19 Mei 2012

[Video & Bergambar] Isu Bapa Kafir: Kemarahan Merebak Ke Pulau Pinang

Pulau Pinang: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.

Semalam Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan 'sanggup ke titisan darah terakhir' untuk mempertahankan maruah ulamak daripada dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agama.

Kata-kata perangsang diluahkan pimpinan kedua-dua sayap PAS di Pulau Pinang itu ketika berdemontrasi secara aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh selepas solat Jumaat tengahari semalam.

Antara yang berucap ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.

Turut serta adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ust Hasbul Nizal Zakaria, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Mohd Redwan Ramli, Timbalan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Shafirol Rozali, Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad serta Ketua PAS Cawangan Guar Perahu, Ustaz Abu Bakar Bakalani.

Laporan NST yang mengejutkan pelbagai pihak

Kesemua nada ucapan serentak kesal dengan akhbar NST dan mantan Ketua Polis Negara, Rahim Noor yang melapur dan mengeluarkan kenyataan yang begitu biadap dan tidak bertamadhun.

Kerajaan negeri Kelantan telah menghantar notis kepada NST dan Rahim agar memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun selepas tamat masa yang diberikan, NST tidak berbuat apa-apa menyebabkan mereka mengambil keputusan akan memfailkan saman itu di mahkamah minggu depa ini.

Biadab

"Kita mahu NST dan Rahim Noor segera minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kenyataan yang amat biadap dan memalukan.

"Sampai sekarang NST dan Rahim Noor tidak memohon maaf dan ini menunjukan ada dalang yang melindungi mereka, " tegas Ustaz Soid Mohd Amin ketika memulakan ucapan di pentas menggunakan lori berwarna hijau di perkarangan masjid itu.

Menurutnya, mereka tidak langsung menghormati maruah ulamak sehingga sanggup memperlekehkan institusi berkenaan dengan hina sekali.

Akhbar yang menyiarkannya terlebih bersalah sebab ini bukan perkara baru NST melakukanya bahkan pernah beberapa kali menyiarkan kenyataan yang menghina Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hasbul Nizal Zakaria pula membidas peranan mufti kerana tidak pantas mengeluarkan fatwa tentang penghinaan terhadap Nik Aziz sebaliknya bertindak cepat apabila sesuatu isu yang ada kepentingan dengan Umno dan Barisan Nasinal (BN).

"Mana dia mufti bila bertembung isu itu. Tentang Bersih mereka begitu cepat bertindak nampak sangat mereka bertindak tidak adil, " tegasnya.

Seramai 200 orang berkumpul selama sejam tanpa ada apa-apa gangguan polis bagi menyuarakan pandangan serta luahan hati kepimpinan yang begitu prihatin apabila institusi ulamak dipermainkan.

Semalam dua demontrasi diadakan serentak iaitu sebelah tanah besar di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh manakala sebelah pulau di Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak, Pulau Pinang.













5 ulasan:

Abu Syaukah berkata...

sokong pas p. pinang

Hairun Azmi berkata...

Jangan hina Ulama....

Tanpa Nama berkata...

rahim noor tak layak digelar mantan kpn seharusnya digelar mantan banduan, baru betul.
mufti mana berani beri kenyataan berkenaan denn perkara begini takut nanti tak berasap dapur pula sebab rezeki mereka bukan dari Allah tapi kerajaan yang bagi, mereka lebih takutkan kerajaan manusia dari kerajaan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Rahim nor hanya layak digelar binatang sahaja!!!

Osama berkata...

رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya:
"Wahai Tuhanku,
tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)"

(Al-Ankabut : 30)

رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami,
hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan),
kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"

(Al-A'raaf : 89)