Nazri Dan Najib Berperang

Saya dah lama berkhidmat, kata Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersedia memberi laluan kepada muka baru untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga anggota Parlimen Padang Rengas berkata perlu ada kesinambungan kepimpinan dengan memberi peluang kepada generasi baru.

"Saya serahkan perkara ini kepada Perdana Menteri, tetapi saya sebenarnya dah lama berkhidmat, sebagai Menteri dah 13 tahun, Timbalan Menteri lima tahun, saya pun dah berumur 58 tahun, dah berkhidmat untuk satu tempoh yang lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan Umno bahagian Alor Gajah di sini.

Mohamed Nazri berkata sebenarnya beliau telah lama berhasrat untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding bagi kerusi parlimen tersebut.

Malah, katanya, beliau telah menyatakan hasratnya itu kepada Umno Bahagian Padang Rengas, namun masih dicalonkan oleh anggota Umno bahagian tersebut untuk terus bertanding di kerusi parlimen berkenaan. - Bernama

Ulasan GB

Jika tak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah!

Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan pun berlaku ke atas Nazri. Beliau secara terbuka kini mengumumkan sedia memberi laluan kepada muka baru - sesuatu yang amat jarang didengar keluar dari mana-mana menteri dari UMNO BN.

Apakah gerangannya Nazri menyuarakan demikian?

Umum mengetahui bahawa mutakhir ini, Nazri mempunyai pandangan yang berbeza dengan Najib khususnya di dalam skandal lembu NFC.

Nazri sudah secara terbuka menyatakan NFC telah melakukan pecah amanah.

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, National Feedlot Corporation (NFCorp) telah melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kata lain, telah berlaku kes pecah amanah. Duit tersebut, yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain.

“Dana berkenaan telah diserahkan berdasarkan projek yang diserahkab kepada NFCorp, yang mana mereka harus menternak lembu dan menjualnya dengan kadar yang lebih rendah,” jelas Nazri kepada pemberita di sini.

“Pinjaman itu diberikan hanya bagi tujuan itu. Sekiranya dana itu digunakan bagi tujuan lain, kita tidak perlukan peguam untuk mengetahui samada berlaku pecah amanah atau tidak, sangat mudah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio undang-undang itu.
-themalaysianinsider (15/2/2012)


Pendirian Nazri ini dilihat berbeza dengan keputusan dan pendirian Najib sebelumnya yang cuba mempertahankan keluarga Sharizat dan NFC.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan. -malaysiakini (26/2/2012)


Tetapi Peguam Negara lebih bersetuju dengan Nazri, iaitu tindakan diambil ke atas NFC yang menyebabkan Najib yang beriya-iya cuba pertahan NFC terkedu sebentar.

Namun jangan lupa, Najib masih PM. Beliau menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi badan kehakiman. Buktinya:

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan wujud campur tangan Perdana Menteri dalam perbicaraan kes perahan minyak melibatkan peneroka dan Felda.

Beliau berkata, dalam dokumen rasmi mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Felda yang diperolehinya, Datuk Seri Najib Razak, telah meminta supaya hakim dan peguam yang mengendalikan kes berkenaan diberi kefahaman jelas mengenai Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).

“Dokumen Mesyuarat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Felda, bilangan 3, 2011, tarikh 27 Jun 201, tempat mesyuarat di Bilik Mesyuarat aras 4, Bangunan Parlimen Malaysia. Masa mesyuarat 3 petang.

Butiran minit 7.9 yang menyebut ‘bagi kes melibatkan perahan minyak di mana kedua-dua kes belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh. Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER. Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’,” katanya ketika membacakan minit mesyuarat itu.

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.
-BERNAMA (19/3/2012)


Sekalipun dinafikan, (Ahmad Maslan tidak menjelaskan di Parlimen sepertimana yang dijanjikan) namun terbukti nyata, pada 5/4/2012, Mahkamah Tinggi Kuantan telah menolak injunksi interim yang menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd dan 10 daripada anak syarikatnya kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd.

Dan di dalam kes NFC pula, Mahkamah Tinggi tiba-tiba telah membenarkan Pengerusi NFC, Mohammad Salleh untuk menggunakan pasport beliau bagi tujuan perjalanan perniagaan.

