8 Apr 2012

Bas Terbalik Di Lebuhraya PLUS, 29 Penumpang Terselamat

Gopeng – Seramai 29 penumpang dan dua pemandu nyaris maut apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 300 Lebuh Raya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat Gua Tempurung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bas yang dipandu seorang lelaki berusia antara 40-an dalam perjalanan dari Genting Highland ke Batu Gajah dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abd Aziz Salleh berkata, 15 mangsa yang cedera ringan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kampar dan Hospital Tapah dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air. Keadaan cuaca yang hujan lebat berserta angin kuat menyebabkan bas itu senget ke bahagian kiri jalan selepas menuruni bukit.

“Bagaimanapun, semua penumpang berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak menerusi cermin hadapan yang pecah. Bas berkenaan terbalik dengan keempat-empat tayar di atas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu bas berusia 40-an tidak mengalami apa-apa kecederaan dan akan diambil keterangan berhubung kejadian itu.

“14 penumpang lagi telah pulang ke rumah kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan Balai Bomba Goepng berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.11 petang dan tiga jentera dari Balai Bomba Gopeng, Tapah dan Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk menarik bas berkenaan selain memastikan tiada kebocoran bahan bakar bagi mengelakkan sebarang letupan,” katanya. -SH



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awas,banyak kes kemalangan kat situ,ambo dah dua kali hampir terbabas dan dilanggar dari belakang ketika memandu menuju ke ipoh dari arah kuala lumpur.kali terakhir hampir2 merempuh motosikal yang jatuh masa tu baru hujan,nasib baik dia sempat bangun,pada ketika itu rupanya ada 3 kereta terbabas melintang jalan,,kereta ambo pula dirempuh dari belakang,melibatkan 3-4 biji kereta.Sekiranya anda perasan,ada kereta line kuning (longkai) yang tunggu tepi2 jalan kat situ,seolah-olah mereka tahu kat situ akan berlaku kemalangan.bukan sebab lopakan air tapi dr maklumat yang diterima,mereka telah mencurahkan minyak dan bila hujan berlaku,maka jln akan licin,maka longkai2 mamat hitam berebut (kdg2 bergadoh)mahu menarik kereta.Begitu juga PLUS bidor-Gopeng..kereta line kuning seolah2 gagal dikawal oleh JPJ dan Pihak PLUS...kereta yang ditarik pula dibawa ke bengkel mamat hitam (tapah)yang suka menukar2 alatan kereta (mencuri) dr yang ori dan tak ori.Bila siap,kita dapati kereta kita banyak barang yang
hilang..Sebar2kan

Tanpa Nama berkata...

Apakah jasa kerajaan BN untuk menghapuskan gejala longlai di sepanjang lebuhraya PLUS?

Tanpa Nama berkata...

masalah kereta line kuning ni satu hal, tp jalanraya kita pun apa kurang teruknya...
berlubang sana sini...time hujan air bertakung sana sini... sapa yang bagi approval jalan buleh ditar sebegitu rupa... aku duduk kat jepun pun ,jalan kampung yg bertar pun takde air bertakung...air hujan dr tengah jalan akan ke kiri atau jalan kanan ....