12 Mei 2012

Nik Aziz: Selagi Tuntutan Tidak Dipenuhi, Akan Tetap Ada BERSIH 4.0

Gombak - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

“Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram.

“Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

“Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah,” katanya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.

“Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat,” katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.

“Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai tuntutan-tuntutan Bersih.

“Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama,” katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

Amuraria berkata...

KEDEGILAN UMNO-APCO-BN MAHU TUNJUK BONGKAK & ANGKUH TANPA PEDULI TUNTUTATN BERSIH & ADIL DALAM PILIHANRAYA MENUNJUKKAN MEMANG MEREKA TDAKJUJUR ,DAN AKAN MENYELEWENG LAGI DENGAN MEMPERBODOHKAN SPR! SATU CARA LICIK UNTUK MEMBURUKAN TUNTUTAN ASAL BERSIH & MENYALAHKAN SEGALA KEKACAUAN YANG ITIMBULKAN SEBENARNYA OLEH PDRM ! ASAL BUKAN UMNO !

Tanpa Nama berkata...

kegagalan PR mengabaikan SARAWAK dan SABAH menyebabkan PR kalah dengan undi mojoriti yang amat sikit . Walhal PR telah menang 82 kerusi di SEMENANJUNG . Tingkatkan usaha di SABAH dan SARAWAK .dan JUJUR apa perlu BERSIH . Saya PASTI KOMEN INI TIDAK AKAN DISIARKAN tapi ini lah HAKIKATNYA

suarakyat berkata...

Bangunan indah tanpa asas yg kukuh akan roboh jua..pokok yg gagah akarnye reput akan tumbang jua..manusia yg hebat tp otak beku maka x berguna jua..hebat camne pun pr klu sistem pilihanraya rosak maka ia x bermakna jua..jadi tujuan bersih ni adalah utk membetulkan sistem..ia ibarat aqidah dlm agama..rosak aqidah maka tiada nilai ibadah.

James Bong berkata...

perhimpunan BERSIH 4.0..kita bagi nama The Final Wave! Jangan sampai terlalu banyak perhimpunan nanti rakyat x percaya or sudah jadi immune dengan BERSIH..

Tanpa Nama berkata...

SELURUH RAKYAT SEDAR DAN TAHU SEKARANG AKAN MATLAMAT PERHIMPUNAN BERSIH.
AMAT WAJAR SEKALI MENERUSKAN BERSIH 4.0 SEKIRANYA TUNTUTAN DALAM HIMPUNAN BERSIH TIDAK DITERIMA DAN DILAKSANAKAN.
WALAU PUN DALAM BERSIH 3.0 KEZALIMAN POLIS DAPAT DILIHAT DG. JELAS TAPI IANYA BUKAN PENGHALANG MALAH MENJADI PEMANGKIN UNTUK MENAMBAHKAN BILANGAN YANG AKAN TURUN PADA BERSIH 4.0. INSYALLAH!
KERAJAAN ADIL KERAJAAN DI SANJUNG, KERAJAAN ZALIM KERAJAAN DI GANTUNG.
PERJUANGAN RAKYAT UNTUK RAKYAT....

Tanpa Nama berkata...

Bersih 4.0 ketika cuti panjang sekolah. JUN. Lagi gempak dan adil. Ramai bleh joint.

Bila PRU-13, itu urusan najib. Urusan kita desak hingga pasti tuntutan bersih dilaksanakan sebelum pilihanraya.

Jangan lupa tradisi kita keluar menyertai Bersih cara sekampung.