10 Apr 2012

Ibu Saudara Sahkan Sri Wani Adalah Seorang Perempuan

Sampai bila pun dia tetap perempuan’

Teka-teki berhubung jantina pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, akhirnya terungkai dengan pengesahan bahawa dia adalah seorang perempuan.

Pengesahan itu dibuat secara eksklusif kepada Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta, di sini, semalam.

Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.

“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia.

“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani. -SH

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ujung Kad Pengenalannya angka ganjil, dia seorang lelaki. Tak tahulah

Tanpa Nama berkata...

Jangan2 pihak JPN tersilap tulis kot....entah2 kad pengenalan tu untuk makluk2 halus yang akan keluar masa PRU 13 nanti kot....mana lah nak tahu kannnnn....hehehe

Tanpa Nama berkata...

apa tunggu lg,SAMAN JPN laknat tu,hahaha..

Tanpa Nama berkata...

Macam mana laki dia boleh kata dia lelaki? Kawin dah lama. Kena siasat betul2. Rasanya laki dia pun kena disiasat juga anu nya takut dah exp. Nak tutup kantoi tuduh bini yg bukan2.Kes2 macam ni perlu kasi selesai segera oleh pihak yang berkuasa. Kesian kat mrk berdua.

1 Malaysia berkata...

Kalau dah nak cerai, cerailah secara elok sebab masa dulu pun semasa ambilpun, ambil dengan elok.
AKU kasihan pada Sri Wani sebab sebagai seorang saudara baru, dituduh dengan tuduhan yang entah benar atau palsu. Kalaulah mak saudara yang membelanya mengaku bahawa Sri Wani ini perempuan tulen, tak kan depa nak berbohong pulak kot. Kan jantina semasa kecil dapat dilihat dengan jelas. Entahlah, dunia nak kiamat kot.
Seorang lagi PHD kangkong. Nasib baik dah pencen. Kalau tidak, jahanam seluruh institusi IPT.
Perasan tak sejak akhir-akhir ini, PHD kat IPTA ni memang mangkok belaka. Patutlah pihak swasta bukan berkenan nak ambil mahasiswa IPTA tapi suka pada mahasiswa IPTS,

Tanpa Nama berkata...

setelah sekian lama hidup bersama baru sekarang nak cakap bukan perempuan....alasan dengan nombor kad pengenalan.., tak boleh dijadikan bukti kukuh...JPN bukannya maksum...tak boleh lari dari buat kesilapan..fikir, fikirkanlah...kalau tak nak bagi je pd aku..ramai lagi yg mahu...