12 Mei 2012

Ibrahim Ali Tertidur, Majlis Fatwa Sudah Putuskan Perkataan Islam Boleh Digunakan

PERKASA cadang Majlis Fatwa kaji gugur nama Islam pada PAS

PASIR MAS: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada parti itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.

Beliau berkata, ada yang menganggap setiap tindak tanduk atau kenyataan daripada pemimpin PAS sebagai tuntutan Islam.

“Contohnya ialah seperti kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewajibkan umat Islam khasnya penyokongnya menyertai perhimpunan yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekacauan di ibu negara baru-baru ini.

"Sedangkan beliau (Nik Aziz) sendiri tidak menyertai perhimpunan itu yang menyebabkan beberapa orang awam dan anggota polis cedera," katanya selepas majlis ceramah di sini, malam tadi.

Beliau berkata, ini menunjukkan PAS menyeleweng jauh daripada Islam dan seolah-olah fahaman yang dibawa PAS semuanya adalah tuntutan Islam.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau sanggup mendedahkan lebih banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin parti itu terutama berkaitan pembelian tanah yang membabitkan pemimpin parti itu.

"Saya sedia membawa perkara itu kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika ada pemimpin parti itu sanggup mencabarnya berbuat demikian," katanya.

Presiden Jalur Tiga (JATI) yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang turut serta pada majlis ceramah itu berkata JATI akan menghantar satu memorandum tuntutan 10 perkara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika ahlinya mencecah 100,000 orang.

Katanya, antara tuntutan utama ialah menggesa kerajaan menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai mata pelajaran wajib di peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR); Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - BERNAMA

Ulasan GB

Apa yang dikemukakan oleh Ibrahim Ali itu menunjukkan betapa takutnya beliau terhadap nama "Islam" setelah beliau menipu PAS di dalam PRU12.

Di dalam pilihanraya ke 12 pada 2008 Ibrahim Ali memperdayakan PAS dengan bertanding di atas tiket PAS dan setelah menang beliau telah melompat menjadi ahli bebas.

Beliau menyedari beliau akan tewas jika bertanding melawan PAS di dalam pilihanraya akan datang ini, maka itu timbul cadangannya untuk menggugurkan nama Islam pada PAS>

Tetapi malang, beliau tidak mengikuti perkembangan semasa kerana Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 yang menyatakan

"1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."


Majlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.

Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.



Ternyatalah bahawa gesaan Ibrahim Ali itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik!


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beruk Mat Yeh sekor ni memang selalu ketinggalan.

putera ledang berkata...

Braheng dah meroyan, mempunyai hati yg hitam, apa yg dibuat/lakukan olih pas di mata braheng semua jahat pada dia hanya asang and diaaa ja yg butut

Tanpa Nama berkata...

Woiiiii Katak,
Kalau PAS ni sesat dn menyesatkan rakyat tentang islam, bawalah ke mahkamah syariah. Jangan asyik terpekek ke sana ke sini tanpa asas.
Kau bawa ke mahkamah syariah habis cerita.

Ni, kau ni hanya pandai terpekek saja tapi TAKUT nak bawa ke mahkamah syariah. Biar mahkamah syariah putuskan sesat ka atau tak sesat ka?

Ada faham katak????

Amuraria berkata...

SEBELUM MAHU GUGUR NAMA ISLAM BRAHIN KENA TUKAR PARTI DA DULU JADI PARTI KATAK KEBANGSAAN BERSATU MALAYSIA ! ATAU PARTI KODOK SEMALAYSIA ;)

Ridzuans berkata...

Nak kena cabar baru nk bawak isu penyalahgunaan kuasa berkaitan pembelian tanah?Mmg gila x bertempat dia ni.Ayat tu menunjukkan betapa tak rasional dan patriotiknya dia ni.Kalo betul ada trus lapor la Breheng weh.

Waris berkata...

Nama PERKASA tu pun patut ditukar. Nak kata perkasa pun tak juga. Lebih sesuai jika guna nama PERTUBUHAN MELAYU BANGANG dengan singkatan PEMBANGANG lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni nak buat mazhab baru yang menghalalkan apa yang haram. Sebelum ni dia cadangkan solat sunat lepas solat fardhu asar. Lepas ni barangkali dia akan buat cadangan supaya solat sunat selepas solat fardhu subuh pula. Kalau tak ada yang setuju sahih bukan penganut MAZHAB KATAK.

Tanpa Nama berkata...

hey berahim nak suruh tukar nama Islam... mu jenis orang ko jenis gapo... semua orang nak ke Islam mu nak suruh tukar.. mu tu sapo , gapo yang mu hebat. baso tolol.
perkaso mu jenis thoghut

Tanpa Nama berkata...

bAHEM bODOH bRAHEM BENGONG,..oRANG bUKAN iSLAM sUKA iSLAM tAPI bRAHEM bENCI iSLAM...bRAHEM tOLOL..lAKNAKMU bRAHEM

non baling berkata...

sekarang nie adik katak pun dah mula cari tempat nak melalak. Hari tu dia puji Kak Jat Cow kata baguih sebab letak jawatan, dia ni bangang bukan dia tau kata Kak Jat dah sampai tempoh. Lepas tu melalak pulak suruh TGNA letak jawatan, tapi tengok penyokong dia hanya ada berapa kerat saja.... lawak betoi la adik katak nie.

KATAK PERKASA berkata...

KOTA BAHRU 38 MAC 2019-IBRAHIM ALI BERKATA DENGAN NADA SINIS,oleh kerana PAS DAN UMNO tidak lagi menerima aku untuk bertanding,dengan ini saya akan tubuhkan PARTI KATAK SEMALAYSIA-: dan motor pati ini ialah P.MAS MEMBANGUN BERSAMA KATAK-KATAK.
sumber dari:higway p.mas-salor

Tanpa Nama berkata...

BERITA TERBARU ...SULTAN KELANTAN TELAH MENARIK BALIK GELARAN DATUK KEPADA IBRAHIM KATAK NI...BARU PADAN MUKA.