Ipoh - Seorang ahli perniagaan yang sedang menikmati malam di sebuah restoran kopitiam di bandar raya ini tergamam selepas menemui seekor ulat di dalam hidangan yang dipesannya, malam kelmarin.
Ziyad Solleh, 26, mendakwa kejadian itu berlaku semasa dia bersama rakan-rakan berkunjung ke restoran berkenaan kira-kira jam 7.30 malam.
Beliau mendakwa selepas hampir selesai menikmati juadah mi kari kering itu, dia terlihat seekor ulat sepanjang 2.5 sentimeter di dalam pinggan hidangannya.
“Selepas melihat ulat itu, tekak saya mula berasa loya dan hampir muntah kerana ia sangat menjijikkan,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Akibat tidak berpuas hati, Ziyad segera memanggil pengurus restoran untuk menyelesaikan masalah itu.
“Malangnya, hanya penyelia restoran sahaja yang muncul dan menyatakan pengurus mereka sudah pulang ke rumah. Penyelianya pula hanya memohon maaf di atas kecuaian tersebut dan tanpa melakukan apa-apa tindakan,” katanya yang kesal dengan perkhidmatan diberikan kakitangan restoran tersebut.
Dalam keadaan tidak puas hati, beliau terus mendesak supaya pengurus restoran tampil memberi penjelasan.
Akhirnya pengurus restoran terbabit datang semula dan selepas berbincang, mereka tidak mengenakan sebarang caj ke atas makanan yang di pesan Ziyad dan rakan-rakannya.
“Bukan niat kami mahu mengaibkan mana-mana pihak, cuma berharap mereka dapat pengajaran dan ambil iktibar daripada insiden itu. Premis yang menjual makanan perlu mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan supaya kejadian seperti yang saya alami ini tidak berlaku lagi ,” katanya.
Untuk rekod, dua tahun lalu, seorang penuntut sebuah kolej memfailkan saman terhadap dua syarikat yang berkaitan dengan sebuah restoran kopitiam terkemuka di Bandar Bukit Tinggi, Klang selepas mendakwa menemui sepasang kaki katak dalam makanan yang dipesannya.

6 ulasan:
Salam Bro;
1) Nama pelanggan tu siapa...??? kalau di Malaysia bunyinya macam melayu, kalau dah melayu ikut logik umno sudah tentu Islam... betul tak..???
2) Pukul/Jam berapa dia dan kawan2nya makan di kopitiam tu... hahaha...
Kesimpulan mudah gua, itulah balasannya orang yang tak tau hormat waktu maghrib... hahaha...
Allah bayar cash beb..., ada hikmahnya di sebalik kejadian tu... itupun kalau mamat tu boleh berfikir laaa...
Nauzubillah....
AWAS DALAM MEE KARI ADA ULAT !
AWAS BAWAH TEMPURUNG ADA KATAK ..MELALAK HEHEHE LAGU JAMAL INGATKAN SIKATAK BRAHENG ;)
Eleh, ulat sayur je tu. Tak de mudarat mana pun. Tak geli pun. Menggelabah lebih la brader tu.
setuju dgn Isa Mar. . .ngko kuar waktu Magrib. . .Allah bg cash yo!!!! Solat dululah baru melantak. .
Ek ele... ulat sayur ni biasak la jumpa kalau kat sayur dewan makan asrama. Lain la ulat berenga lalat taik tu.... kakakaka... sedap tu buat perencah mcm udang kering je hahahaha. Yang kes satu lagi tu makan kat kopitiam milik siapa? Org Islam ke bukan? jumpa kaki katak, sodap tu...
Mgkn sbb mkn kt non-halal pny kopitiam kot..COD la dpt..
Catat Ulasan