19 Mei 2012

J/K BERSIH Mahu Serah Baton. BERS✔H 4.0 Wajar Digerakkan Sebelum PRU13

A. Samad Said: Bersih 4.0 boleh diadakan jika rakyat mahu

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0.

A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya.


'Terserah kepada mana-mana pihak anjur Bersih 4.0'

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan pihaknya tiada rancangan untuk menganjurkan Bersih 4.0 yang diuar-uarkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Kami tiada perancangan untuk anjurkan Bersih 4.0 buat masa ini, dan jika ada pihak lain yang ingin anjurkannya itu terpulang kepada mereka.

"Kami juga tidak akan terlibat dan tidak akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Bersih 4.0 yang dianjurkan nanti," kata beliau yang juga salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Sebelum ini, Bersih 3.0 pada April lalu yang sepatutnya berlangsung secara aman tetapi dicemari dengan pelbagai insiden yang boleh memburukkan imej negara.

"Kami akan fokuskan pada isu pengundi untuk pilihanraya umum akan datang, dan kami seru semua yang layak mengundi untuk turun menunaikan tanggungjawab mereka untuk PRU akan datang," katanya lagi.
-SH 17/5


Daftar pemilih: JPN, SPR jangan ‘pekak badak’

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebagai ‘pekak badak’ dan degil kerana masih lagi tidak mengambil peduli terhadap bantahan rakyat terhadap daftar pemilih yang masih ‘kotor dan tidak bersih’ dan perlu segera dibersihkan sebelum pilihanraya umum ke 13.

“Sehingga hari ini masih ada lagi kes-kes yang meragukan di dalam daftar pemilih dan ianya akan terus dibongkarkan oleh Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia,” kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Beliau berkata, pihaknya cukup risau dengan kes terbaru yang melibatkan ‘kecuaian’ JPN dan SPR telah menimpa Puan Tamil Malar a/p Subramaniam yang telah kehilangan hak beliau sebagai pengundi berdaftar kepada Mansor bin Jali kerana masing-masing mempunyai no kad pengenalan yang sama, 750516085360.

Selain itu tempat mengundi masing-masing pun berbeza dengan seorang pengundi di Perak dan Melaka.

Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat ‘kecuaian’ yang berlaku adalah disebabkan sikap tidak serius JPN dan SPR di dalam memastikan pilihanraya yang akan datang berjalan dalam suasana yang telus ataupun itu adalah salah satu ‘bantuan’ daripada pihak-pihak agensi kerajaan untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, ujarnya lagi Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan kes-kes sebegini juga berlaku di negeri-negeri lain.

Oleh itu, kata beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta JPN dan SPR supaya jangan mengkhianati amanah rakyat untuk mendapatkan satu pilihanraya yang telus dan adil.

Tambahnya, JPN dan SPR perlu menjadikan diri sebagai agensi yang berwibawa dan tidak mudah menjadi lembu yang dicucuk hidung semata.

“Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan kepada jentera pilihanraya di peringkat pemuda negeri dan kawasan-kawasan untuk melakukan semakan terhadap pengundi-pengundi sedia ada dan melaporkan sekiranya berlaku kes-kes yang meragukan supaya dapat diambil tindakan segera,” ujarnya lagi.
-HD



Ulasan GB

BERS✔H 4.0 memang wajar digerakkan daripada sekarang. Dakwat kekal digunakan tetapi daftar pemilih masih belum dibersihkan. Warganegara asing pula ramai didaftar sebagai pemilih. Pihak kerajaan UMNO BN sengaja buat pekak badak terhadap tuntutan BERSIH 3.0.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pemuda PR mampu menjadi peneraju utama penggerak BERS✔H 4.0 jika pihak J/K BERS✔H sudah enggan untuk menjayakannya.

Jangan berlengah, bertindak sekarang. Panggil mesyuarat, tetapkan tarikhnya SEGERA.

Dan jangan berlengah sebelum kita terus ditipu SPR dan UMNO/BN.

3 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Sebenarnya..sudah ramai yg mulai jemu dgn "BERSIH"kerana ia hampir tidak mencapai sasaran yg.di kehendaki.

Penat dapat,sakit dapat,di fitnah pulak dgn mereka yg.menimbulkan huru hara.

Itu lah perjuangan hangat hangat Tahi Ayam yg dapat di lihat sekarang ini.

Walhal mana ada PERJUANGAN separuh jalan begitu..yg mencapai kejayaan.

Melainkan ia perlu Pengorbanan berterusan.,hatta harta nyawa jadi galang gantian.

Jgn berumah di tepi pantai,klu takut di pukul Badai-pinjam kata kata Din Binjai

Sinner berkata...

Aku sarankan supaya Bersih yg nak dibuat nanti, mesti lebih teratur dan tersusun cara gerak kerjanya..

Jgn bagi ada polis2 menyusup masuk ke dalam himpunan rakyat..

Iklankan awal2 dan sebarkan apa perkara yg kena buat jika nampak provokasi.. jgn join, nasihat atau halau org tu kuar dari kelompok.. ni kena buat ramai2..

Mcm2 lagi la kan.. jgn bagi taktik polis berjaya.

Tanpa Nama berkata...

GB, sudah sampai masanya kita semua melantik A Samad Said sebagai peneraju BERSIH menggantikan tempat Ambiga yg mula dah jadi penakut tu...

Satu lagi pastikan pada BERSIH 4.0 nanti ditubuhkan satu skuad pemantau 'agen provokasi dan penyamaran' ditubuhkan...