1 Mei 2012

[Bergambar] Pendedahan Skandal Seks Azmin Ali, Azmin Nafi

Selepas kegagalan video seks Anwar, kini para pemfitnah melakukan serangan ke atas Azmin. Sebuah blog khusus diciptakan untuk memfitnah Ahli Parlimen Gombak berkenaan.

Tetapi malang, gambar-gambar yang dipaparkan yang dikatakan wajah Azmin lansung tidak dapat ditentukan kerana tiada satu pun gambar yang diapaparkan itu ada menunjukkan wajah Azmin yang sebenar. Kesemua fokus di dalam gambar di dalam jarak jauh dan wajahnya kabur.

Kerja-kerja memfitnah dengan mengaitkan adegan seks sudah menjadi perkara biasa bagi blogger pencacai UMNO.

Itulah tahap mentaliti yang mereka ada.

GB pernah ulas dahulu. Petikan:

Fitnah, mereka-reka cerita yang tidak benar, bahasa lucah/mencarut dan gambar porno sudah merupakan perkara asasi dan darah daging blogger proUMNO. Pergi ke mana-mana satu blogger pro-UMNO, anda akan menemui salah-satu daripadanya.

Terkutuklah blogger UMNO pemfitnah ini dari dunia sampai akhirat seperti firmanullah:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10



Skandal Seks Dalam Tandas : Kenyataan Penuh Penafian Azmin Ali

Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.


Mohamed Azmin Bin Ali








klik untuk baca Laporan/Ulasan terkini




18 ulasan:

zairil berkata...

Yang memfitnah gelak sakan, yang difitnah bela diri....Orang yang memfitnah tu moral dia bagus sangat ker?

Yang pasti...Allah telah janjikan pembalasan terhadap setiap perbuatan.

cucukerinci berkata...

buat fitnah dah jadi kerjaya blogger umno dan menajdi hiburan puak umno yg tak faham islam kerana jahil....yg mereka tau hanya untuk dapatkan wang tak kira halal atau haram...

Tanpa Nama berkata...

Makin banyak umno buat firnah, makin banyak lah orang akan membenci Umno. Kerana orang beranggapan (terutamanya yg beragama islam) bahawa parti yang kuat bermain firnah ini tidak akan selamat di dunia malah dihina di akhirat nanti.

Tanyalah para orang ramai, mahukah mereka masuk dan sokong parti yang tak akan menyelamatkan diri mereka di akhirat nanti? Apakah orang ramai mahu diri mereka di hina dan dicela di akhirat nanti dek kerana mainan fitnah parti umno ni.

Orang2 islam akan berfikir hidup ini bukan di dunia sahaja tapi yg penting di akhirat. Kalau di duniapun allah membenci orang yang membuat fitnah, apatah lagi di akhirat nanti?

Parti yang suka memfitnah ni mesti di tentang sepertimana allah menyuruh menentang orang yang membuat fitnah.

Kerana umno adalah parti yang didokongi oleh pemfitnah2, maka rakyat wajib menentang umno.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun heran tgk gambar nih. Kalu dah berdua kat dalam rumah, ada pulak kerusi empuk.....ntah2 ada tilam dalam bilik beraircond pulak. Naper pelakon dalam gambar nih pilih dalam tandas.

Tanpa Nama berkata...

Akhir-akhir ini Umno menjadikan fitnah sex senjata mereka.Yang jelas Umno berotak sex dan lucah

Tanpa Nama berkata...

salam. akhir zaman ni, NABI MUHAMMAD S.A.W pernah bersabda zaman yang penuh dengan fitnah. Sebagai salah satu tanda qiamat. sesiapa yang melakukan fitnah, menyebarluaskan fitnah dan tidak menyiasat dengan teliti; seolah-olah merekalah yang menghampirkan dunia akhir zaman ini dengan qiamat. maka jauhilah fitnah, berhati-hatilah dengan dunia akhir zaman ini.

tetapPKR berkata...

lantak la........janji klu bayar 50 k pun untok sokong umno....no way...........tetap tekad utk undi pr......PKR....PAS dan DAP!

Tanpa Nama berkata...

knp byk sgt kamera dlm rumah tu? mcm reality show je...

Tanpa Nama berkata...

Biasa la... bila nak hampir piliharaya ni...B elukang N ajib mula la nak cari makan sekenyang kenyang nyer.....

putera ledang berkata...

nak cari duit sementara najib jd pm pas ni sapa nak bayar tu yg duk pulun gila-gila

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Baju tak sama baik baju laki dan prempuan dalam clip tu?/\

Tanpa Nama berkata...

Ni bahaya ni. Aku selalu pakai towel aje klu masuk bilik air, bila mandi bogel pulak. Tak pasal2 keluar video nanti.

Tanpa Nama berkata...

Hasil didikan APCO Laknatullah...
Satu saja peringatan...
Sesiapa yang menyokong kejahatan.. neraka menanti kamu.. Neraka kenal siapa penghuninya...

fairus berkata...

nak fitnah pun agak2la...
aku rasa yang fitnah ni mmg suka situasi tandas...

aku ingat umno makin pandai bab sek ni...

rupanya bangang gak...

Tanpa Nama berkata...

Buatlah macamana pun asalkan bukan UMNO. TETAP PAKATAN.

Tanpa Nama berkata...

Macam rancangan realiti tv BIG BROTHER je, Sofa sket punya empuk ada plak nak main dalam tandas?

umNO LEMBU NIE KATA BODOH MARAH PLAK, TAPI MEMANG BODOH!! KALAU NAK KANTOI DSAI, AZMIN ATAU SIAPA-SIAPA PEMIMPIN PAKATAN LAIN. CEKUP TERUS DENGAN CREW 999 DAN JABATAN AGAMA SEKALI. TAK PAYAH BUAT GAMBAR CANDID BUANG MASA.

umNO nie dah tentu kaki SEX, INGAT SEMUA ORANG MACAM DEPA KE?

-wakleman

Unawan berkata...

Dah xda Isu lain ker nk fitnah....asyik seks ja.
Ngarut sgguh puak Yahudi ni...

Tanpa Nama berkata...

fitnah membabi buta. semakin menyampah aku kat parti pemerintah. pastikan pru13 umno tumbang..