Tulisan Di Gambar Atas : Malam "Hijau Ke Putrajaya" mencapai kemuncaknya apabila 100 ribu orang memenuhi stadium Darul Aman. Gambar kecil menunjukkan para pemimpin PAS mengangkat sumpah setia. Dari kanan, mereka adalah Hadi Awang, Nik Aziz, Azizan, Muhammad Sabu dan Nasaruddin. -terjemahan Sdra Poh Wee Chem.
Tidak ada satu pun akhbar media massa arus perdana berbahasa Melayu atau Inggeris, melaporkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya tetapi akhbar berbahasa Cina melaporkan dengan terang dan jelas, siap dengan foto yang yang dirakam pada malam perhimpunan bersejaran di stadium Darul Aman itu.
Selain daripada itu, himpunan tersebut juga bukan sahaja dihadiri oleh ahli-ahli PAS tetapi juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS dari bangsa Cina dan India.
Menunjukkan bahawa perjuangan PAS untuk menegakkan kebenaran dan keadilan bersama-sama dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP kini sudah menerima sokongan padu dari rakyat Malaysia berbilang kaum.
Menariknya, tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, tanpa upah dan tanpa imbuhan, tiada tarian dan nyanyian - berduyun-duyun dari segenap lapisan masyarakat membanjiri stadium Darul Aman - dengan satu matlamat - mara ke Putrajaya!
12 ulasan:
PERHIMPUNAN YANG MENYAKITKAN HATI SANG PENGKHIANAT-PENGKHIANAT PARA PEMIMPIN PARTI SEKUTU APCO ! GEROMBOLAN MEMPERTAHANKAN REJIM KORUP DENGAN APASAJA CARA DEMI KUASA TAPI REJIM KORUP AKAN TERIMA PADAH SELAGI BERBOHONG & MENYELEWENG PADA RAKYAT MALAYSIA ! ABU !
para peminpin yang sombong angkuh demi mempertahankan kuasa dan harta mereka yang diperolehi melalui jalan yang tak betul nescaya akan musnah dan hancur dan akan menerima pembalasan yg setimpal sesunggohnya tuhan itu maha adil.
Wa salute sama semua yang hadir di Stadium Darul Aman. Jumlahnya? Tak pernah terjadi perhimpunan sebegini ramai semasa UM NGok berkuasa. Yang paling hebatnya ialah kehadiran tak perlu diupah. Hari tu, sumua perniaga dapat durian runtuh. Unit Amal telah memainkan peranan meraka dgn jayanya.
Taqbir!!
Ini baru mukaddimah. Insyaallah, jumlah yang lebih besar akan hadir dalam perhimpunan yang seterusnya. Itupun jika tiada sebarang gangguan daripada pihak yang berkuasa.
Jangan undi BN, tindas rakyat dengan saman ekor dan PTPTN....
Alangkah bagusnya jikalau adanya gambar-gambar dari luar stadium
Bilangan yang hadir pada perhimpunan ini membuat Najib dan APCO cukup gelisah. Pada GE-13 kali ini, bukan saja yang hadir pada malam ini akan mengundi PR tetapi ahli keluarga dan saudara mara mereka juga akan menyokong PR.
Kalau perhimpunan sebegini diadakan di seluruh negra, saya rasa Najib dan lanun-lanunnya tentu tidak dapat tidur pada waktu malam.
kejayaan perhimpunan ini juga membuktikan bahawa polis harus bertanggungjawab ke atas peristiwa keganasan yang berlaku pada 428.
Sinar Harian ada menyiarkan pasal perhimpunan Hijau semalam, harap kenyataan tu diperbetulkan.
anon 1:06
sinarharian adalah akhbar "tabloid" yang tidak tergolong sebagai media arus perdana.
Boikot sinar. Dah jadi mcm utusan.
Nantikan..rais yatim suh kire org yg dtg...
tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, tanpa upah dan tanpa imbuhan, tiada tarian dan nyanyian - berduyun-duyun dari segenap lapisan masyarakat membanjiri stadium Darul Aman - dengan satu matlamat - mara ke Putrajaya!
Catat Ulasan