Naib Ketua Pemuda Umno Kampar keluar parti
BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Nizar dan Sivakumar hadir semasa Zamhuri (tengah) mengisytiharkan keluar Umno.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.
“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan<.
“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.
“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat. -HD
Ulasan GB
End of the day, kebenaran tetap menang melawan kebatilan.
Apa yang dialami oleh bekas Naib ketua Pemuda Kampar itu hanya satu dari berpuluh, beratus malah beribu kes-kes penganiayaan dan tekanan yang berlaku sesama ahli UMNO sendiri hasil dari perjuangan parti yang telah lama bergelumang dengan kebatilan.
Islam juga tidak melarang seseorang untuk menjadi kaya-raya dengan perniagaan tetapi apabila ia tidak didasarkan kepada kebenaran dan keadilan maka berlakulah penindasan dan tekan-menekan di dalam perebutan harta duniawi di kalangan parti UMNO dan juga komponen di dalam BN sendiri.
Perkara-perkara buruk yang didedahkan seperti "bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam" sudah menjadi seperti satu "budaya perniagaan" dan kudis besar yang bernanah busuk itu akhirnya tidak mungkin dapat disorokkan dan parasit dari kudis itulah yang bakal mengakhirkan riwayat UMNO BN sendiri. Itulah hukum kebenaran dan keadilan.
Dan Dia memilih sdra. Zamhuri untuk diselamatkan dari terus terbenam di dalam "pasir jerlus" UMNO untuk bersama-sama Pakatan Rakyat menegakkan kebenaran dan keadilan, tinggalkan kepalsuan dan kezaliman.

8 ulasan:
PR jangan seronok sgt. bila mamat ni keluar UBN. Dia keluar sbb tak dapat pasir bukan kerana yakin perjuangan PR. Apa2 pun jangan bagi dia jadi calon PR dlm PRU13 nanti sbb kalau menang peratus dia nak jadi katak cukup tinggi. Offer lebih sikit sah dia ngap punya.
kita berdoa semoga beliau diperkuatkan bagi menghadapi apa yang akan berlaku selepas ini. Pujukan pasti akan berlaku, dan semoga beliau tidak membuat 'u-turn',
Tinggalkan UMNO kerana Allah . Akan dirasai kemanisan berjuang, wlu ada ujian & dugaan.
Caye le. Tak buat tak tau.
Semuga ramai lagi yg sedar & nyusul.
Saya lahir di Perak. Sebagai orang Perak yang tinggal di tempat lain , mendapat berita seperti ini tentu lebih meyakinkan saya Pakatan Rakyat akan dapat ambil balik Perak dari BN. Insyaallah.
Saya setuju jangan toleh lgi kebelakang. harus ingat ALLAH sentiasa memerhati . Takbir.....
JANGAN JADI YG MACAM SEBELUM NI DAH LAAA...MASUK SEKEJAP JER...PASTU KELUAR BALIK MASUK UMNO.
Budaya rasuah amat subur dalam UMNO.
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(A-li 'Imran : 8)
Catat Ulasan