11 Apr 2012

Siar Adegan Bogel, TV3 Minta Maaf

TV3 Mohon Maaf Kesilapan Penyiaran Adegan Bogel Emile Hirsch

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 pada Selasa memohon maaf kepada penonton negara ini terhadap penyiaran adegan kurang sopan dalam filem Into The Wild yang disiarkan menerusi saluran itu pada 24 Mac lalu.

TV3 dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini Selasa berkata, pihaknya akur terhadap kesilapan yang berlaku sehingga menimbulkan bantahan beberapa pihak.

“Pihak kami memandang serius insiden ini dan TV3 akan berusaha memastikan kandungan dan paparan yang disajikan kepada para penonton bukan sahaja sarat dengan elemen hiburan dan "infotainment" semata-mata, malah turut memastikan ia dapat memberi impak positif dan kesan moral bersesuaian dengan cita rasa penonton,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.

ACCIN turut kesal dengan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) kerana kegagalan menapis adegan seperti itu dan juga filem-filem lain dari luar negara.

Sementara itu LPFM yang dihubungi mStar Online memberitahu pihaknya telah membuat 24 pemotongan adegan “panas” dalam filem berkenaan sebelum dibenarkan untuk disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, TV3 sepatutnya perlu membuat penyuntingan semula lebih-lebih lagi pada adegan bogel yang dilakonkan oleh Emile Hirsch.

“Selepas pemotongan dilakukan oleh LPFM, pihak kami telah meminta TV3 untuk membuat penyuntingan semula. Tak sangka ia boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Raja Azhar, apabila sesebuah filem atau drama yang telah ditapis dan disiarkan itu mempunyai isu-isu sensitif, ia akan dilaporkan terus kepada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) untuk diselidik.

"Pihak kami akan menghantar laporan tentang isu berkenaan kepada pihak SKMM untuk membuat tindakan lanjut dan berharap semua stesen televisyen di negara ini mengikut garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya. -mstar

Ulasan GB

TV3 sama jer tarafnya dengan blogger-blogger pencacai UMNO yang tak takut dan tak segan silu siar gambar lucah / porno 100% bila tiba masanya untuk mereka mengaibkan seseorang.

Lepas minta maaf buat lagi.

Jikalah video seks yang menipu itu boleh ditayangkan pada umum pada masa prima tanpa segan silu, apatah lagi adegan tersorok di dalam filem-filem.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerana selalu menyiarkan berita berat sebelah, mengadu domba dan mengarut maka terimalah pengajaran dari ALLAH....insaflah

Tanpa Nama berkata...

tak jadi apenya kepada TV3, walaupun complain

Amuraria berkata...

BILA BADAN-BADAN DAN MEDIA BARUA BERSIKAP HIPOKRIT DEMI MATLAMAT BUSUK & KHIANAT !ABU !

Kak Mahh berkata...

Dah terlepas nak buat apa selain dari minta maaf.

Tanpa Nama berkata...

yg penting keburukkan PR diutamakan..

Tanpa Nama berkata...

pergh kira takyah beli parabola weh, negara malaysia ada saluran porno khususnya sendiri!! hahahaha...tgk katun lg baik

Tanpa Nama berkata...

bagi tv3, itu bukan satu kesalahan, lebih drp itu pun dia buat. Andaikata saya tertonton, maka tiada maaf bagimu, sebab itu memang amalanmu (tidak pernah tonton tv sejak beberapa tahun lalu).

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik aku kurang tgk betul dah tv1, tn2 & tv3 ni. X de mood betul

Tanpa Nama berkata...

Semua filem hollywood ada rating masing2. Pengalaman 7 thn belajar di USA, filem rated G atau PG saja waktu siang. R atau X waktu tgh malam atau berbayar. Filem ni tentu rated R, dan ada tertulis pd permulaan atau kotak CD. Sepatutnya TV3 berhati2 dgn yg rated PG-18 ke atas.

Tanpa Nama berkata...

TIADA MAAF UNTUK KAMU.
TIADA MAAF UNTUK KAMU
TIADA MAAF UNTUK KAMU.

Kami tunggu PRU-13.

Setelah bergelumang dengan segala aneka fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan pembangkang bagi maksud membodohkan melayu, kini mereka 'test market' dengan adegan haram dan maksiat pula.

'Kesilapan ' berlaku pa Mac lalu, mengapa skarang baru minta maaf.?????

Jika massa senyap: aku pasti pecacai umngok memang senyap sebab kelucahan sebegitu memang budaya mereka, maka tidak mustahil mereka akan menyajikan 'yang lebih lucah' lagi.

Bukankah dibelakang umporno itu APCO si Yahudi penasihat mereka. Pornoisma tuh sebahagian agenda Yahudi untuk merosakkan umat khususnya umat Islam.

Bagaiman 'memori' kanak-kanak yang telah tertonton adegan sebegitu...?
Akan hilangkah daripada memori mereka..?
Mungkinkah itu merupakan 'benih' yang meransang perlakuan kelucahan berikutnya..?

Apakah perkataan hina yang paling sesuai untuk dilemparkan ke isetesen tv berkenaan..?

Sangat sesuai dan tepat masanya saluran media penyiaran berkenaan dibebaskan daripada belenggu kepornoa umporno dan perancangan jahat si Yahudi APCO itu.

Caranya tak de lain melainkan pertukaran kerajaan umnporno kepada kerajaan harapan Pakatan Rakyat.

Lagi disegerakan PRU-13 lagi cepat negara dan rakyat bebas daripada cengkaman kebobrokan umporno yang berpenasihatkan sang Yahudi APCO itu.

Tanpa Nama berkata...

LPFM patut potong juga adegan tersebut.Ini kes buat kerja main-main dan pihak TV3 juga kerja main-main juga. Tanggunglah dosa tersebut. Tiada ungkapan tersilap dan minta maaf.

Tanpa Nama berkata...

Agak2nya yg keja kat LPFM tu sengaja kot, supaya ditukarkan ke tempat lain. Naik loya agaknya dah terlampau lama tengok benda2 tu.

Tanpa Nama berkata...

sesuai dengan segenap masyarakat Malaysia berkata,,TV 3 SUKU. Siar berita berat sebelah lama2 jadi 3 SUKU.

Tanpa Nama berkata...

Cakap senang saja, Minta Maaf TV3 ni, bohong saja lah. Apa lah cuai sangat penerbit rancangan ni tidur ke, tak cek ke dulu sebelum nak disiarkan. Jgn anggap org semua bodoh macam, Org-org yang tempat kamu bernaung semua (UMNgok). Rakyat tak bodoh, mcm pekerja TV3, ya kmu gembira sekarang tunggu suatu hari Allah akan mengkifarah kan dosa-dosa kpd kamu nanti atau kpd Isteri kamu atau kpd Anak-Anak kmu apa yg kamu telah lakukan.

din berendoi berkata...

KENAPA IKLAN PEWANGI / SEMBURAN YANG TIDAK BERMORAL MASIH DISIARKAN ! ( KISAH POLIS DAN PEROMPAK )
BANGANG BETOL !