24 Apr 2012

Bekas Imam Kena Penjara 15 Tahun, 12 Sebatan Kerana Rogol Remaja

Johor Bahru – Seorang bekas Imam sebuah masjid di Johor Bahru hari ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang gadis di bawah umur tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Nu’aman Mahmud Zuhudi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, walaupun tertuduh pertama kali melakukan kesalahan seksual itu, namun kedudukannya sebagai seorang imam jelas menunjukkan dia benar-benar mengetahui hukum dan kesalahan yang dilakukan.

“Mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam kes ini dan bukannya kedudukan dia sebagai imam. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baiknya,” katanya.

Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan ketika kejadian berusia 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, dekat sini, kira-kira jam 3 petang, 21 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding berkenaan, tertuduh kelihatan tenang namun sebaik sahaja keputusan dibacakan, dia akhirnya mengalirkan air mata apabila dipeluk ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, peguam Sukhaimi Mashud memohon hukuman terhadap anak guamnya diringankan atas alasan kesalahan pertama dilakukan selain tertuduh adalah adalah seorang imam serta sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afif Ali. -SH

Ulasan GB

Demikinalha, apabila undang-undang Islam / hudud tidak mahu dilaksanaka, jangan kata orang awam, Tok Imam pun terjebak melakukan jenayah rogol

2 ulasan:

Amuraria berkata...

DAN PEGUAM RAYU KONON KESALAHAN PERTAMA ! TAKKAN KESALAHAN PERTAMA MAHU MAAF KOT DEY ? TENGOK SAJA APA-APA KES DIMAHKAMAH PEGUAM JIKA TAK DAPAT KELENTONG HAKIM AKAN RAYU INI KESALAHN PERTAMA ! PERTAMA KEPALA OTAK DEPA ! HUDUD DEPA PERLEKEH TAPI BOLEH RAYU KESALAHAN PERTAMA DIBAWAH 'UNDANG-UNDANG BRITISH' ,KEDUA,KETIGA DAN SETERUSNYA TANPA KESUDAHAN DIMAHKAMAH DUNIA !

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman Imam ini telah difitnah dan didapati tidak bersalah di Mahkamah Rayuan pada19hb September 2013.
Sila sebarkan agar tiada lagi orang lain yg turut berdosa kerana mengulas perkara yg tidak diketahui angkara fitnah ini.