Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0
Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.
Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.
Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.
Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.
Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.
Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang. -mk
Ulasan GB
Kita berharap tiada lagi suara sumbang mana-mana pemimpin UMNO BN atau NGO terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0 ini.
Ia bukan satu ancaman terhadap keselamatan.
Dan paling utama kita berharap tiada insiden provokasi yang tidak diingini di hari tersebut seperti insiden letupan bom yang mencederakan lima orang dan merosakkan tujuh buah kereta di perhimpunan aman 901 di mahkamah tahun lalu.
Polis juga diminta bekerjasama di hari tersebut dengan mempastikan perhimpunan tersebut berjalan aman dan selesa. Tiada lagi penangkapan kerana berbaju kuning. Tiada lagi provokasi molotov koktail. Tiada lagi sekatan-sekatan jalanraya seperti dulu-dulu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas dan tiada tembakan gas pemedih mata untuk menghuru-harakan perhimpunan.
Ayuh kita ke Dataran Merdeka 28 April 2012!
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Hishammuddin nasihat Bersih 3.0 runding dengan polis
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan tidak menganggap perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 pada hujung bulan ini, yang berkaitan dengan pilihan raya, sebagai satu isu ancaman keselamatan.
Sebaliknya Hishammuddin meminta pihak penganjur supaya mengadakan perundingan dengan polis. -SH
Ulasan GB
Kita berharap tiada lagi suara sumbang mana-mana pemimpin UMNO BN atau NGO terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0 ini.
Ia bukan satu ancaman terhadap keselamatan.
Dan paling utama kita berharap tiada insiden provokasi yang tidak diingini di hari tersebut seperti insiden letupan bom yang mencederakan lima orang dan merosakkan tujuh buah kereta di perhimpunan aman 901 di mahkamah tahun lalu.
Polis juga diminta bekerjasama di hari tersebut dengan mempastikan perhimpunan tersebut berjalan aman dan selesa. Tiada lagi penangkapan kerana berbaju kuning. Tiada lagi provokasi molotov koktail. Tiada lagi sekatan-sekatan jalanraya seperti dulu-dulu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas dan tiada tembakan gas pemedih mata untuk menghuru-harakan perhimpunan.
Ayuh kita ke Dataran Merdeka 28 April 2012!
klik untuk baca
5 ulasan:
AWAS LEMBU-LEMBU SAMSENG PERKOSA MUNGKIN BUAT PROVOKASI TERMASUK GENG SONGKOK TINGGI OTAK LEMBU ! ODRM KENA BERTINDAK TEGAS TANPA PILIH BULU APA PUN !
Last minute..syamudin kuar statement..dengan ini kami membenarkan bersih 3.0 diadakan TETAPI perhimpunan mesti dilakukan di kawasan yg tiada makhluk yg hidup kerna dikhuatiri menggangu..aku dh x brapa percaya si bibir ni klu berkata2..
Politik der...pasti ade udang dsebalik batu...menunjukkn dimata dunia..malaysia adalah negara yg mengamal prinsip demokrasi yg telus..
Hati-hati, 'bukti' keganasan boleh ditanam 2@3 hari lbh awal oleh pihak yg tak bertanggungjawab, parang, bom, keris, spanar, screwdriver, semuanya boleh jd bukti utk mendakwa penganjur.
Lu org tengoklah nanti sendiwara ini...
seekor kata ok... boleh buat
seekor lagi kata tak ok... takde permit
rakyat jugak jadi pelarian semasa 28/04/2012
banyak lembu-lembu akan mengganas
Catat Ulasan