5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.
Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.
Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.
“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.
“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.
Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. -SH
Ulasan GB
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.
2 pihak disebutkan di dalam berita di atas: Polis dan PM
Apabila polis tak mahu mengambil tindakan ke atas kezaliman polis yang dilakukan ke atas peserta BERSIH, maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.... tetiba banyak kes kebelakangan ini melibatkan kemalangan anggota polis. GB tak boleh ulas panjang bab ini.
Kedua: peringatan juga kepada Najib. Itu baru pagar rumah yang terlanggar!
Kepada Polis, kepada Najib, wasn't that a crystal-clear warning of the Golden Rule?
So, do not play the fool with truth!
Betapa cepat Allah bertindak. Baru semalam GB menulis mengenai hal kezaliman polis:
Yang berlaku itu baru mukaddimahnya.

Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini.
Sebagai rakyat biasa, kita sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menadah tangan kepada Allah supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan termasuklah KPN dan Timbalan KPN jika kedua-duanya enggan bertanggungjawab.
Yang berlaku itu baru mukaddimahnya.
5 ulasan:
kalau polis tu jenis jahat biorlah dia terima balasan atas perbuatannya...kalau ngko jenis baik terimalah insiden itu sebagai suatu cubaan dan bersabarlah....yang jahat bior mamposs cepat2 sikit..
Amin
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan
kebenaran (keadilan),
kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"
(Al-A'raaf : 89)
PRU-13,
Tiada UMNO/BN rakyat sejahtera negara selamt.
Entah2 polis cuba nak buat ujian kekuatan pada kenderaan mereka kut, sebab beli kereta tersebut guna duit rasuah apa nak risau kalau rosak teruk pun boleh beli lain, sebab duit senang dapat.
Catat Ulasan