Pemerhati politik melihat di dalam kedua-dua kes tersebut, ada campurtangan Najib bersandarkan kepada minit mesyuarat FELDA yang telah bocor itu.

Nazri kini terpaksa akur apatah lagi kini kes anaknya memukul Pengawal Keselamatan kondominium menjadi kes polis dengan pemilikan kereta Porsche dan Najib ada point dan peluang untuk membelasah Nazri.

Begitulah kisahnya.

Dan Nazri pun akhirnya menerima akibat daripada perbuatan lampaunya.

GB pernah membuat pemerhatian bahawa: Najib akan memancung Nazri sebelum PRU13 di dalam satu ulasan GB bertarikh 7 Jun 2011:

....akan berlakulah perebutan kerusi Ketua Pembangkang. Calon utamanya ialah Najib, tetapi akan digugat oleh Nazri Aziz. Kerana Nazri akan mendakwa beliau lebih vokal menentang MP-MP Pakatan Rakyat tatkala BN berkuasa.

Nazri akan mendakwa beliaulah paling banyak membantu Najib.

Gantungkan MP Puchong kerana selamatkan Najib daripada kes Altantuya daripada dibincang di parlimen, gantung Karpal Singh, Anwar, Azmin dan lain-lain kerana isu UMNO-APCO dan membuat paling banyak kenyataan untuk mempertahankan SPRM, Polis, video seks dan sebagainya.

Namun, apakah Nazri berjaya nanti atau beliau akan dipancung dahulu oleh Najib daripada bertanding di Padang Rengas?

Semua orang tahu, Nazri "kaki kipas". Di zaman TDM, beliau mengipas TDM, di zaman Pak Lah begitu juga, kini di zaman Najib, lebih besar kipasnya, ditibainya PM-PM terdahulu.
Baca SINI


What goes around turns around. Apa yang Nazri buat ke atas ahli parlimen PR satu ketika dulu, kini beliau menanggung akibatnya. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Orang yang diampunya itulah orang yang memancungnya kembali!

Giliran Najib akan tiba juga, apa yang dilakukan akan tetap mendapat pembalasan yang setimpal. kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan. Baca di SINI


7 comments:

View Comments/Post a Comment

7 comments:

Anonymous said...

takut kena siasat harta la tu.cabut....

Anonymous said...

Entah2 nak test market, kot? Serupa la kat Parlimen Jerantut ni, Tengku azlan Ibni Sultan Abu Bakar. Dulu Najib bagi jawatan timbalan menteri, dia x nak. Baru2 ni dia kata x nak bertanding dah. Aku x percaya je

Amuraria said...

MANGKUK NI BAGUEH PUNYA BUAT HARTA DAH ;)

Anonymous said...

best betol ulasan GB, siap kumpul fakta sekali. tq.

Anonymous said...

Dah nampak sikit-sikit bayangan pertelingkahan dalam BN/UMNO menjelang pilihan raya.
ABU!

Anonymous said...

eloklah tu keduan2ya menggunakan slogan I help you you help me bagi kita Nazri kita tahu You lebih baik dari yang satu lagi balik lah ke pengkal jalan sebelum terlambat kan dah bagi tau 58 tahun kan eloklah tu harta yang banyak2 sedekah lah lagi kepada yang yg memerlukan osahlah duk layan orang2 yang tak nak mendengar nasihat tu termasok keluarga mu sendiri

Anonymous said...

Alasan..!!!???

Sebenarnya dia dah terhidu 'MUSIBAH' yang bakal menimpa umno/bn pasca PRU-13 nanti. Bukti jelas dia juga HILANG YAKIN akan penguasaan UMNO/BN masa itu.

Dia juga berpotensi sebagai 'saksi utama' betapa bermaharajalelanya para pemimpin umno/bn mengonari peraturan dan perundangan negara.

Rakyat sahaja yang tahu betapa MELUAT-nya rakyat terhadap umno/bn gara-gara dia.

Ahli UMNO sengaja 'menunjuk-nunjuk' taat kepada parti hanya sebab nak menadah 'kepemurahan' pemimpin umno/bn khasnya najib menjelang PRU-13.

Undi HANYA untuk Pakatan Rakyat.

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: