24 Apr 2012

Lagi Kes Motosikal Hangus Dibakar

Kerja khianat

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 motosikal hangus dijilat api dipercayai angkara perbuatan khianat di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu yang ketiga berlaku sekitar ibu negara selepas Ahad lalu, enam motosikal milik penduduk dilaporkan terbakar kira-kira jam 8.30 pagi di Bandar Baru Sentul, dua jam selepas kejadian sama membabitkan dua motosikal di Flat Seri Tioman 2, Wangsa Maju.

Suri rumah, Zaleha, 46, berkata, tiga motosikal milik suami dan dua anaknya gagal diselamatkan di tempat letak motosikal perumahan itu meskipun mereka meluru ke lokasi kejadian sebaik terdengar jeritan jiran.

“Saya terkejut dan sedih kerana baru saja melangsaikan ansuran satu daripada motosikal berkenaan, malah ia adalah kenderaan keluarga untuk berulang-alik ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah,” katanya.

Dia yang kerugian kira-kira RM15,000 mendakwa ada penduduk melihat kelibat sekumpulan lelaki mencurigakan yang mundar-mandir di kawasan berkenaan sebelum deretan motosikal itu terbakar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman @ Hussaini, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kebakaran motosikal jam 1.32 pagi di Blok 1, flat berkenaan.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dan Pudu diarahkan ke lokasi kejadian dan tiba lima minit kemudian.

“Api yang marak menyebabkan 21 motosikal hangus dan menjulang setinggi tingkat tiga blok berkenaan, namun berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya jam 1.43 pagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian yang membabitkan keseluruhan 29 motosikal terbakar.

“Kami masih siasat sama ada ketiga-tiga kejadian yang berlaku dalam tempoh 24 jam itu dilakukan kumpulan sama atau berasingan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kebakaran atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. -HM


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Geram juga bila baca kisah ni wlu tak sangkut paut dgn aku.
Cuba siasat, agak2 apa yg mendorong mereka buat kerja ni.

Mental disorder? dendam, marah pada tuan2 punya motor yg menderumkan motor2 dgn kuat hingga mengganggu?, lantas yg tak bersalah pun jadi mangsa?

Adakah di flat2 ada surau di mana solat jemaah didirikan tiap waktu? (at least dapat 6,7 org pun kira ok. Sbb aku ade terbaca, salah satu keberkatan sesuatu tempat /kariah /keluarga ialah ade didirikan solat jemaah).

Benda2 gini, kena selesaikan dgn kembali pada Allah.
(Mcm tsunami, banjir dll, kan bila berlaku masing2 berkumpul (di dewan ke, di masjid ke dll), masa tu le Allah nak satukan utk solat jemaah, solat jemaah, solat jemaah, kembali padaNya, kembali padaNya.

Sekurang2nya tak rasa tertekan sangat bila ditimpa musibah.

wellfxsystem berkata...

apakah motif sebenar pembakar motor ni?adakah ianya kerana dendam?