Video murtad: Tak perlu layan, kata Pas
SHAH ALAM – Pas tidak menggalakkan ahlinya, malah tidak akan menghantar wakilnya untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya hari ini, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.
“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.
“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.
“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.
“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya.
Beliau berkata, cukup dengan kehadiran media yang datang kerana media lebih berperanan membuat liputan dan menyiarkannya di televisyen, akhbar, internet dan sebagainya.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PKR Selangor tidak mahu terlibat dengan cerita ‘seinci jadi sejengkal dan sekaki’ seperti yang didedahkan bekas Exco Agama Islam Selangor itu. -SH

Hasan Ali dedah video cubaan murtad Isnin ini
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berkata beliau akan mendedahkan pada hari Isnin ini, petikan video yang didakwanya akan membuktikan percubaan oleh orang Kristian untuk memurtadkan umat Islam.
"Isnin ini, anda boleh lihat sendiri," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur petang ini.
Sebelum ini, Hasan mendakwa beliau mempunyai bukti konspirasi Kristian untuk memurtadkan umat Islam - suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang. -mk
Orang Kristian menunggu video tergempar Hasan Ali: Satu lagi gimik politik
Dimana sahaja Hasan Ali pergi, dunia bagaikan berpusing. Bukan sahaja untuknya, tapi untuk semua disekelilingnya terutama sekali orang Kristian. Isnin hadapan, rakyat Malaysia akan menunggu dengan penuh debar untuk video yang dijanjikan oleh Hasan Ali, yang menunjukkan orang Kristian sedang cuba memurtadkan orang Islam.
“Saya sudah berjanji untuk menyiarkannya didalam video. Pada hari Isnin, kamu boleh saksikan sendiri,” katanya pada sidang media semalam.
Menurutnya, ada video sepasang suami isteri yang mengaku telah dibaptis dan dimurtadkan untuk memeluk agama Kristian, adakah berkata sepasang suami isteri atau ribuan suami isteri? Jika hanya satu, dia tidak tahu perbezaan antara satu dan seribu. Jika diingatkan kembali, dia pernah berkata dahulu semasa kekecohan serbuan Pusat Methodis Damansara Utama ribuan orang Islam telah dimurtadkan oleh gereja Kristian dan untuk menjalankan kegiatan itu, mereka menggunakan alatan canggih seperti kitab injil yang dibekalkan tenaga solar.
Kenapa ambil masa yang lama?
Sekarang, dia hanya ada video yang menunjukkan sepasang suami isteri sahaja dan kenapa terlalu lama untuk dia menunjukkan bukti itu? Adakah dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk memaksa mereka mengaku dosa itu dalam kes memalsukan bukti ala Umno? Jika terlalu lama masa diambil untuk membongkar cerita tentang sepasang suami isteri, bayangkan masa yang perlu diambil untuk membongkar kegiatan seribu orang Islam. Ia akan mengambil masa hamper 10 jangka hayat.
Ini sahaja telah membuktikan masalah menyesatkan orang Islam tidak berlaku sebenarnya, tidak sepertimana yang mahu dibuktikan oleh Hasan Ali. Kenapa orang Kristian begitu galak hendak menyesatkan orang Islam? Untuk kekal dalam politik, perlu ada agenda. Ibrahim Ali dan Perkasa sudah mengambil tanggungjawab mempertahankan ketuanan Melayu. Semua agenda Melayu yang lain sudah dijaga oleh Umno dan PM. Jadi, yang tinggal hanyalah mempertahankan orang Islam daripada orang Kristian. Tiada cara yang lebih baik daripada menakut-nakutkan orang Islam terhadap gerakan memurtadkan mereka oleh orang Kristian.
Menjadi begitu hina
Sudah tertipukah kita? Kekecohan 7 bulan yang lalu apabila JAIS menyerbu DUMC dimana kita sudah tahu didalanginya, ramai yang mula tahu apa yang boleh dilakukan oleh Hasan Ali. Sungguh menyedihkan bahawa Hasan Ali sanggup menjadi begitu keji dalam menjalankan agendanya untuk melindungi orang Islam dari Kristian.
Orang Islam yang takutkan Tuhan tahu ianya tidak mudah untuk mereka meninggalakan agama mereka dan memeluk Kristian dalam sekelip mata. Akan ada kes murtad dimana-mana dan bukan hanya orang Kristian yang memurtadkan orang Islam. Orang Islam juga menyebarkan dakwah untuk mengislamkan orang Kristian. Taksub adalah satu daripada sebabnya. Cintakan agama adalah satu lagi sebab. Di Malaysia, ada undang-undang yang menghalang agama lain dari berdakwah kepada umat Islam, jadi kemungkinan berlaku murtad adalah amat sedikit.
