21 Apr 2012

"Toyol Betina" Pakar Pecah Rumah Dicekup

Toyol dara pecah flat

SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin.

Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit. -hm




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg ni gian mencuri pulak. Masih boleh dibentuk anak2 spr ni.

Aku tau le, sbb masa aku kecik aku suka panjat pokok rambutan jiran (kira curi le tu), depa buat tak tau aje, maka tiap2 hari aku kebas. Pantang pokok2 jiran berbuah, aku kebas. Sebabnya, kat rumah aku tak de pokok2 tu.

Bila besar, tabiat tu hilang dgn sendirinya. Malah nak tebus kesilapan2 aku dulu2 , aku banyak bertaubat & tolong orang (tak pe tulis ni kan? bukan pembaca kenal pun aku). (Utk teladan)

Tapi kebas zaman dulu dgn sekarang berbeza. So, jangan biarkan tanpa bimbingan anak2 tu lepas ni,hantar ke tempat2 pemulihan, kaunseling & didik dgn agama.