BERSIH dakwa polis pukul individu dikehendaki
BERSIH hari ini mengecam tindakan polis yang didakwa memukul peserta himpunan 28 April lalu selepas menyerah diri kepada polis.
Kecaman itu dibuat selepas peserta himpunan itu Mohd Safuan Mamat mendakwa dipukul dengan salur getah supaya mengaku bersalah di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi 14 Mei lalu.
"Jadi apa (mesej) yang polis mahu sampaikan?
"Adakah itu yang akan dilakukan terhadap mereka yang lain?" tanya Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah pada sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Polis sebelum ini mengeluarkan senarai gambar 141 individu yang diminta menyerah diri untuk membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 hujung bulan lalu.
Bagaimanapun, empat daripada gambar itu dikenal pasti pengguna Internet sebagai individu sama.
Dalam sidang media pagi tadi BERSIH turut mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar menampilkan hampir 100 orang yang mendakwa menjadi mangsa keganasan polis.
Ia akan diadakan pada jam 11 pagi pada 19 Mei ini di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), kata ahli jawatankuasanya, Hishamuddin Rais.
"Mereka ini adalah mangsa dan mereka diganasi polis (pada 28 Aril lalu)," kata Hishamuddin.
Menurut Maria Chin pula, sebahagian mereka yang hadir itu akan menampilkan bukti dalam bentuk gambar dan menceritakan semula pengalaman mereka diganasi polis dan juga layanan diterima di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak.
"Kita akan dengar dari mulut mereka sendiri kali ini, dan bukannya daripada kami," kata Maria. -mk
Ulasan GB
Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini.
Sebagai rakyat biasa, kita sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menadah tangan kepada Allah supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan termasuklah KPN dan Timbalan KPN jika kedua-duanya enggan bertanggungjawab.

Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.
"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.
"Mereka sengaja tidak mahu ikut peraturan dan saya tidak mahu cakap fasal peraturan dan sifat perikemanusiaan sebab saya sudah tidak nampak sifat-sifat itu ada pada mereka yang membelasah orang lain sesuka hati," katanya.
Mohamad yakin, jika kekejaman seperti itu berterusan dan berleluasa, mungkin jutaan rakyat akan berhimpun sendiri tanpa perlu digerakkan oleh mana-mana pemimpin atau pertubuhan.
"Hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak nampak perbezaan antara polis dan Umno.
"Jika rasa sakit hati rakyat tidak dapat dikawal lagi, bukan lagi ratusan ribu malah berjuta rakyat akan berhimpun sendiri di seluruh negara melawan Umno," katanya.
Mohamad juga yakin apa yang berlaku itu akan menjadikan rakyat semakin nampak keengganan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menerima dan menyetujui pilihan raya yang adil dan bersih.
"Saya yakin, isu utama yang rakyat nampak dengan lebih jelas ialah Umno BN tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," kata beliau.
Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.
Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.
Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.
Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.
Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".
Mohd Safuan juga mengadu beliau dipaksa membuat pengakuan dan menandatangani borang tertentu. -HD
BERSIH : Polis Diminta Keluarkan Senarai Nama 120 Individu Dijejaki
KUALA LUMPUR, 16 MEI: Polis diminta mengeluarkan senarai nama kepada pihak media sekiranya mereka benar-benar ingin menjejaki peserta yang didakwa mencetuskan keganasan pada hari perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, perkara ini perlu bagi mengelakkan kesilapan tangkapan meskipun ada beberapa perserta yang menyerah diri setelah melihat gambar yang dipaparkan oleh polis.
“Apa yang penting adalah kalau ada 100 orang yang diburu oleh polis senarai mesti dikeluarkan. Kalau saya tidak tahu saya ada dalam senarai bagaimana saya ingin menyerahkan diri kepada pihak polis,” katanya.
Maria Chin berkata awal minggu ini, seorang individu bernama Mohd Safuan Mamat @ Nordin, 25 telah menyerahkan diri kepada pihak polis di Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Mohd Safuan mendakwa dia dipukul oleh seorang aggota berpakaian biasa ketika dibawa ke lokap dan dipaksa untuk mengaku merosakkan kereta peronda polis.
Apabila beliau tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan itu Mohd Safuan mendakwa dia telah dipukul menggunakan batang paip hitam di bahagian badan dan ditendang.
