Kelab pesara tentera tolak 'senaman punggung'
Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tidak tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.
Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.
Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar kecil) berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.
"Secara peribadi tindakan ini kurang matang," kata ketua NGO pesara tentera yang rapat dengan PAS itu.
Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.
'Pesara polis tak akan buat begitu'
Sementara itu, Mohd Nazari juga menuduh, tindakan sesetengah persatuan tentera yang dilihat seperti pro-Umno bertujuan bersaing merebut peruntukan kewangan yang disalurkan Menteri Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera.
"Pecahan fungsi dalam angkatan tentera terlalu banyak jadi masing-masing tubuhkan persatuan," katanya.
Malah, tanpa merujuk langsung kepada PVTM, Mohd Nazari mendakwa, ahli-ahli persatuan tentera yang didakwa terabai dipergunakan oleh pimpinan mereka "yang menjadi kroni kepada pemimpin BN".
Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri pula ketika dihubungi Malaysiakini menyerahkan tindakan itu untuk dinilai oleh pihak tentera sendiri.
Bagaimanapun, katanya, persatuannya sendiri tidak bersetuju dengan himpunan BERSIH tetapi percaya bekas polis akan mencari cara lebih sesuai jika mahu menyatakan bantahan mereka.
"Kita tidak akan ambil tindakan sebegitu," kata Shafie katanya yang enggan merujuk secara langsung kepada kejadian di rumah Ambiga pagi kerana tiada pesara polis terlibat.
Ulasan GB
Over-board. Sudah keterlaluan. Demikian rata-rata pendapat orangramai terhadap aksi menonggeng bontot ke arah Ambiga yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa diri mereka sebagai veteran polis.
Sekali pun tiada siapa yang mengambil tindakan untuk menghalang demo berkenaan namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, "perkara buruk akan tetap akan terima kutukan" - seluruh masyarakat mengutuk perbuatan hina berkenaan.
Ia memburukkan lagi imej pihak yang anti-BERSIH.
Itu baru kutukan dari orang awam, dan jika ramai sangat mengutuk mereka, silap gaya apa yang GB katakan semalam bahawa mereka itu seperti kena buasir, akan menjadi kenyataan. Siapa tahu?
Semalam GB sudah ulas. Petikan:
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Entah agama mana yang mengajar demo sedemikian rupa. Itu demo aman, kata polis nanti, tak salah di sisi undang-undang.
Di dalam Islam tak pernah wujud dan tak pernah dianjurkan demo untuk menghina orang lain samada terhadap orang Islam atau bukan-Islam seperti yang dilakukan mereka.
Mungkin ulamak-ulamak UMNO seperti Menteri Agama, Jamil Khir, atau Mufti Perak Datuk Harussani atau Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Abdul Shukor Hussin (akan) mengeluarkan fatwanya "demo BERSIH haram tetapi boleh berdemo menonggeng tunjuk bontot kepada orang lain untuk menunjukkan rasa marah"(?)
klik untuk baca
7 ulasan:
hahaha
lawak sungguh malaysia sekarang nih! apa saja yg geng bn/umno buat semua halal!
kalo pr buat semua salah, agaknya kalo pr nak buat tahlil dan baca yasin pun boleh keluar fatwa haram kot??
apa nak jadi malaysia nih kan?
orang2 tua yang patut menjadi contoh pada golongan muda pun dah tak ada otak! samdol!
bawak la tobat2 semua kita nih
lembu UMNO
Ulamak2 UMNO/APCO , Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jamil Khir tolong bagi komen siki..........t . Adakan mesyuarat tergempar senaman aneh tu macamana hukum nya. TAK SABAR NAK DENGAR FATWA TU.......
KESIAN KAT VETERAN2 ASKAR TU...
ENTAH2 ANAK DEPA TU DAH JADI KAKI REMPIT, BOHSIA,PENAGIH,PROS... SIAPA YG. TAHU..??
SO, DEPA DAH JADI SAKIT JIWA...
HARAP2 PAKAR2 SAIKO.. DAPAT RAWAT MEREKA NIE.. KESIIAN!!
ingatkan OTAK lembu, KEPALA lembu... adalakk PONGGONG lembu...
dah nasib badan, dapat KETUA lembu...
syabas Persatuan Veteran Lembu Pencen. tabik spring kpd LEMBU2 PENCEN... heheheee....
kesian, tua tua masih tak sedar.......
Sia sia je dapat pencen.buat malu tentera je.nasib baik aku tak sampai pencen.takut jadi macam tu.yes sir je.
Catat Ulasan