Serang habis-habisan
GEORGETOWN: “Kita akan menyerang habis-habisan, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang,” kata Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurutnya, semua anggota Wanita BN seluruh negara, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kini dalam ‘mood’ menyerang bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta merampas kembali pentadbiran di beberapa negeri terbabit.
“Kita bukan dalam ‘mood’ mempertahankan diri seperti sebelum ini dan tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN pada pilihan raya akan datang, buat apa kita nak bertahan lagi di negeri yang ditadbir mereka.
“Baru tiga tahun perintah, dah macam-mcam mereka cakap... sebab itu kita kena menyerang kalau hendak masuk ke medan perang (pilihan raya),” katanya selepas merasmikan Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Pulau Pinang, di sini, semalam. Hadir sama pada program itu adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Ng Siew Lai.
Beliau yang juga Ketua Wanita Umno berkata, hasil pemerhatiannya menerusi program seumpama itu yang diadakan di seluruh negara, kecuali Terengganu, setakat ini menunjukkan semangat ahli Wanita BN adalah luar biasa.
“Mereka tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN, semua ahli Wanita BN adalah jeneral untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Komander pada medan perang (pilihan raya).
“Mereka bakal memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pengundi dan jentera pilihan raya, ini akan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Beliau berkata, keprihatinan Perdana Menteri terhadap pelbagai isu wanita mengukuhkan lagi sokongan terhadap BN dan momentumnya bakal berterusan sehingga ke pilihan raya.
“Sebab kenapa BN boleh bertahan adalah kerana ia mengambil berat terhadap isu membabitkan wanita dan menghargainya,” katanya. -hm
Ulasan GB
Apakah lembu yang nak mengamuk itu tahu bahawa dia dan keluarga lembunya bakal "disembelih" tidak lama lagi?
Lalu kena tunjuk garang sikit supaya "tukang sembelih" jadi khuatir?

5 ulasan:
mak ijat ni macam lembu patah tanduklah pulak gamaknya.tapi mak ijat harus ingat pak jib dok gian tak dapat tanduk telinga ku pulas juga.
awat tak pulun tarih pelantikan snatur dia nak tamat april ni kot nak bodek la tu,
Ala odeng odeng ala odeng odeng lembu patah tanduk patah tanduk..... Da sampai masa kita makan daging lembu korban tak lama lagi. Da tak boleh sangat ni. Bau tahi lembu kuat sangat ni..
Akan pertahankn sampai ke titisan tahi lembu yg terakhir..kalau tidak m.cik ijat akn menerima nasib seperti Khir Toyo..sendiri mau ingat...
Bersatu kita bersatu,
Ganding bahu membeli lembu,
Lembu habis susu,
Umno hisap susu Melayu.
Bersama kita bersama,
Beli kondo dan kumpul harta,
Umno bodohkan kita,
Melayu papa kedana.
Lambang Umno yang sadis
Dipandang SYAITAN dan IBLIS,
bersatu hasut kita,mengikut cogan katanya,
Umno terus mampus,
untuk rakyat malaysia.
Catat Ulasan