Lagipun, sungguh besar perbezaan antara sepasang suami isteri dengan 18 juta orang Islam di Malaysia. Adakah ini relevan? Adakah ini membuktikan kenyataan Hasan Ali tentang geraka anti Kristian yang berjumlah jutaan ringgit yang akhirnya akan memalukan orang Kristian yang terdiri daripada 10% dari 28 juta rakyat Malaysia yang juga haknya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.
Tiada kerja dan mencari agenda untuk memenangi kerusi
Sekarang, Hasan Ali yang tiada kerja setelah dilucutkan jawatan dari PAS dan majlis eksekutif Selangor sekarang sudah menjadi penyelamat orang Melayu dengan NGO yang baru ditubuhkannya, JATI, yang akan dibiayai oleh tahu-tahu sajalah! Hasan mengharapkan JATI untuk menjadi penyambung karier politiknya.
Melalui NGO ini, dia berharap agar Umno akan memberinya kerusi untuk dipertandingi pada PRU ke -13 nanti. Tapi, dengan Najib sebagai PM, presiden Umno, sudah kedengaran permintaan untuk member kerusi pada ahli yang senior, jadi ada harapankah Hasan Ali?
Untuk Najib dan Umno, mereka tidak kisah untuk memberinya dana untuk mengacau pembangkang kerana ini membantu Melayu untuk menyokong mereka. Tapi amat sukar untuk mempercayainya kerana dia merupakan ahli PAS yang telah dipecat yang ingin menjadi MB yang tidak mendapat sokongan akar umbi, dan salah satu kerusi Umno yang amat berharga.
Mungkin inilah yang menjelaskan kenapa JATI relevan pada Najib dan Umno. Dia mungkin boleh menipu mereka namun bukan rakyat yang mengundi nanti. Rakyat Malaysia sudah jemu pada katak yang tidak menghormati pengundi PRU ke 12 yang suka melompat parti. TIADA KATAK YANG AKAN MENANG PADA PRU KE-13!
Jadi, Hasan Ali, adakah anda telah membelanjakan RM 300,000 untuk mengubahsuai pejabat anda? Adakah ini cirri-ciri Islam? Apa sudah jadi pada semua ceramah motivasi dan moral anda tentang hidup berprinsip, adakah semua itu tipu belaka? Memang jenis pakar motivasi yang tidak tahu bagaimana untuk mengimbang keperluan sendiri! -Malaysia Chronicle
6 ulasan:
Nampak gaya macam Zul Kulim dulu-dulu.... masa tu semua orang percaya tapi satu habuk tindakan pun tidak dibuat - macam tin kosong jer...
AzMiR
niat sihasan ni memang baik tapi tak guna kaedah yg betul.bukahkah sudah ada undang2 berkenaan murtad ni.kenapa harus menyalak membuat provokasi.ini melambangkan pemikiran orang yg kecewa dan putus asa.maaf ye hassan,,,
Silap-silap antar subjek dalam video tuh muka malaun tu agaknya....
Tindak tanduknya semakin merapu. Kehidupan tak terpimpin. Akal melilau tak tentu punca....
Ada ke sesapa yang jatuh cinta dan nak memelok islam jika tengok perangai anak ali tu...? ada..? Yang bertambah meluat dan membenci agama Allah Taala yang syumul dan mulia tuh kemungkinan besar ada.
Sape yang merosakkan persepsi non-muslim terhadap agama Allah itu. Jawabnya spesis manusia macam malaon tuh dan tuannya si umngoklah jawabnya...
Tiada malaon dan umngok rakyat sejahtera dan harmoni...
isu murtad, kuasa undang-undang dibawah kerajaan persekutuan, kena hapuskan BN dulu dan baru laksana islam... bodohnya hasan ali
bila nak berbuat sesuatu maka ingat lah 5 perkara ini.....
wajib,
sunat,
harus,
makruh dan haram.
neonazi
Pelik,tp kalau tuhan tu nak tunjukkan kt kite ape yg berlakuskrg,mgkn hasan ali sebgai pemberitahu,itukan takdir,kite ni umat islam,kalau Allah tu nak bg amaran, Dia akan bg petunjuk,ni salh satu petunjuk yg kite dpt,hasan ali sbg pemberitahu,so ape tindakan kite..kite jgntgk kaedahnya,kite tgk ape isu yg dia bgtau,ape kesannya,dan ape tindakan kite,isu yg realiti berlaku dlm masyarakat kite,jgn kite kutuk dia, sbb ada makna tersirat dia nak bgtau, mgkn anak isteri kite terlibat sama,kite tak tau, diaorg dah pandai nak pesongkan kite,dlm diam2 ada ahli keluarga kite terlibat,mane tau kan,so be prepare for a worst..
Catat Ulasan