21 Apr 2012

ESQ Meragukan. Siapa Pantau & Mana Laporan Pemantauan?

30 bekas peserta ragui ESQ

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 bekas peserta program motivasi anjuran syarikat Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) Leadership Training mengakui kebenaran fatwa pengharaman yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Wan Teh terhadap modul pengajaran syarikat itu dua tahun lalu.

Gambar: Wan Zahidi (dua dari kiri) berbincang sesuatu dengan anggota alumni ESQ 165 termasuk Rosile (tengah) di Kuala Lumpur semalam.

Wakil alumni, Rosile Saat Al-Gayauwi berkata, perkara itu disedari sendiri oleh mereka yang semakin lama semakin berasa curiga dengan modul ESQ 165 yang dibawa syarikat berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang didakwa berupaya menyesatkan akidah seseorang.

“Keputusan itu perlu dicapai secepat mungkin kerana latihan ESQ 165 kini sudah semakin menular dalam agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, polis dan sebagainya.

“Kami tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku kerana fatwa pengharamannya telahpun berkuat kuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -kosmo

ESQ: Alumni gesa Majlis Fatwa buat keputusan segera

KUALA LUMPUR - Alumni ESQ 165 menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang dijalankan di Malaysia sejak enam tahun lalu.

Alumni ESQ 165 Angkatan 26, Rosli Saat berkata, pihaknya menyedari faktor dikatakan kesesatan akidah terdapat dalam modul ESQ 165 dan mengakui kebenaran difatwakan Mufti Wilayah Persekutuan pada 17 Jun 2010.

Menurutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan membuat keputusan bahawa latihan ESQ 165 boleh dijalankan de­ngan syarat ianya dipantau.

“Persoalan kami ialah siapa yang memantau di mana laporan pemantauan dan hasil pemantauan tersebut setelah dua tahun keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Wilayah Persekutuan dikeluarkan,”
katanya dalam sidang media, semalam.

Hadir sama pada sidang media itu Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan hampir 30 bekas pekerja, bekas pelatih dan Alumni ESQ 165.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun 2010 yang dihadiri mufti-mufti memutuskan ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan sya­riat Islam serta tidak bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang juga panel ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkata, ia boleh diteruskan, bahkan ia pendekatan terbaik untuk sedarkan individu dari segi ketuhanan, Islam dan peradaban.
-SH


5 ulasan:

Awanama berkata...

mana hassan akidah?

Awanama berkata...

Ya tak ya mna hasang ali tu

Awanama berkata...

Ntah,
kat kilang2, pejabat2 dah banyak ade kuliah2 ustaz2/ustazah2. Klu belom ada, usahakan dgn kuliah2 mingguan dgn rujukan kitab2 / tafsiran quran yg terkenal.

Atau tanya IKIM ttg program2 yg boleh disertai.

Tapi tak ramai juga yg mau attend, ESQ juga yg depa minat.

Surau & masjid2 yg sediakan kuliah seminggu 3, 4 kali, pun tak minat nak pi, murah aje yuran , pun tak nak pi. Then jadi rakan masjid, surau & join aktiviti2 depa.

ESQ juga le yg depa nak join.

Bila le mau sedar?

hairan berkata...

a ah betul tuh ESQ yang nak jadikan orang islam lebih baik tuh sesat!

yang tak sesat cuma kelab malam, rumah urut, rasuah, buat pitnah dan sebagainya sebab tuh semua orang islam boleh buat bila2 masa!

akhir zaman tol la

samdol!

Awanama berkata...

yg sesat jelas, yang tak sesat jelas. Yang samar2, cam ne?

ESQ ni masih samar2 le ye gamaknya kot.