4 Mac 2012

[Video] Sekitar "Majlis Mahabbah" PAS Pusat & PAS Kedah

Alor Setar, 4 MAC: Pas akan mengumumkan keputusan sebulat suaranya bersabit krisis kepimpinan di Kedah pada tengah hari ini, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau mesyuarat berjaya mencapai satu penyelesaian sebulat suara selepas mesyuarat hampir enam jam yang bermula malam tadi bagi mengatasi kemelut berkenaan.

"Keputusannya, Pas akan umumkan esok tengah hari dan esok saya akan maklumkan pada media tempat dan waktunya," katanya.

Pertemuan khas pimpinan tertinggi Pas Pusat dan Kedah dimulakan dengan mendengar hujah pihak yang bertelagah - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Sebelum mesyuarat itu bermula, Phahrolrazi memberitahu pemberita beliau yakin akan "menang" dalam pertemuan khas itu yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Beliau adalah seorang daripada dua Exco yang menolak tawaran dilantik semula sebagai Exco, sekali gus mendedahkan krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kemelut itu membawa kepada campur tangan kepimpinan Pas Pusat.

Pada pertemuan mahabbah itu, Salahuddin berkata mesyuarat akan diteruskan hingga ke awal pagi nanti dan keputusan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam daripada sekarang.

"Pertemuan tadi diadakan untuk dua jam untuk kami mendengar segala penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Kami cukup puas hati dengan penjelasan-penjelasan yang telah dibuat demi untuk mencapai jalan penyelesaian dalam tempoh yang terdekat,” kata beliau.

Antara yang hadir pada perjumpaan mahabbah ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. -AntaraPos

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




3 ulasan:

Waris berkata...

Cara penyelesaian yg profesional serta wajar walaupun masalah sebegini tidak sepatutnya wujud dalam pentadbiran sebuah parti Islam yg sepatutnya menjadi contoh kepada parti-parti lain.

Masalah yg paling kritikal dilihat pada pemimpin pas ialah tidak bijak menguruskan SIKAP? Menegakkan sesuatu perkara hanya berdasarkan kehendak sendiri tidak kira di pihak mana pun.

Tidak mempunyai seni untuk mentadbir. Dicadangkan pemimpin pas agar walaupun terdiri dari golongan ulama agar mengikuti kursus cara-cara untuk mentadbir sesebuah organisasi yg besar.

Tidak semestinya yg bergelar ulama itu pandai segala-galanya. Pasti ada kelemahan tertentu yg perlu diperbaiki terutamanya SIKAP. Perlu untuk menunjukkan kepada umum bahawa Islam adalah yg terbaik walaupun ditindas dari setiap sudut.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak kongsi pengalaman dengan seorang exco PR dari kedah nie sebagai renungan semua. Beberapa bulan lepas aku hadir di Majlis Walimatulurus pemimpin PR dan terserampak dengan Exco nie waktu nak ambil nasi dan seperti biasa sebagai penyokong nie amatlah berbesar hati dan aku pun menegurnya..tiada respon samada menyambut sapaan aku atau tidakpun memandang kearah aku. Aku tak kisah pun sebab dua pinggan jugak aku sapu nasi kenduri tu...Sebentar tadi aku terfikir kembali peristiwa tersebut setelah membaca blog nie. Pada pilihanraya yang lepas aku berjaya mentarbiyah ahli keluarga aku untuk menyokong PR dan hasilnya MP kawasan aku hilang hampir 10k majoriti undi. Tak bolehkah aku kembalikan majoriti yang telah hilang kepada MP tersebut pada pru13 nie?. Fikir2lah wahai pemimpin PR.Jangan biarkan setiap orang melalui peristiwa dan berfikir seperti aku..Persoalannya di mana perbedaan antara pemimpin PR dan BN?

Tanpa Nama berkata...

ada hikmah mengapa Allah tak izinkan PRU berlaku bulan ini.

Jika PRU dipanggil bulan awal Mac seperti diramalkan sebelum ini, lingkup PAS Kedah akibat dari dua exco ketegaq ini.