2 Apr 2012

Susulan Kes Pelajar Nigeria Mati Dibelasah: 7 Anggota Rela Ditahan & Mentaliti Menteri

Kuala Lumpur - Tujuh anggota Rela ditahan reman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kematian lelaki warga Nigeria di Kondominium Venice Hills, Hulu Langat semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian lelaki warga Nigeria itu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kawasan kejadian juga dipantau polis bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini, susulan perbuatan sekumpulan warga Afrika yang merusuh disebabkan insiden kematian rakan senegara mereka itu semalam.

"Setakat ini belum ada tindakan yang diambil ke atas warga Afrika yang merusuh semalam. Kita masih lagi menjalankan siasatan," katanya.

Semalam, seorang lelaki warga Nigeria, Onochie Martins Nwankwo, 35, mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu dan akibat kejadian tersebut kira-kira 200 lelaki Afrika yang tinggal di situ merusuh dengan merosakkan fasiliti harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela. – Bernama

Ulasan GB

Isunya: pelajar Afrika itu telah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di kondominium itu.

Sekalipun kes itu disiasat dan anggota RELA itu boleh disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, namun penyelesaiannya perlu dilakukan di peringkar akar supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Disiplin "Awang Hitam" ini memang teruk dan dasyat. Banyak kes telah dilaporkan sebelum ini, tetapi lebih dasyat dan malang lagi apabila menteri yang bertanggungjawab iaitu Menteri Pengajian Tinggi, memandang remeh isu disiplin Awang Hitam ini dengan menyatakan bahawa "Kes jenayah pelajar Afrika rendah".

Maka tidak hairan jenayah Awang Hitam menjadi-jadi.

Inilah tahap mentaliti menteri kabinet yang Najib ada!




Laporan sebelum ini
klik untuk baca




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asal duit masyukkk.. tak pasal2 ada anggota RELA yang bakal kena Akta Keseksaan 302 (gantung sampai mati tu...) pasal nak selamatkan maruah seorang pekerja Islam.

Nasib ko la Labu.

AzMiR

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang beri kebenaran mat afrika tuh 'berkampong' dalam malaysia nih..? Bukam dasar kepimpinan mahadir dari UMNO/BN tu ke...???

Jika 'negro-negro' tu tak da kat malaysia nih pakci-pakcik rela tu ada kes ke tidak...? Jawab lah pak-pak rela sekelian yang kebanyakan kamu jadi 'pecacai kepada UMNO/BN... Padan muka sebab tak reti bahasa.

Apabila pihak-pihak seperti PAS, DAP dan PKR perjuangkan isu warga asing, hang pa jadikan mereka musuh dan anggap pengkhianat. Nah.. sekarng apa sudah jadik. Belum nak reti bahasa lagi ke.

Ubah ekarang sebelum terlambat. Tiada UBN pada PRU-13, negara selamat dan rakyat sejahtera.

opisboi berkata...

besar tegap peramah..abis anak melayu di tonyet dek pak hitam afrikan gara2 madey al pandikutty anak jadi jaguh afrikan

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja afrika, muka-muka yang mirip bangla sebenarnya Rohingya (Myanmar) yang DILINDUNGI OLEH KERAJAAN yang tidak mempunyai sebarang Perjanjian Konvensyen TURUT DIBERI KEUTAMAAN berbanding Rakyat Tempatan.

Pernah berlaku keatas kawan saya, n gara-gara lapuran tomahan / palsu yang dibuat oleh ROHINGYA ini, dibuang kerja, TANPA DIADILI.
Membuat Rayuan dan rujukan kepihak kerajaan tetapi tidak dilayan atas alasan Kepentingan Politik.

Kini nasib beliau, siapa yang pandang ?

Apa nak jadi kepada Sistem Malaysia ????? (Tanah Tumpahnya DarahKu KONON)
(

Tanpa Nama berkata...

Justeru, saya amat menghargai jika antara kita yang benar-benar mengambil penilaian matang dalam perkara-perkara yang telah
mengabaikan hak-hak rakyat malaysia.

Kita juga harus matang membuat tindakan yang tepat

Tanpa Nama berkata...

Nama pun RELA. Apa mrk kisah ?

Janji hal ini dapat COVER dan menunjukkan ketegasan kepada dunia, korban aja lah.

Kali ni, bukan kisah
Snow White & 7 Dwarfs
TAPI
Gagak Black & (7) Rela's, kita ikuti kesudahan ini.

Tanpa Nama berkata...

ntah ape benda laa korg ni..
mcm la sebelum ni x pernah dgr kes org melayu mati kena belasah curi kabel, org cina kne pukul sbb raba bontot pompuan..

kalo xde pon org afrika duduk situ, mngkn mat indon plak yg kacau makcik cleaner tu..yg patut disalahkan RELA tu, bertindak guna nafsu, x guna akal

kemasukan warga asing tu satu keuntungan pada negara..ape ade ke anwar ckp nk halau semua warga asing blk negara masing2? dont be stupid ok

Devon berkata...

apa sangkut anwar dgn mamat afrika ni mangkuk.......
org ckp kesanya pada masyarakat kita...biul....
bila warga asing masuk....bukan masuk saja........duit pun masuk.... tolol......

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA BOLEH, mari masuk ramai ramai takde sape nak kacau, pati pun boleh juga kalau polis datang bagi duit poket habis cerita, semua masaalah selesai

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi warga afrika pun boleh mengundi