Fatmi tak yakin kedudukan Najib selepas PRU-13!
KOTA BHARU: “Kalau Datuk Najib masih ada di Putrajaya selepas PRU-13 ini bolehlah saya bawa pelajar-pelajar cemerlang UPSR sekolah ini ke sana.
“Namun kerana negara kita mengamalkan demokrasi, kita tidak tahu lagi siapa akan duduk di Putrajaya selepas ini. Kalau gitu kita gi ke masjidlah kerana sapa-sapa tidak boleh larang,” kata Setiausaha Politik (SUP) Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh (gambar).
Beliau mendedahkan rasa kebimbangan itu pada ucapan ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail 3 dekat sini, hari ini.
Pada program berkenaan Fatmi yang juga Ketua Umno Kota Bharu menyampaikan buku akaun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Selain itu ada pelajar miskin yang menerima bantuan E-Kasih. Pelajar darjah satu pula menerima RM100 setiap seorang.
Tahun lepas difahamkan seramai 21 pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah terbabit ditaja tiket penerbangan ke Putrajaya oleh Fatmi.
Bagaimanapun ramai ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG berkenaan mengeluh panjang kerana bantuan KWAPM sebanyak RM200 belum lagi dimasukkan ke dalam akaun pelajar bagi tahun ini.
Pada ucapan di majlis tersebut Fatmi sekali lagi mengulangi untuk membawa pelajar cemerlang sekolah itu ke Putrajaya sekiranya Najib masih menduduki kerusi Perdana Menteri.
Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut dikehendaki mengesahkan kehadiran bagi mengelakkan anak mereka diambil tindakan pihak sekolah.
Kini mesyuarat PIBG diadakan di banyak sekolah sebagai pentas kempen Umno selepas ceramah yang dianjurkan mereka tidak mendapat sambutan.
Malam Sabtu lalu Umno menganjurkan ceramah berkelompok di rumah seorang penduduk berhampiran Masjid Lundang yang dihadiri beberapa kerat penduduk terutamanya wanita.
Turut kelihatan berucap pada majlis berkenaan pegawai Jabatan Penerangan Kelantan.
Namun program tersebut tenggelam kerana tidak jauh dari situ PAS mengadakan ceramah perasmian Markas PAS UPU Lundang.
Ceramah penerangan Umno terbabit berakhir jam 11 malam. Kemudian beberapa wanita di situ dilihat berjalan menuju ke tempat ceramah PAS pula.
Bilangan yang hadir pada ceramah PAS berpuluh kali ganda lebih ramai berbanding ceramah penerangan Umno yang diadakan di rumah bekas seorang guru.
Sempena pelancaran markas terbabit Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi menyerah bendera bulan purnama kepada 11 wakil UPU Dun Bunut Payong.
Hadir sama pendakwah bebas, Ustaz Khairul Ikwan, Pengarah Pilihan Raya PAS Kota Bharu, Azahari Abdul Rahman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak, Hamid Omar dan Mejar (B) Hassan Mahmood. -HD

3 ulasan:
membawa pelajar cemerlang sekolah itu ke Putrajaya sekiranya Najib masih menduduki kerusi Perdana Menteri.
reverse psychology. jgn dok syok sangat. kena paham apa yg tersirat. mesti ada ibu-bapa yg dah terpengaruh.
Kaji apa yang tersirat dalam ucapan ini. Ini Perang saraf peringkat novis.Jangan terjemah dan faham lateral sahaja. Bahaya.
sembang rrr mamat ni....balik kampung pun tak nampak batang hidung...ada hati nak bawa pergi p.jaya.... kelentong sampai mati
Catat Ulasan