-racial concept, Hu said.
-FMT




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau perhimpunan di stadium darulaman diminta bersurai serta merta macam BERSIH 3, Memang akan kacau bilau seperti yang dirancang UMNO....menjadi kekacauan terancang?

Suparman berkata...

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota PDRM yang bertugas pada malam tersebut sehingga larut malam mengawal trafik di sekitar Stadium Darul Aman sehingga upacara Hijau tamat.Inilah dia contoh perkhidmatan yang professional dan bukannya kepartian.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih diucapkan kepada anggota-anggota polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi pada malam itu. Teruskan khidmat cemerlang anda. Kami tahu bahawa di kalangan polis-polis yang jahat masih ramai lagi polis-polis yang baik. Semoga Allah s.w.t memberi rahmat yang berpanjangan kepada polis-polis yang baik ini. Kami juga berharap agar tidak berlaku sebarang provokasi dan gangguan daripada pihak polis dalam Perhimpunan-Perhimpunan Hijau yang seterusnya.