Setelah dia dimasukkan ke dalam lokap, beliau mendakwa tahanan lain di dalam bilik tersebut menampar beliau sebanyak empat kali namun pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan.
Beliau dihadapkan ke mahkamah dengan pertuduhan di bawah Seksyen 440 dan 174 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Jenayah (5), Jalan Duta Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu.
Maria turut memaklumkan, setakat ini pihaknya sedang mengumpul segala maklumat berhubung mangsa kekasaran polis pada perhimpunan berkenaan dan akan berbincang bersama pihak guaman bagi menentukan tindakan seterusnya. -selangorku
Ulasan GB
Amat keterlaluan. Kita minta KPN dan Timbalan KPN menanggung dan menjawab persoalan ini.
Sebagai rakyat biasa, kita sudah tiada tempat lain untuk mengadu. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah menadah tangan kepada Allah supaya mengambil tindakan tegas kepada pihak berkenaan termasuklah KPN dan Timbalan KPN jika kedua-duanya enggan bertanggungjawab.
8 ulasan:
وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۟ (٦٧) رَبَّنَآ ءَاتِہِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡہُمۡ لَعۡنً۬ا كَبِيرً۬ا
Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. (67) Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!
MEREKA MENGAJAR RAKYAT SUPAYA JADI MACAM MEREKA !
Dari rakyat kepada KPN & TKPN
Kamu menggunakan kuasa utk memukul orang ramai.
Kamu menggunakan senjata pada rakyat yg tak bersenjata.
Kamu mengajar rakyat supaya bersikap kurang ajar.
Kamu mengajar rakyat supaya bersifat samseng.
Kamu mengajar rakyat supaya terus membenci polis.
Kamu mengajar rakyat supaya berbohong
Tak ke Syitan namanya penguasa yg macam ni.
Abu Muhammad Haikal, pohon sertakan juzu' berapa.
aku cadangkan pada polis kalo nak pukul orang tuh cabut la dulu lencana/lambang pdrm tuh sebab pada lencana tuh ada nama ALLAH DAN NABI!!! Kecuali dia orang boleh bagi ayat Quran dan Hadis Nabi yang membenarkan mereka memukul orang tak tentu arah... sedangkan dalam islam SABAR itu sebahagian dari iman. Fikir2kan lah
Sedih... geram pun ada
buat malu pada Islam aje laaaaaaaa....
Anon 17/5 1038.
POLIS adalah sebahagian dari masyarakat, marilah guna akal yg resional sia-sia hidup dibumi ini berbicara dan menghukum semua tindakan POLIS sebagai salah belaka.
kamu sebut satu negara didunia ini yg POLIS bolih buat kerja 110% sampurna!!! dalam isu bersih inipon kamu sekadar MENYALAK, namun hala tuju kemana pon kamu tidak tahu sebenarnya.
MELAYU hari ini menempah kegagalan disamping kemajuan bangsa-bangsa lain yg menggunakan kesempatan dan peluang yg sedia untuk survival kaum masing-masing. ada MELAYU peduli?.
MANA ADA DORANG PIKIR PASAL NAMA ALLAH DAN MUHAMMAD PADA LENCANA DEPA..AMIK RASUAH...POW BANGLA.POW INDON...MASUK TANDAS..KEMANA-MANA LENCANA TU DEPA BAWAK...KENA KALO ANGGOTA TU INDIA..DIA {UNPAKAI GAK LENCANA TU....MCM TU NAK KIRA CMNE PULAK....AKAI TARAKK
ANON 1039..MEMANG TAK ADA YANG 100%.TAPI KALO DAH TAHAP BUAT SUKA MAK BAPAK..KEJAM TAHAP YAHUDI...SAMPAI BUKTI PUN BOLEH DI PALSUKAN...IKUT TELUNJUK PEMIMPIN ZALIM...SUKA2 PAW ORANG..AMI*K KESEMPATAN....POLIS KE PENJENAYAH TU?...KAMU POLIS KE?...SELAMA NI HIDUP KENA TIPU DEK PEMIMPIN YANG MENINDAS BANGSA SNDIRI...SIAPA PULAK NAK PEDULI?
Catat Ulasan